Prolog

60 7 1
                                    

Suasana bingit di kafe ini memenuhi ruangan gegendang telingaku.Bunyi dispenser kopi,manusia berbual dan bergelak tawa serta melodi lagu terkini bercampur dalam satu atmosfera.

Dan aku bencikannya.

Lalu aku segera memakai earphones dan on kan lagu 'My Type' nyanyian Saint Motel di music player di smartphone.Satu-satunya lagu yang menepati taste muzik aku selain Charlie Puth.

Oleh kerana aku asyik bersendirian,buku dan lagu pilihan sering menjadi teman setiaku.Cuma aku agak picky dalam memilih genre.Sama juga apabila memilih rakan.Tapi jangan salah faham,aku bukannya anti-social.Cuma tak pandai nak mulakan perbualan.Tentunya awkward.

Kopi americano yang masih panas aku hirup perlahan-lahan,cuba nikmati rasa dan aromanya.Bagiku kopi adalah pelengkap kepada rutin harianku.Kopi diibaratkan seperti 'charger' dan 'energy booster'.Sambil ku hirup,pada masa yang sama aku selak satu-persatu halaman buku yang sedang ku baca.Khusyuk sehingga satu notification Whatsapp menganggu fokusku.

'Ah kacau la,' rungutku di dalam hati.

Aku cuba abaikan mesej tersebut dan teruskan bacaan.

'Ting!'

Satu lagi notification masuk.Aku cuba untuk mengabaikannya sekali lagi.Tetapi nama 'Tuan Godfreg' yang tertera pada mesej tersebut menarik perhatianku.

'Zul,Tuan Godfreg panggil kau pergi office dia.Urgent katanya'

7 minuetes ago

Mesej daripada Erwin aku baca perlahan-lahan.Jelas bahawa aku memang malas sekarang.Dasar perosak mood.Tapi rasa bersalah pula jika meninggalkan mesej tersebut ber 'bluetick'.
Lalu aku membalasnya dengan memberikan reply yang paling 'hot' jika anda merujuk kepada buku rujukan 'Skema Jawapan Mesej di Whatsapp Terbaik di Abad ini'.

'On the way.5 more minuetes'

Ya,ini adalah jawapan yang layak diberi 3 markah penuh.

Sementara itu aku sempat menghabiskan suapan terakhir kek pavlova dan kopi yang masih berbaki.Manakala kaca mata hitam yang sejak tadi aku biarkan ia dalam keadaan terlipat di atas meja bulat itu aku pakai.

"Keep the change.Saya dah lambat ni,"
Aku menghulurkan sekeping not RM20 kepada cashier lelaki yang menjaga kaunter kafe tersebut.Bunyi hentakan kasut oxford hitam jelas kedengaran walaupun aku sedang memakai earphones.

"Heh,"
Aku tersenyum sinis pada diri sendiri.

___________________________________

Na.T.A (National Tactical Agency) headquarters

"Kau tau tak yang kau dah lambat setengah jam?,"
Sergah Erwin secara tiba-tiba.

"Dan kau tau tak yang kau tengah block laluan aku?,"
Aku menepis tangannya ke tepi dan teruskan langkah.Earphones di telinga aku tanggalkan dan pause sebentar lagu yang sedang dimainkan.

Sedar tak sedar kini aku tiba di hadapan pintu office Tuan Godfreg,director agensi kami yang berkacukan German - Melayu dan mempunyai latar belakang yang misterius.

"Masuk,"

Belum sempat aku mengetuk pintu di hadapanku,suaranya mengarahkan aku untuk masuk ke dalam.
Sebab tu aku describe dia as orang yang penuh dengan misteri.Selain itu aku kagum juga dengan daya 'instinct'nya yang tinggi.

Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam biliknya yang sejuk,tanpa ada sedikitpun rasa gementar.Aku lipat kaca mata hitam yang dipakai lalu selitnya di dalam poket sut.Mataku memandang tepat ke arahnya.

"You know why I called you?,"
Soalnya dengan nada yang serius dan 'slang' Inggeris yang pekat.

"Tak,tuan,"
Jawabku ringkas dan selamba.

"Saya ada tugasan khas untuk kamu sorang,"

'Bingo!'
Kataku di dalam hati.

Tetapi pelik...selalunya tugasan khas akan dilakukan oleh 2 hingga 5 orang ejen yang lain juga.

"Apa yang 'khas' sangat sampai saya sorang je yang akan jalankan tugas ni,tuan?,"
Soalku kembali.

"Saya percaya kamu sahaja daripada ejen kita yang layak untuk tugasan ni,"

Aku mampu angguk sahaja dengan kata-katanya itu.

Sebenarnya aku tak kisah pun jika bekerja sendirian bahkan aku lebih selesa berseorangan dan ikut kepala atau plan sendiri.Tetapi aku tegaskan statement aku bahawa aku bukan seorang yang anti-social.

"Oh,by the way apa tugasannya tuan?,"
Aku berbalik pada topik asal.

"Agensi kita perlukan 'pelapis' untuk masa akan datang.So your job is only find the right person,"

"Calon-calon kita tu..perlu ada kriteria tertentu ke tuan?,"

"Hmm...ikut kamulah.Yang mana kamu rasa layak,tarik je diorang masuk.Be professional as possible.I'm counting on you,Zulfadhli,"

Aku hanya diam dan angguk tanda akur.Aku ramalkan pertemuan kami sehingga di sini sahaja buat masa sekarang.

"You're dismissed,"

"......."

Aku kemudian menuju keluar dan kembali memakai kaca mata hitamku.Tetapi langkahku terhenti apabila dia kembali bersuara.

"Perlu take note yang ini bukan sekadar tugas atau misi yang BIASA.Kamu akan dihantar ke sebuah universiti and..."

"Pretend as a lecturer kat situ,"
Dia mengakhiri kata-katanya kemudian senyum kepadaku.

Berdasarkan ayatnya,tiba-tiba aku dapat rasakan jantung berdegup laju.Peluh juga mampu mengalir dengan laju di dalam bilik yang bersuhu 20°C itu.

"Serius ke tuan?Menyamar?Kalau terkantoi macam mana?Tak b...bahaya ke?,"

Pelbagai persoalan sedang ligat bermain di kotak mindaku.Aku beristighfar beberapa kali di dalam hati untuk menenangkan fikiran.

"Don't worry,agensi kita tak pernah dedahkan identitinya kat orang awam.Jabatan tertentu je yang tau kita ni wujud,"

"You're a senior agent here.Jadi buktikan yang kamu boleh,"

Usai kata-katanya diakhiri dengan noktah,aku melangkah keluar dan meninggalkannya seorang diri di dalam bilik itu.Earphones dipakai kembali dan aku memainkan lagu 'Get Ready For It'.

Nak tak nak,aku terpaksa mengharungi hari yang bakal tiba.Entah mengapa tubuhku berasa longlai dan kaku bagai batu seperti selepas melihat 'Medusa'.

Ingin sahaja lidahku mengeluarkan perkataan carutan,tetapi aku berusaha untuk menggantikannya dengan lafaz zikrullah.Semoga urusanku dipermudahkan oleh-Nya.



MisiWhere stories live. Discover now