BAB 1

420 9 0
                                    

Sungai Nil, Mesir Kuno 500 S.M

Cahaya rembulan suram menebarkan sinar cahayanya ke setiap penjuru . Bintang – bintang menghiasi di petala langit membentuk formasi berfungsi sebagai penunjuk arah. Perlahan sahaja angin semilir berbahasa. Dalam pekatnya malam gurun pasir ini menguapkan bayu sejuk. Berbeza sekali di siang hari, gurun seolah mengaum bahang daripada neraka. Perbezaan suhu pada malam dan siang sangat berbeza ketaranya. Jika panas terlalu panas, jika dingin pula terlalu dingin. Aura kedinginannya mampu menyengat sehingga ke tulang putih dan suhunya boleh mencecah sehingga 0 darjah celsius. Pokok kaktus menjadi penghias padang pasir kontang. Udara nyaman benar-benar berkeliaran dalam lingkaran sungai terpanjang di dunia ini.

Padang tandus terbentang luas ini tidak keseorangan. Dia juga punya teman sejati. Sesuai dengan penciptaan tuhan yang sentiasa berpasangan.Yang selalu menjadi teman berhibur gurun ini adalah Sungai Nil. Sungai Nil, sumber kehidupan bagi ketamadunan manusia di gurun gersang ini. Sungai terpanjang di muka bumi ini mempunyai peranan penting dalam peradaban, kehidupan dan sejarah bangsa Mesir sejak ribuan tahun yang lalu. Juga dikenali sebagai sungai merentas bangsa disebabkan lembangan sungai ini merentas 11 negara.

Permukaan airnya membiaskan sinaran sang purnama sambal deras mengalir. Desir angin mengikut rentak bunyi aliran air. Sesekali permukaan air terkocak dek pergerakkan ikan-ikan didalamnya. Sungai yang pernah menumpangkan seorang Musa A.S seolah olah tidak punya masalah. Damai rasanya. Deruan air pula seakan-akan mengalunkan tasbih pujian kepada tuhan dek kerana pernah menyelamatkan seorang nabinya.

Namun, di pesisiran sungai pula sebaliknya berlaku. Lima orang manusia sedang asyik mengumandangkan puji pujian kepada syaitan. Sebuah pondok usang diperbuat daripada susunan batang-batang tamar yang kering berdiri teguh dibina mereka. Dikelilingi beberapa jamung yang berperanan sebagai penerang gelapnya malam. Kawasan ini agak terpencil daripada penduduk setempat. Jauh daripada mata manusia.

Bukan calang-calang orang yang mendiami pondok itu, mereka antara manusia yang sangat dikehendaki pemerintah pada masa kini. Ahli sihir, itulah gelaran selayaknya bagi mereka ini. Sentiasa berbuat ulah di Mesir menyebabkan mereka dikenal masyarakat. Apa saja jenayah yang tak dilakukan mereka. Bermula dari perompakan, penculikan mahupun pembunuhan menjadi adat bagi mereka.

Kesemua sindiket dilakukan oleh mereka sangat tidak berperikemanusiaan mahupun berhati perut. Darah ibarat air putih bagi mereka menambahkan tenaga tatkala meneguknya. Gemar mencantas kepala manusia-manusia yang tidak berdosa. Melihat orang lain terseksa merupakan kebahagiaan bagi mereka. Entah apa matlamat perjuangan mereka. Yang lebih membuatkan masyarakat kecut perut apabila berhadapan dengan mereka adalah kuasa sakti yang dimiliki. Sihir dimain sebagai alat pembunuhan. Jarang sekali bagi mereka menggunakan senjata bersifat fizikal, melainkan kesaktiaan yang tiada batasnya.

Di dalam pondok, lima orang lelaki bertopeng kayu duduk bersila membentuk satu lingkaran bulatan. Kelima-lima ahli sihir menggenakan jubah hitam yang berkerudung di bahagian kepala. Di tengah-tengah antara mereka terdapat sebiji batu sebesar satu pemeluk orang dewasa. Terlakar padanya tulisan serta lukisan heiroglif, iaitu sejenis tulisan mesir kuno yang merangkumi gabungan unsur-unsur logogram dan abjad. Untuk membacanya memerlukan kepakaran yang cukup tinggi demi menfasirkan lakaran unik ini. Mulut mereka tidak jemu-jemu terkumat kamit sejenis mantera pemujaan syaitan sambil badan digerakkan kekiri dan kekanan. Bergoyang dalam khusyuknya meratib.

Seorang lelaki daripada kumpulan itu bangun, lantas berdiri di muka pintu. Pandangannya dilontarkan pada gurun pasir sejauh mata memandang. Kemudian berkalih ke arah empat orang lagi yang asyik melakukan ritual pemujaan.

"Sair... Aku merasakan aura tentera diraja sedang menghampiri kita. Lebih baik kalian selesaikan pemujaan . Sementara aku akan melengahkan mereka. Kali ini auraku mengesan ribuan tapak kaki sedang menghampiri kita. Hahaha... raja benar-benar marah kali ini." dia memberi amaran kepada Sair.

