kosong . Hidup ku hanya lah kosong .
Tiada apa-apa yang menarik dalam hidupku . Keluarga ku tidak seperti orang lain , gembira selalu dan saling menyayangi .
Keluarga ku berlainan . Ayah ku sudah lama meninggalkan keluarga ini . Ibu ku ? Sudah lama tiada . Senang kata hidup aku ini hanyalah hitam dan putih , tiada yang menerangi hidup ini .
Kakak aku belajar di Universiti Utara Malaysia . Hanya aku dan abang yang menjadi tanggungjawab keluarga ini sehingga sekarang . Adik ku pula masih bersekolah di sekolah yang sama seperti ku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Harimau . Sekolah ini biasa-biasa sahaja tetapi ada juga yang luar biasa bagi ku sekolah ini . Apa yang luar biasa ? Dengar dulu apa yang aku cerita ini ye !
6th Mei 2017
Tepat pada 1.30 petang aku sudah sampai ke sekolah baru ku yang aku sudah bagitahu korg sebelum ini . Aku menuju ke kelas baharu ku yang guru hal ehwal murid , Puan Rohaya sudah katakan tadi .
" 2 KAA "
nama kelas ini unik lah juga sebab kelas ini aliran agama ( walaupun aku ni takdelah alim sangat hahaha )"weyh sape tuh do budak baru ke ?" kata salah seorang pelajar perempuan kepada geng dia .
"rasanya lah , tengok muka dia macam biasa² je takdelah hensem sangat -.-" kata kawan pelajar perempuan itu lagi .
"okayh bagilah tahu nama awak ?" kata Ustazah Isnariah
"nama aku Muhammad Alif Qayyum Bin Huzaimi " kata aku dengan sinisnya ( aku memang savage HAHAHA )
"apa ??? alif ape ??? " ajuk seorang pelajar perempuan yang bernama Ainul Mardhiah ( aku tengok nametag dia la woi )
"*apahal budak gemok ni dahla bising kecoh pulak tuh -.-*" kata aku dalam hati dengan penuh bengangnya
"member baru ! weyy duduk lah grup nih !!" kata ketua tingkatan 2 KAA iaitu Haris Syahmi
" hahahaha okayh *senyum*" lalu aku pun pergi ke tempat duduk baru ku sebelah pelajar lelaki yang paling pendek dalam kelas ku ini .
" weyh nama aku Danish Danial ! " kata pelajar itu
"ouhh kau dah tahu kan nama aku ? so aku takpayah la intro lagi kan ? hahahaha " kata ku dengan penuh savage nya HOHO .Sesi pembelajaran bermula dengan lancar sekali tetapi aku tidak dapat fokus sepenuhnya kerana grup perempuan dibelakangku ini sering kacau aku . Apa masalah diorang ni ?
"Weyh weyh kau dulu sekolah mana ??" Kata budak gemok itu lagi . Kali ni apa pula tujuan dia ?
"*jeling*" aku memandang dia dengan begitu sekali , aku nak belajar bukan meroyan macam kau dinosaur !
"Sudah2 lah tu ainul ! " kata budak perempuan paling cantik dlm kelas ini , Ain Najwa . Aku adalah suka juga kat dia tapi lepas aku perhati perangai dia aku tak minat pula . Hahaha aku ni memang boleh nilai orang dari perwatakan dia.
KRINGGGGGGGGG
"Weyh jomlah rehat dengan kitorang !" Kata Haris Syahmi dengan penuh mesra . Aku hanya senyum dan ikuti mereka .
Aku memerhati setiap sudut sekolah ini , cantiklah juga .
"Weyh Ain ! Kau nak aku pegangkan air ni ke ?"
Aku memandang wajah yang bercakap dengan Ain itu , gadis ini lain dari yang lain . Dia macam ada aura dia yang tersendiri yang buat aku tertarik dengan dia . Dia ini pun comel juga .
"Haah kau pegangkan lah dulu Syahirah ! Aku nak beli pau" kata Ain
"Okayh" kata Syahirah
Aku hanya memandang dia dari belakang . Mata dia sangat-sangatlah cantik , senyuman dia yang menawan , percakapan dia yang lembut . Aih dia ni macam bidadari dari syurga pulak !
""Weyh qayyum jomlah ! Buat ape tercegat kat situ ?" Kata Haris
"Ha ? Ah ! Okayh2 jom! " kata aku dan berlalu pergi bersama pergi sambil memandang belakang balik utk melihat Syahirah .
5.50 p.m
"Weyh Ain ! Ni barang kau ! Tertinggal !" Kata Syahirah
Aku memandang dia lagi . Sungguh aku kata dia adalah crush pertama dalam hidup aku . Dulu kat sekolah lama aku , aku tak suka sape2 pun . Tapi masuk sekolah ni semua macam ada kat sini !
"Errr , Qayyum ? Ni barang kau ke ? Sebab barang ni aku nampak kat meja aku tapi ada nama kau .. " kata Syahirah
"Ha ? Ooo hahahahha yeye barang aku patutlah bila aku cari kat meja aku , aku tak jumpa ! ". Kataku dengan penuh gelisahnya
"Ooooo ha nah ambil lah " kata Syahirah
aku pun mengambil barang aku dan semasa aku mengambilnya Aku memandang wajah Syahirah , bagaikan bidadari syurga yang aku lihat didunia ini.
"ermm , Qayyum asal ko pandang aku camtu ? " kata Syahirah
aku tersedar dari lamunan ku " eh sorry2 takde pape lah , aku teringat kucing aku kat rumah jeee" ujar ku
"ouhhh hhahaha okayh la byee aku gerak surau dulu ! " kata Syahirah
Selepas Syahirah beredar
"alangkah bagusnya kalau kau jadi milik aku Syahirah .. tetapi semua tu mesti ada usaha utk dapat org yg kita sayang kan ? tapi aku nak kenal kau lebih dalam lagi , takpelah biar aku mula slow2" bisik hatiku
hidup ini adakala bahagia , adakala pedih dan sedih tetapi itulah lumrah kehidupan begitulah dengan cinta .
aku tidak pernah ada rasa cinta mahupun nak bercinta tetapi dengan kehadiran gadis Syahirah ini membuatku rasa perasaan yg tidak ku pernah alami.
Ya , dia lah pelangi yang menerangi hidupku . Dialah Sharifah Syahirah Amani.
bagaimana aku hendak luahkan perasaan ini ?
bersambung.......
YOU ARE READING
Gadis Idaman Pertama Ku
Teen FictionHidup ku hanyalah kosong dan tidak berwarna warni mahupun pelangi tetapi pada satu hari ini hidup ku kembali cerah kerana kedatangan seseorang yang menerangi dan mewarnai hidup ini . Dia lah Sharifah Shahirah Amani. p/s : Novel ini tiada kaitan ant...