Damien's POV
Fuh..tempat ni ialah tempat yang paling selamat kot di sekolah ni in sha allah. Walaupun hidung aku terpaksa berkorban,still berbaloi. Harap harap Cikgu Singa tu tak jumpalah kitorang kat sini.
" Ok..ambil peluang ni untuk keluar dari longkang gergasi nii" kataku yang nampak cemas. Yelah..rasa rasanya Cikgu Yusri tengah cari kitorang. Tak mudah putus asa tul.
" MUHAMMAD DAMIEN JAY! PUTRA QALISH ZAFRAN! COME OUT! KELUAR SEKARANG!!!!" kuat gila laungan Cikgu Yusri aka Cikgu Disiplin yang masih tercari cari kitorang ni. Ha ha! Sampai sekarang tak dapat tangkap kami berdua.
" Ehhhh..camne ni..Cikgu Yusri dah mengamuklah." bisik Zafran yang berada di sebelah aku sambil tangannya memegang hidung. Aku turut berbuat demikian.
Ish! Cikgu Yusri ni kacau daun betullah. Habis plan aku nak ponteng sekolah!
"Shuushh! Nanti dia dengar. Diam ah siket!" jerit ku separuh berbisik. Dup dap. Dup dap hati ni. Harap harap plan kali ni berjaya lagi.
Aku mengintai. Cikgu Yusri masih berada berdekatan dengan longkang besar yang menjadi tempat persembunyian aku dan Zafran.
Cerdik betul. Kenapa Cikgu Yusri tak check kat longkang ni? Tapi bagus jugak..taklah dia jumpa kitorang.
Nampaknya aku dan Zafran terpaksa tunggu di sini sehingga Cikgu tu pergi. Bertahanlah wahai Damien. Kau pasti akan berjaya jika tidak berputus asa.
" Zafran..jom main game ni. Aku bagi kau cabaran kau kena ikut. Kalau kau tak berjaya..aku kena bagi cabaran hingga kau berjaya..kalau kau boleh..kau pulak bagi cabaran kat aku.." ajak aku kepada Zafran. Game ni je yang dapat menghilangkan rasa bosan.
" Eh kenape kau kena bagi cabaran kat aku dulu?Osom laa" bantah kawan aku yang sorang ni. Macam budak budak je main Osom. Hello? Kami ni dah tingkatan 5.
" Ahhh! Jangan nak mengada!" aku menolak cadangan Zafran mentah mentah. Tak mainlah ossom. Ikut jelah cakap aku..cabaran aku ni ringan je pon!
" Yelah..so apa cabarannya?" Zafran membuat muka bosan. Aku pulak tak sabar nak bagi cabaran nih. " Aku cabar kau jilat air longkang depan kita ni" aku menunding jari ke arah longkang yang berisi air. Korang faham tak? Longkang tu besar..pastu ade pulak longkang kecik lam tu.
" Woi! Kau gila ke? Silap silap boleh cirit birit aku nanti!" Ceh berani melawan ye wahai Putra Qalish Zafran. Jilat air longkang je.
" Tak gengster ah kau ni. Tengok aku jilat eh.." tanpa berfikir dua kali..aku mencelup tangan ke dalam longkang kecil..dan jilat
" Yuckk!!!" Zafran membuat muka gedik. Aku pulak..beriak selamba je..tak geli langsung..
" Hmm air longkang ni rasa macam...air milo!" bohongku supaya Zafran pun join skali jilat air longkang. Zafran ni memang minat ke air milo. Kahwin terus pun takpe.
" Yelah tu..kau ingat aku mudah terpedaya?" ceh tak menjadi pulak! Lantak ah..aku kena bagi cabaran lain pulak..Hehe aku tahuu!!
" So sebab kau tolak cabaran aku tadi..aku kena bagi kau cabaran lain..bagitahu aku..siapa crush kau?" Inilah soalan yang membunuh. Dari dulu lagi aku nak tahu. Konfem jejaka macam Zafran ni ade crush. Aku pulak? Tak minat langsung dekat perempuan ni.
" Eh privacy kott" still tolak. Baik takpayah main. Benci betul.
" Bagitahu or aku belasah kau macam aku belasah budak nerd semalam." ada satu kejadian kelmarin. Aku melanggar peraturan num 18 iaitu 'Jangan Membuli!'. Urgh..whatever..undang undang tak dapat halang aku daripada melakukan apa yang aku suka.
YOU ARE READING
Miss Sempurna
Romance( Kerjasama with Wahyuahmad4). Sukan,Check! Akademik,Check! Suara merdu,Check! Aktif koku,Check! Dan yang paling penting,lawa/cantik dan comel. Semua Check! Fuh! Bukan main perfect lagi Miss Sempurna kita ni. Eliana Arissa,gadis tingkatan 5. Dia gad...