Aku masih berteduh dipangkin buruk dibelakang kebun rumah bapa saudaraku. Sepanjang itu aku hanya termenung jauh, merenung nasibku.
Semalam aku terdengar perbualan Paklong dan Maklong tentang Arman. Lelaki yang sanggup mengambilku didalam jagaannya.
Aku sedar akan keadaan keluarga Paklong yang tidak stabil. Siapalah aku untuk terus menetap dirumahnya ini. Meskipun aku anak saudaranya, aku tahu aku hanyalah beban bagi mereka.
Aku melepaskan keluhan berat. Kesal dengan nasib hidupku yang tidak pernah sudah ditimpa musibah. Tidak cukup Tuhan mengambil kedua ibu bapaku, kini dia mengambil Nek Jah.
Aku tersenyum kecil. Sakit. Dadaku terasa sesak. Seperti sesuatu yang tersekat yang aku tidak tahu cara membuangnya.
Dalam aku asyik mengelamun, tiba tiba sahaja namaku dipanggil.
"Haris!"
Aku menoleh dan mengesat mataku yang agak basah dari tadi.
"ya!" sahutku sambil membetulkan dudukku.
Aku tersenyum melihat Maklong yang tersenyum menghampiriku.
"ya maklong. Ada apa?" tanyaku.
"Haris buat apa dekat sini?"
"Haris cuma ambil angin je Maklong. Kenapa Maklong? Nak Haris pergi kedai ke?"
Cepat cepat Maklong menggeleng. "eh taklah. Maklong cuma risaukan Haris. Cari dalam rumah takda. Ingatkan Haris kemana rupanya dekat pangkin ni ha. Tu yang maklong kesini."
Aku mengangguk kecil. "oh. Haris saja je ambil angin dekat sini. Nak tenangkan fikiran. Haris suka tengok pokok pokok bunga maklong ni. Cantik."
Maklong tersenyum lega. "Haris okay?"
Aku terdiam. Tidak tahu untuk menjawab soalannya. Sejujurnya aku tidak tahu apakah aku okay ataupun tidak. Yang pasti aku tidak mahu menambahkan lagi risau Maklong.
Akhirnya aku mengangguk. "Okay." aku turut mengukirkan senyuman. "maklong jangan risau ya. Haris okay."
Maklong melepaskan keluhan panjang. Matanya memandang kearah pokok bunga hasil tanamannya.
"maklong faham. Takkan ada orang yang mampu faham keadaan Haris. Yalah. Siapa pun akan sedih. Sakit. Maklong tak rasa tapi maklong tahu Haris banyak pendam perasaan sejak kecil. Maklong turut menumpang sedih diatas nasib yang menimpa Haris. Tapi sebagai seorang ibu saudara, Maklong hanya mampu berpesan supaya Haris kekal kuat dan tabah. Hidup kita ni tak sama macam orang lain. Kita dilahirkan berbeza takdir."
Aku mengangguk. "Haris faham Maklong. Maklong tak perlu risau. Haris tak pernah terfikir untuk buat benda yang bukan bukan. Haris redha. Dah terbiasa agaknya." ujarku disambung dengan ketawa.
Maklong tersenyum sebelum menggengam tanganku. Jari jemariku diusap lembut.
"baguslah kalau macam tu. Ni Haris. Nanti Haris siap siap pakai kemas kemas ya. Malam ni ada tetamu special nak datang rumah kita."
Aku tersenyum kecil. Sepertinya aku tahu untuk tujuan apa aku harus bersiap kemas.
Perlahan lahan aku mengangguk. "baiklah. Ni Maklong. Haris masuk rumah dulu ya."
Aku terus bangkit dari pangkin sebelum menyarung seliparku dan berjalan kepintu masuk dihadapan.
Apa pun keadaan dan rintangan yang datang, aku redha.
--
Malamnya, seperti yang dijanjikan, aku bersiap siap dengan memakai baju melayu berwarna biru gelap yang diberikan oleh Nek Jah.
YOU ARE READING
Haris (boyxboy)
RomanceSebaik sahaja manusia itu dilahirkan, mulai detik itu, maka bermulalah perjalanan hidupnya. Perjalanan yang berisikan pengalaman dan cabaran yang tidak terduga. Haris diuji dengan kehilangan kedua ibu bapanya yang kecelakaan diusianya yang sangat...