Aku mengerakkan jari-jemariku. Susah hendak membuka mata ini. Aku terdengar bunyi dentingan alat-alatan yang selalu digunakan apabila berada di hospital. Hidungku menangkap bau yang biasa dihidu di hospital.
Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku nampak sebelah aku seorang jururawat yang beruniform biru laut tersenyum nipis kepadaku.
"Alhamdulillah , sedar pun awak harini. Dah dua hari awak tak bangun. Do you feel better? "
"Ya, saya okey." Aku membalas. Dia meletakkan segelas air di sebelah katilku.
"Air ni awak kena minum untuk pulihkan tenaga awak."
"Terima kasih, saya kat mana ni?" Aku mengerutkan dahi.
"Selamat datang ke Infinite Square".
Jururawat itu berkata sambil memberikan sehelai baju yang mempunyai lambang segi empat yang berwarna putih merah di hadapan belah atas kiri baju itu.
"Nama saya Rose, saya yang akan menjaga awak bila awak cedera atau sakit."
"Oh , saya Zaf."
"Saya tahu, semua maklumat awak dapat dikesan melalui DNA awak. Kami mempunyai alatan yang canggih untuk itu." Kata Rose. "Oh, harini awak boleh discharge, salin baju yang saya bagi tu dan selepas itu , awak pergi berjumpa Encik Zack." Dia menambah.
"Baiklah." Aku mengangguk lalu bangun dari katil. Aku meneguk air yang diberi Rose tadi sehingga habis.Aku pergi ke bilik air yang berhampiran dengan mengikut paparan skrin yang ditunjukkan.
Usai membersihkan diri. Aku mencari Encik Zack dengan menggunakan satu tablet yang disediakan di kaunter depan hospital ini.
"Nampaknya semua canggih-canggih kat sini, hebatlah!"Skrin tablet itu mempunyai segala informasi tentang Infinite Square. Sebelum menggunakan tablet itu, aku perlu berdaftar sebagai ahli di Infinite Square.
Setelah aku memasukkan nama penuhku dan password. Barulah aku boleh mencari semua informasi. Aku menekan icon Search untuk mencari Encik Zack. Setelah itu, terpapar route seperti Waze.
"Pergh, boleh cari orang terus." Tanpa membuang masa, aku mengikut arah yang ditunjukkan.Setelah aku masuk ke beberapa lorong, aku sampai di depan pintu yang tertulis ZACK I.S.
Aku mengetuk sekali lalu muncul seorang lelaki tegap , berkot hitam dan berkulit putih di belakang pintu.Vote and comment tau! Aku suka baca comment org😊
Thanks sebab sudi baca!❤️🐥
YOU ARE READING
INFINITI
AventuraKisah seorang anak yang hendak melarikan diri dari ayahnya yang kejam. Tapi... Hai! This is my first story 😊 sorry la klu membosankan sbb baru first time kan..kalau Ade part yang merapu tu faham2 jela ye😆 sorry 😅 Start : 27 June 2018 End : -