♡⃛◟Chapter 2◞♡⃛

65 9 45
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Kim dawoon tu tukar jadi Kim Hyena ya.. And yes. Dia adik Kim Bona. Thanks guys.❤❤
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Perpustakaan

Mereka berhenti di hadapan pintu masuk perpustakaan itu. Mereka memandang sesama sendiri sebelum salah sorang dari mereka bersuara.

"Aku rasa tak sedap hati gila-gila sekarang nie.. " kata Bona memecah kesunyian. Yang lain hanya mengangguk.

"Korang pasti Taeyoon dengan Taehyung ada dalam nie?? " tanya Jin.

"Tak tahu tapi Taeyoon kalau bosan, dia memang suka pergi perpustakaan.. " kata Lysa.

"Jom masuk.. " ajak Hyunji. Mereka mula melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu. Memandangkan guru-guru sedang bermesyuarat, keadaan perpustakaan itu kelihatan sunyi dan sepi.

"Tolong!!! " tiba-tiba telinga mereka menangkap bunyi seperti meminta pertolongan.

"Macam suara Taeyoon.. " kata Hyena. Mereka mula mencari arah suara itu.

"Korang.. Kenapa rak buku nie macam pelik.. " tanya Jihyun.

"Apa yang pelik?? " tanya Jungkook. Dia melihat ke arah yang dilihat oleh Jihyun.

"Korang tengok ek.. Rak buku nie macam senget sikit.. Dan aku jumpa benang dekat tepi rak-rak buku nie.. " kata Jihyun. Jungkook melihat benang yang dikatakan oleh Jihyun.

"Benang nie macam menarik sesuatu.. " Jungkook memerhati benang itu dengan teliti sebelum matanya menangkap satu kejadian.

"Korang!! Ada rak jatuh dekat situ.. " jerit Jungkook lalu terus bergegas melihat situasi itu. Mereka mengikut langkah Jungkook. Mereka tampak terkejut apabila melihat dua orang kawan mereka dihempap oleh rak buku.

"Taeyoon/Taehyung!!! " jerit mereka semua.

"Korang.. Tolong aku.. Tolong selamatkan Taehyung... " kata Taeyoon. Air matanya sudah lama mengalir.

"Apa dah jadi nie?? " tanya Jimin sedaya upaya cuba menolak rak itu. Jhope terus menghulurkan pertolongan.

"Jungkook.. Namjoon.. Korang papah Taehyung pergi bilik rawatan.. Jihyun dengan Hyeae pulak papah Taeyoon.. Rawat diorang dulu baru kita tanya diorang apa yang sudah berlaku.. " arah Jin. Mereka hanya mengikut arahan.

Bilik Rawatan
Hyena pov

Aku dengan yang lain menunggu keadaan Taeyoon dan Taehyung sehingga stabil. Aku pelik. Macam mana rak tu boleh tumbang sedangkan rak tu tak pernah tumbang semenjak aku sekolah dekat sini selama 5 tahun. Pelik tapi aku pasti ada sesuatu yang tak kena. Macam semua nie dirancang. Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Aku terlibat satu link yang dihantar menggunkan e-mel.

"Korang.. Aku nak keluar kejap tau.. " kata aku pada mereka. Mereka menganggukkan kepala. Mata aku bertembung dengan mata Yoongi. Dia memandang aku dengan pandangan risau. Wae?? Aku nak keluar je. Bukannya nak pergi berperang lalu mati disitu. Aku membuka e-mel itu selepas memastikan tiada sesiapa disekelilingku. Aku pelik. Siapa yang hantar link nie pada aku.

'Click this link'

Aku menekan link tu. Game. Macam mana orang nie tahu yang aku peminat game?? Aku membaca perkataan pertama.

'Are you sure to play this game?'

❥ Save Me ❥ | BTS × ReaderWhere stories live. Discover now