Bab 1

35 3 0
                                    

2013

Malang bertimpa bertalu-talu seraya membuatkan mata berkaca menahan pilu.

Namun,dia percaya aturan Allah S.W.T itu indah dan berhikmah.Dia yakin ujian yang hadir tidak melampaui had carta kemampuannya.

Fayyadh al-Basri,bukanlah depresi membungkam diri,cuma ikhtiar hidup yang tetap masih belum ditemui.Skrip kehidupannya tidak begitu cerah dengan berlakunya satu insiden yang tidak berbau.

Berlatar-belakangkan agama,walidnya seorang ulama' disegani sepadan dengan umminya yang mereka menggelarnya ustazah.Khair & Maryam.Disatukan dan lahirnya sebuah keluarga yang menjadikan syariat Islam sebagai landasan.

Tragedi 2009 berguling di dalam memori.Rumahnya yang juga sebuah pusat syifa' dilihatnya terbakar dengan api yang marak membara,

Setelah pulang dari mengambil keputusan PMR di sekolahnya seorang diri.

___________________________________

2015

Kesejukan malam membalut diri.Jeritan haruk-pikuk manusia bersorak melihat bola sepak di sebuah restoran mamak membuatkannya rimas.Serabut.

'Lihatlah alam ini.Manusia masih terjerumus dengan hiburan yang menjarakkan hubungan mereka dengan Pencipta.Contohilah tumbuhan,tanpa kita tahu ia sedang memuji kebesaran-Nya.Ia bukanlah mitos yang direka untuk kepentingan diri,tetapi realiti yang menakjubkan'.

Mindanya berfalsafah.Terlalu lapar barangkali.Namun dia masih normal dan waras.
___________________________________
  
           Musolla ar-Raudhah

4 pagi

"Nak,bangun...,"

Badanku digoncang lembut.Kedengaran seperti suara seorang lelaki separuh abad.Roh kembali ke dalam jasad.Mata dibuka perlahan-lahan dan cuba mengamati wajah lelaki tersebut.

Oh,tok imam surau.Barangkali.

Mataku meliar ke sekeliling.Hanya kami berdua sahaja dan kelihatan lampu di bahagian mimbar terbuka.
Aku masih mamai.

"Sepertiga malam ni,elok kita tahajjud.Ambillah wudhu',saya tunggu,"

Suaranya tenang.Wajahnya mengingatkan aku kepada seseorang yang hampir sepertinya.

Tanpa banyak menyoal,aku bingkas bangun dan akur suruhannya.Kaki melangkah ke tempat wudhu' muslimin dengan perlahan dan cermat.Paip air dibuka.Bunyi air menenangkan jiwa.
Basuhan muka yang ketiga menyegarkan mata..Ah,sejuk.

Tok imam yang masih tidak ketahui identitinya kelihatan sedang tersenyum melihatnya.
Senyuman yang pasti akan menenangkan hati sesiapa.

Inikah aura orang 'terpilih'?

5 pagi

Nombor dikenali didail dengan pantas pada keypad touchscreen Samsung Note 9 metallic copper.Diri dilenyapkan daripada pandangan Fayyadh yang menyambung lena menunggu seruan adzan.

"Assalamulaikum,ana perlukan bantuan enta sekarang juga.Secara normal dan baik,ana dah jumpa pewarisnya dan yakin dia orangnya,"

Talian diputuskan.

Senyuman diukir.Akhirnya misi sudah berada di tahap finale,setelah beberapa tahun pencarian dilakukan.

'Alhamdulillah,aku bersyukur kepada-Mu ya Allah kerana memudahkan urusan kami,'

Monolog 'tok imam' di dalam hati.
Husni Khusaini secara spesifik.Dia bukanlah seorang imam mahupun ahli qariah kawasan itu,jauh sekali jika digelar seorang yang ingin mencari 'mangsa' untuk meneruskan niat agenda hitam.

Dia datang dengan satu harapan dan tugas,dan kini sudah dilaksanakan.

Jubah hitam diterbangkan angin pagi.Serban putih yanh dililit di atas kepala berubah kedudukan pada leher,digayakan seperti mafela.

"Kehidupan sebenar menantimu anak muda,"

"Namamu kini ialah..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 24, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MisiWhere stories live. Discover now