▶Afika menelan liur.Tekaknya terasa pahit.Kalau nilai wang ringgit yang menjadi taruhan,memang terpaksalah dia mengibarkan bendera putih.Mana mungkin dia membuat tawaran seperti lelaki tersebut.Wang belanja yang dibawa dari kampung pun belum tentu cukup untuk menampung kehidupannya nanti.
Dengan hati yang sebal Afika menapak jua ke belakang.Wajahnya jelas muram menggambarkan betapa kecewanya hati dia pada saat itu.Sakit hatinya melihatkan pintu teksi yang dihempas dari dalam.
"Soli ah,amoi,Nanti sikit jam ada teksi mali you naik ha!"Apek tersebut mengangkat tangan sebelum memecut meninggalkan Afika yang terkulat-kulat di situ.
Afika tersenyum kelat.Mengapa biadab benar sikap orang-orang di Kuala Lumpur?Baru semalam dia sampai di bandar metropolitan ini.Pembangunan sahaja yang gah di matanya,namun seisi kota bagai hidup dalam dunia mereka sendiri.Masing-masing terlalu bersikap menentingkan diri.
Afika merenung kembali jam di pergelangan tangannya.Tinggal setengah jam lagi sebelum waktu temu duganya di Wisma Amcorp.Dia kurang pasti jika berjalan kaki dapat membantu dia sampai ke situ tepat pada waktunya atau merupakan satu misi membunuh diri.
--------------
Perlahan-lahan dia menapak kembali di bawah perhentian bas.Entah mengapa dia berasa sebelah kakinya bagai tidak jejak di bumi.Terhuyang-hayang dia cuba menghubungi tubuhnya.Namun,dalam sekelip mata dia sudah jatuh terjelepok di tepi jalan.Sebijik macam nangka busuk!
Afika merenung kasut tumit tingginya yang baru dibeli dengan harga RM30.Baru sekali pakai dah patah?Ni mesti sebab dia berlari pecut mengejar teksi tadi!Afika menggumam dalam hati.Hatinya bengkak mengenangkan nasib malang yang bertimpa-timpa dihadapinya hari ini.
Afika mengeluarkan telefon bimbitnya.Dengan berat hati didail juga nombor telefon Syarikat Setia........Apaaa yg berlaku......saksikan lagi..↕↕↕↕↕↕⬇
~ BERSAMBUNG~
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••
•Haiii semua...assalamualaikum
saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca cerita ini...€€€®
Saya mohon maaf atas masalah teknikal yang x dapt dielakkan...jangan lupa tekan vote selpas mmbaca terima kasih semua...i love you🐟🍺🐜

YOU ARE READING
Cinta Vs Benci"++++
Romance"Saya x mencari perempuan yg sempurna ...saya cuma inginkan seorang perempuan yang sudi menjadi pelengkap kepada kekurangan saya........ .....dan saya nampak awq sebagai perempuan itu"