Bab 1

3 1 0
                                    

"Saya punyalah!"Afika hampir sahaja melanggar tubuh tegap di sebelahnya.Tangannya sudah menggenggam erat pemegang pintu teksi merah itu.Dadanya turun naik melawan  semput akibat berlumba lari untuk mengejar teksi sebentar tadi.

"Ah,I'm late for a meeting!Get another taxi please."Lelaki tegap itu menepis tangan Afika dan pantas membuka pintu kereta Proton Waja itu.Selamba sahaja dia  melabuhkan punggung di tempat duduk belakang.

Biadab!Afika membentak dalam hati.Kau ingat kau sorang je ada hal?Orang lain tak ada urusan penting ke?

"Encik,tolong hormat orang lain,ye.Saya dulu yang sampai kat teksi ni tadi!"Afika mengawal nada suaranya.
"Really?But obviously you're not that fast.I'm the one who is sitting in this club right now."Lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.Sepasang anak mata coklat itu menikam pandangan Afika yang jelas kelihatan kaget.

Afika dilanda debaran yang hebat.Jantungnya bekerja keras mengepam darah dengan lebih laju.Kacak gila lelaki ini!Macam muka Adi Putra tuuu!Tapi,takkan Adi Putra naik teksi kut?Ke aku dalam rancangan Wakenabeb?Spontan kepala Afika berpusing ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari kelibat juru kamera yang tersembunyi jika ada.Kalau benar dia sedang berdepan dengan  Adi Putra ,dia mahu meminta autograf sekarang juga!

"Awak ni kenapa macam kena sampuk?Saya dah lambat.Now,if you excuse me...."Tangan lelaki itu cuba menutup pintu dari dalam.

Afika terdorong ke tepi disebabkan oleh tindakan lelaki tersebut.Hampir-hampir dia jatuh tersembam ke tanah.

Afika bagai tersedar daripada lamunan.Lelaki di hadapannya bukanlah Adi Putra,aktor pujaannya.Sebaliknya,dia sedang berdepan dengan lelaki dari planet mana entah yang tidak tahu berbudi bahasa!Afika cuba menahan pintu tersebut daripada ditutup.Terasa sengal lengannya akibat cuba menampan pintu itu.

"Encik,saya dah lambat ni,Tolonglah.....saya ada interview!"Suara Afika sudah separa merayu!Dia sudah lambat.Dan temu duga itu penting untuk mengubah nasib keluarganya.

"Aiya!Lu olang jangan gaduh wo.Sikalang kasi bincang siapa mau naik.Saya mau jalan."Pemandu Cina separuh abad itu sudah mula menepuk dahi.Pagi-pagi begini dia dihidangkan dengan sebabak drama Melayu yang langsung tidak menarik minatnya.

"Apek,you kasi jalan sekarang.I can pay you double!"Sekeping not RM50 sudah dihulurkan kepada si pemandu.Dengan riak berlagak,lelaki
itu terus memusatkan perhatiannya pada IPad di tangan.Sedikit pun dia tidak peduli kepada gadis yang berdiri di luar teksi.Ah,pandai-pandailah kau hidup!

          ~ BERSAMBUNG~

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••••••••••••••••


Haiii semua...assalamualaikum
saya mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang setia membaca cerita ini...€€€®
Saya mohon maaf atas masalah teknikal yang x dapt dielakkan...jangan lupa tekan vote selpas mmbaca terima kasih semua...i love you🐟🍺🐜

Cinta Vs Benci"++++Where stories live. Discover now