Ting!
Lif yang terbuka menyedarkan Lana yang sedang mulai dibuai khayalan. Dia menggelengkan kepala, membuang rasa mengantuk yang mahu bertandang sebelum dia mengangkat kaki melangkah keluar dari lif. Jam di pergelangan tangan ditatap. Dia masih ada banyak masa untuk berbual dengan Syah.
Semalaman, puas dia memikirkan bagaimana harus dia berhadapan dengan Syah pagi ini. Matanya yang masih kemerahan ditambahkan lagi dengan lingkaran gelap bawah mata memaksanya untuk mengenakan kaca mata hitam.
Pintu bilik perlahan dibuka dan apa yang pertama dia lihat adalah kelibat Syah yang masih terlena diatas katil. Helaan nafas lega dilepasnya lalu kaki melangkah masuk. Perlahan dan berhati-hati.
"Selamat pagi?"
"Oh my god!"
Ayat itu terpacul keluar dari mulut Lana sebelum tangannya pantas menekup mulut.
Jururawat perempuan yang memberikan salam padanya itu kelihatan turut terkejut dengan respon Lana sebelum bibirnya mengulum senyuman.
"Sorry. Saya tak perasan ada orang." Lana segera menjelaskan dirinya. Menyengih. "Saya kawan dia..."
"Nampaknya dia masih tidur. Saya tinggalkan dia dengan cik."
Ujar jururawat yang sebayanya itu lalu menyusun langkah meninggalkan bilik.
Lana melepaskan nafas yang panjang. Mengapa dia kena berjaga-jaga sampai macam tu sekali? Bukannya dia buat apa-apa salah pun sampai berkelakuan tak cool macam tu.
Dia berpaling. Menatap wajah Syah pula. Inilah lelaki yang menyebabkan dia berkelakuan pelik macam ni. Bibirnya dijuih kemudian dia melabuhkan punggung di bangku yang tersedia. Dalam senyap, dia menatap Syah lagi. Dari mata sehingga ke bibirnya, Lana menatap penuh perhatian.
Selama ini, dia tak pernah sedar pun yang Syah memiliki bulu mata yang panjang dan bibirnya merah merekah dah macam perempuan. Kulit muka mulus dan sedikit kumis yang mulai tumbuh menambahkan lagi kekacakannya. Rasanya, lagi elok dia simpan kumis.
Sambil dia menikmati keindahan ciptaan tuhan, kesan-kesan kecederaan yang turut memenuhi wajah Syah membuatkan dahinya berkerut. Kecederaan itu jelas telah merosakkan perasaan tenangnya sebentar tadi.
"Macammana kau boleh cedera teruk macam ni?" Ucapnya separa berbisik.
"Kau kan Syahimi Hakimi? You supposed to be better than this." Dia mendesis.
Beberapa detik berlalu...
Dalam bilik yang sepi itu kedengaran jelas bunyi pernafasan Syah, dada yang sedang turun naik dengan tenangnya, bunyi peralatan mesin yang digunakan untuk memantau keadaan pesakit dan deruan angin yang bertiup dari luar jendela yang sedang terbuka.
Lana pula masih menatap dengan penuh perhatian sebelum akhirnya dia laju mengangkat punggung dari duduk.
"Fine. I'm leaving!" Katanya dengan nada membentak.
Namun, sebelum langkahnya diangkat, terlebih dahulu Syah menggapai pergelangan tangannya dan pada masa yang sama juga dia terjerit saat tubuhnya turut sekali tergerak bangun dari sandaran dan bahagian abdomennya yang tertekan menyengat serta-merta.
"Hei? Kau okey?" Lana yang panik segera membantunya agar baring semula.
"Urghh..."
Sedaya-upayanya Syah cuba menahan sakit yang dirasakan sambil tangannya mengusap-usap bahagian abdomennya. Pedih tak terungkapkan.
"Aku akan panggil doktor."
"No!"
Kali ini suara Syah yang mematikan langkah Lana.
YOU ARE READING
We Are Married, Kawanku [C]
Romance"Hei babe. Kahwin dengan aku." Tiada angin, tiada ribut. Dengan tiba-tiba saja Nur Lailana dilamar kawan baiknya sendiri, Syahimi Hakimi. Tidak termakan umpan, dia tahu ada sesuatu di sebalik lamaran lelaki buaya daratan ini. "Apa pula aku dapat kal...