"Mana aku nak pergi ni?" Aku terfikir.
"Ah, pergi jela mana-mana pun".
Ku lihat jam tanganku.
Jarum jam menunjukkan 9 pagi.Jalan yang ku tuju seperti jalan yang ada di Genting Highland. Bengkang-bengkong serta curam.
Aku meneruskan perjalanan. Aku menoleh ke cermin sisi kereta. Aku tak tahu kenapa aku menekan pedal minyak dengan sekuat hati.
Mungkin kerana aku ternampak bayangan ayahku di belakang.
"Ah, dia dah nak dapat aku!"
Lalu aku membelokkan kereta dengan lajunya di selekoh tajam tanpa memikirkan soal nyawa yang hanya di hujung tanduk."Huh, nasib baik!" Hatiku berkata. Kereta ku bawa laju membelah jalan.
Sampai di suatu simpang, aku memberhentikan kereta secara mengejut. "Aku tak nak mati awal". Aku bermonolog.
Aku memberi signal kiri lalu membelok dengan cermat.
Di hadapan aku ,terdapat rimbunan pokok-pokok yang tebal daunnya.
"Macam hutan je ni".
"Ah,lantaklah! Asalkan aku lenyap dari orang tua tu!"Aku menyusuri jalan yang berliku-liku di dalam hutan itu.
Di kiri kananku semuanya ranting-ranting pokok yang menjalar liar. Aku berharap akan ada jalan keluar dari hutan ni.Setelah 30 minit berada di hutan itu, aku mematikan enjin kereta. "Takut minyak habis pulak." "Mana jalan keluar ni!" Aku merungut.
"Hauslah pulak."
Aku mencari-cari air mineral di dalam kereta itu.
"Hah! Jumpa pun." Aku meneguk air mineral itu sehingga separuh. "Pelik, sejak bila pulak la lori boleh bertukar jadi kereta ni?"
"Ah, tak de masa nak fikir semua tu."
Aku menghidupkan enjin kereta lalu meneruskan perjalanan, tiba-tiba di depanku terdapat sebuah jalan yang telah roboh seperti jalan itu telah dipatah dua.Aku menekan pedal minyak dengan harapan aku dapat melepasi jalan yang telah tercerai dua ini. Kereta ku bergerak dengan laju , aku memejamkan mata terasa seperti kereta ku sedang terbang lalu menghempap jalan. Aku membuka mata sedikit.
"Yes! Alhamdulillah berjaya. Aw, badan aku." Aku berkata separuh sedar. Badan aku terasa sengal sedikit mungkin kerana aksi berani mati aku tadi.
Setelah aku sedar sepenuhnya, kereta yang ku bawa rupanya telah terbalik dan aku sukar untuk meloloskan diri. Darah di kepala tidak ku peduli. Aku keluar perlahan-lahan supaya kepala aku tidak mengalami kecederaan yang lebih serius.
Tiba- tiba di hadapanku terdapat sebuah kontena besar berwarna hitam seperti peti besi yang besar. "Apa benda tu?" Aku bermonolog. 'Kontena' itu terdapat tingkap yang segi empat panjang di sekelilingnya. Aku berjalan ke arah 'kontena' itu dengan berhati-hati agar tidak menyedarkan sesiapa yang berada di dalam kontena itu.
Aku ternampak ramai budak-budak yang sebaya dengan aku di dalam 'kontena' itu. Mereka berpakaian putih seperti doktor-doktor di hospital.
"Siapa diorang ni?" Aku berdiri di depan pintu 'kontena' itu.
Tiba- tiba pintu 'kontena' itu terbuka dengan sendirinya.
Aku masuk dan membaringkan badanku di tepi pintu masuk. Ada yang melihatku dan ada yang sibuk dengan kerja mereka. Mereka yang melihatku seakan- akan tidak mengendahkan kehadiranku.Seorang jururawat datang ke arahku membawa 'first aid kit' lalu merawat kepalaku yang berdarah. Aku bersyukur sekurang-kurangnya aku diberi rawatan.
Semasa aku dirawat, aku diberi suntikan di lengan kiriku yang menyebabkan aku mengantuk dan pening.
Aku terlelap dan tak ingat apa yang mereka buat kepadaku lagi.Bersambung....
Thanks pada yang sudi membaca story aku ni. Jgn lupa vote and comment! ♥️🎑
YOU ARE READING
INFINITI
AventuraKisah seorang anak yang hendak melarikan diri dari ayahnya yang kejam. Tapi... Hai! This is my first story 😊 sorry la klu membosankan sbb baru first time kan..kalau Ade part yang merapu tu faham2 jela ye😆 sorry 😅 Start : 27 June 2018 End : -