VI

210 15 30
                                    

Bila aku suka kat kau

Aku ialah seorang yang mudah suka orang lain. Secara jujurnya, hampir 70% lelaki aku jumpa aku akan ada pendapat yang mengatakan bahawa seseorang itu kacak atau baik dan akan tercair hati sekejap.

Dan kau antara 70% lelaki itu.

Uhh....

Aku tidak mengingati bagaimana aku terjatuh cinta dengan kau atau terfikir bahawa kau adalah yang aku cintakan. Tapi, aku masih ingat mengapa aku sukakan kau.

Kau seorang yang baik.
Sebenarnya, hampir semua lelaki kelas aku tu baik. Tidaklah begitu istimewa.

Kau seorang yang friendly.
Aku sukakan seorang lelaki yang tidak begitu memilih apabila mencari kawan. Tapi, hampir setiap orang tahu bahawa lelaki tidaklah memilih rakannya.

Kau pandai menyanyi.
Suara kau boleh buat ramai wanita di dunia ini cair. Kau bukannya nyanyi la. Lebih kepada bernasyid. Dan bila kau membaca Al Quran, pergh. Cair hati aku dengar.

Kau punya mata cantik.
Aku rasa aku tak perlulah mengupas berkaitan dengan isu ini sebab di chapter sebelum ini aku dah buat sedemikian rupa.

Walaupun aku sudah mengenali perasaan ini, aku tetap melayan kau sebagai rakan atau sahabat rapat.

Aku ada sebab tertentu.

-Afiq-

Coretan cinta [Malay]Where stories live. Discover now