4

609 14 1
                                    


SELEPAS solat Isyak, gangguan yang sama berlaku sekali lagi. Shah hanya berkurung di dalam bilik. Perasaannya seram sejuk dan dia seolah dapat merasai kehadiran sesuatu yang lain. Macam ada sesuatu yang turut mendiami rumah itu dengannya. Hampeh betul tuan rumah kerana tidak mahu berterus-terang. Teringin sahaja dia memaki orang tua itu tetapi dia tidak sampai hati untuk berbuat demikian.

"Tap!"

Hampir terloncat dia dari duduk apabila cermin tingkapnya diketuk. Mujur tingkap dilindungi oleh kain langsir berwarna kelabu tua.

"Tap tap!"

Shah buat tidak tahu. Dia duduk di atas katil sambil merenung skrin handphonenya.

"Tap tap tap!"

Dia main tingkap pulak! Stress betul Shah dibuatnya. Semakin lama semakin banyak pula jumlah ketukannya. Dia membuka laman YouTube dan memasang bacaan ayat suci al-Quran. Besar harapannya supaya gangguan itu berhenti. Selepas lima minit ternyata gangguan tersebut benar-benar berhenti.

Shah menghela nafas lega. Kebetulan pula perutnya meragam mahu membuang air besar. Dia berlari ke tandas walaupun perasaan seramnya masih ada. Apa-apapun hajat itu harus dilaksanakan dengan segera.

Tepat jam 12 tengah malam, Shah terdengar orang mengetuk pintu biliknya. Ketika itu dia baru hendak melelapkan mata. Debaran kembali terasa.

"Tok tok tok...."

Mula-mula tingkap, sekarang pintu pulak?

Shah sudah tidak tahan. Dia mencapai handphone dan mendail nombor telefon tuan rumah. Dia inginkan penjelasan!

"Hello, pak cik... Ni Shah."

"Oh ye Shah. Ada apa ni?"

"Saya nak tanya pasal rumah ni, saya rasa rumah ni macam ada yang tak kena."

Tuan rumah terdiam. Lama juga Shah menunggu kata-kata seterusnya dari lelaki itu.

"Hello?"

Tiada jawapan.

"Hello, pak cik? Dengar tak ni?"

Masih tiada yang menyahut. Dia menjauhkan telefon dari telinga dan merenung skrin buat beberapa saat sebelum kembali meletakkannya ke telinga. Berkali-kali dia memanggil tuan rumah tetapi lelaki itu tetap membisu seribu bahasa.

"Tap!" Skrin telefonnya diketuk. Serta-merta Shah menjauhkan gajet itu dari telinga.

"Tap tap!" Skrin itu diketuk lagi. Dia tahu ia dari skrin telefon bimbitnya kerana nampak dengan jelas kesan ketukan di situ. Calar-balar seolah-olah diketuk dengan kuku panjang.

Memang sah lah rumah ini berpuaka!

"Pak cik? Hello?!" Dia masih mendambakan respon dari tuan rumah.

"Hello..." Akhirnya panggilannya dijawab.

"Pak cik, baik pak cik berterus-terang sekarang."

"Pasal apa?"

"Pasal rumah ni. Saya belum lama tinggal dekat sini tapi dah kena ganggu dengan macam-macam."

Sekali lagi tuan rumah membisu. Shah sudah naik angin.

"Pak cik!"

"Memang rumah tu berhantu, kenapa?"

Shah terdiam. Jadi memang benarlah.... Kemudian tuan rumah itu menyatakan akan datang ke situ dalam masa 20 minit. Dia ingin membincangkan sesuatu dengan Shah. Shah bersetuju.

Panggilan telefon dimatikan. Dia menanti kedatangan tuan rumah tetapi tidak lama kemudian, dia dihubungi oleh lelaki itu.

"Hello.."

"Hello Shah. Kenapa miscalled tadi?"

"Miscalled?"

"Lepas awak miscalled tadi saya cuba call awak balik tapi tak dapat-dapat."

"Tapi kita baru aje bercakap di telefon tadi..." Shah mulai bingung.

"Biar betul?"

Ketukan di pintu utama membuatkan Shah tergamam. Dia berjalan keluar dari bilik dan berdiri di tengah-tengah ruang tamu.

"Aku dah sampai. Bukalah pintu..."

IBLISWhere stories live. Discover now