*Nobody's POV
Tok!Tok!Tok!
"Assalamualaikum!" ketukan pintu beserta dengan salam diberikan oleh Eliana dan Yana sebelum memasuki kelas. Manakala dua lelaki gengster masuk tanpa amaran.
Semua pelajar sedang khusyuk mendengar ajaran Cikgu Ruina selaku guru matapelajaran bahasa melayu namun terhenti sebaik melihat 4 pelajar masuk. " Maaf kami lambat cikgu." ujar Eliana dan Yana. Mereka menundukkan kepala tanda bersalah kerana lewat masuk ke kelas. Bukan salah mereka,tapi salah Damien dan Zafran yang cuba memonteng sekolah tadi.
" Hmm takpe. Dah dah pergi duduk." kata Cikgu Ruina. Dia memandang Damien dan Zafran yang sedang berjalan ke arah meja masing masing. Langsung tak beri salam atau meminta maaf. Kuang hajaq!
Damien menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di atasnya. Kemudian,kedua dua belah kaki diletakkan di atas meja. Cikgu Ruina dibuatnya seperti tunggul kayu. Zafran yang berada di sebelah Damien hanya beriak selamba. Satu kelas 5 Amjad memerhati lagak Damien. Mereka hanya mampu melihat.
" Ehemmm" dehem Cikgu Ruina untuk menyedarkan Si Damien yang sedang tunjuk lagak. Damien menjulingkan mata.
" Ya?" sindir Damien kepada Cikgu Ruina. Sikit pun dia tak takut Cikgu Ruina. Yang dia takut ialah Cikgu Yusri dan Yana.
" Apa kamu ingat saya ni tunggul kayu ke? Turunkan kaki kamu tu!" ucap Cikgu Ruina. Patutlah Damien tak takut. Lembut saja suara cikgu tersebut.
" Arh..suka ati ahh!!" jerit Damien kepada Cikgu Ruina. Kecut perut sekelas. Garang betul mamat korea ni. Terlebih ajar tul!
Eliana yang tadi sedang duduk sudah berdiri. Geramnya terhadap Damien makin tinggi. " WOI! MANE BOLEH MARAH CIKGU. TAK BERKATLAH ILMU!!" amarah Eliana makin membara. Pantang betul dia kalau ada pelajar bersikap kurang ajar terhadap cikgu.
" So? Kalau tak berkat..jadi ape?" balas Damien selamba. Dia menurunkan kaki daripada meja lalu melelapkan mata.
" Jadi bod*lah kau nanti!" carut Eliana. Dia tersenyum sinis sebaik melihat Damien tak mampu menjawab.
" ZZZZZZ" bunyi dengkuran Damien bergema di dalam kelas 5Amjad. Eliana membuntangkan mata. Boleh pulak dia tidur masa orang tengah marah!
"Sudah sudahlah tu Eliana. Biar aje ke dia. Cikgu nak sambung sesi pelajaran ni" kata Cikgu Ruina lalu menyambung apa yang diajarnya tadi. Damien yang tidur di dalam kelas sikit pun tak dihiraukan Cikgu Ruina.
' Aku akan ajar kau sebab kurang ajar depan cikgu!' desis hati Eliana.
KRINGG!
Bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula. Pelajar pelajar berpusu pusu menuju ke kantin untuk mengalas perut.
Tarikan utama di kantin adalah tempat jual mi tomyam. Memang feveret pelajar sk makkau hijau termasuk Mamat Korean and rakannya,Zafran.
Damien dan Zafran selamba memotong barisan yang panjang. Badan mereka yang sedikit tegap menyukarkan pelajar lain untuk menghalang Damien dan Zafran dari melintas.
Damien menghulurkan sekeping wang RM50 kepada mak cik kantin. Boleh pulak dia guna duit besar untuk beli makanan RM 2. Mak cik kantin or mesra dipanggil Mok Leha mengerutkan muka yang memang dah kerut.
" Takde duit kecik ke?" ujar Mok Leha sambil tersenyum manis. Dia menghulurkan semangkuk mi tomyam.
" Tak ade! Miskin sangat ke kau ni sampai RM 48 pun takde? Huh! Sekolah ni memang low bajet. Lain betul nge sekolah aku kat korea tu!" hina Damien sesedap mulut. Zafran di sebelahnya membuat muka masam sebab dia dah 5 tahun bersekolah di sekolah ni.
YOU ARE READING
Miss Sempurna
Romance( Kerjasama with Wahyuahmad4). Sukan,Check! Akademik,Check! Suara merdu,Check! Aktif koku,Check! Dan yang paling penting,lawa/cantik dan comel. Semua Check! Fuh! Bukan main perfect lagi Miss Sempurna kita ni. Eliana Arissa,gadis tingkatan 5. Dia gad...