Seorang daripada mereka juga turut berdiri selajur mendekati lelaki itu. Turut menyambung tawa lelaki itu.

"Masakan tidak marah, kita telah membunuh puteri kesayangannya. Biar aku membantumu Jahm. Kalian bertiga segera habiskan apa yang telah kita mulai. Bertahun lamanya kita bersusah payah, akhirnya malam ini dunia akan menyaksikan kuasa terkuat kita." Saqar tersenyum sinis di sebalik topeng kayunya.

Seorang daripada tiga orang itu mengangguk ke arah mereka berdua. Manakala dua orang lagi sedang asyik menumpukan perhatian ke arah batu bertulisan hieroglif yang di puja. Topeng kayunya agak berbeza daripada keempat orang ahli kumpulannya. Dua benjolan seakan tanduk terpacak di bahagian dahi. Lagak tingkahnya seperti seorang ketua. Perlahan dia berdiri. Serentak itu kesemua ahli kumpulan memerhatikan dia. Perlahan lelaki itu menghela nafas lewat organ pernafasannya.

"Aku Sair anak Zira bersumpah dengan nama suci dewa langit kegelapan. Upacara pemujaan hampir selesai. Selepas upacara ini, kita berlima perlu mengorbankan nyawa setiap daripada kita. Kemudian ketiga barang keabadian ini akanku sembunyikan di dalam perut bumi. Barangsiapa di kalangan mereka yang hidup selepas kurun kita dan selanjutnya menemukan barang ini. Seluruh alam jagat raya ini berada di hujung telunjuknya. Dan semestinya dia yang terpilih itulah yang akan membantu raja kegelapan akhir zaman.

Hahaha..." Sair berpanjang lebar menerangkan projek kejahatan itu biarpun keempat rakannya sudah maklum akan hal tersebut.

Malam ini bakal menjadi malam terakhir berikutan beberapa episod kesyirikan yang mereka lakukan. Senjata yang bakal mereka ciptakan mampu memberikan pemiliknya kehidupan abadi sekaligus membantu musuh Allah SWT yang akan muncul di akhir zaman. Padahal sebagai seorang Islam yang meyakini bahawa tiada yang dapat memberi maanfat mahupun mudarat melainkan Allah SWT, wajiblah mengitikadkan didalam hati bahawa tiada satu makhluk pun akan kekal abadi kecuali sang pencipta kepada makhluk. Dan demi menjayakan rancangan ini mereka berlima perlu menyerahkan nyawa kepada Sang Iblis terlaknat.

Kedua-dua tangannya dikepal penumbuk di julang ke langit. Tersengih kegembiraan. Tatkala melihat ketua mereka meraikan kejayaan yang bakal diraih, keempat orang ahli sihir yang lain turut merainya. Sorakkan kegembiraan dalam bahasa mesir kuno bergegak gempita di dalam khemah. Pujiaan terhadap dewa langit kegelapan turut diselitkan. Gelak tawa mereka memecah kesunyiaan malam.

"Sudah!!!" Sair membentak keras.

"Selesaikan tugas kalian. Hawi dan Lazo bersamaku menghabiskan mantera. Jahm dan Saqar pula pergi bertempur. Habisi mereka. Jangan biar mereka halang kerja kita. Jika perlu seru saja sang Cyclop. Gergasi bermata satu itu. Ayuh mulakan." Sair memberi arahan sesuai tingkahnya sebagai seorang ketua. Selain mempunyai kuasa lebih kuat berbanding mereka berempat, Sair juga merupakan yang tertua dalam kumpulan itu, menjadikan dia selayaknya seorang ketua.

Tanpa berlengah Sair kembali duduk bersila berhadapan batu itu bersama dua lagi rakannya dan menyambung ritual pemujaan. Terus tenggelam dalam mantera-mantera pemuja syaitan. Kembali menyambung projek terakhir yang difahamkan bakal mencipta sejenis senjata berperanan mampu menakluki seluruh galaksi. Sekali sekala tulisan hieroglif di batu itu menyala-nyala. Mengeluarkan sejenis cahaya berwarna hijau. Mungkin kesan daripada sihir pemujaan. Ratiban berkumandang sealunan suara garau milik mereka bertiga.

Sejurus itu juga, Saqar dan Jahm terkumat-kamit membacakan sesuatu mantera sambil jari telunjuk bersama jari tengah dihala kelangit dan di sematkan di dada. Perlahan-lahan struktur tubuh mereka berubah menjadi kepulan asap hitam. Tubuh bersifat konkrit bertukar menjadi sifat gas. Seterusnya melayangkan asap hitam yang merupakan penafsiran kepada tubuh sebenar mereka ke udara. Berderu deras menyelinap di dalam kegelapan malam.

Dari atas langit, dua ahli sihir ini mampu melihat segerombolan tentera diraja lengkap bersenjata sedang menghampiri pondok pemujaan. Ada yang berkuda dan menaiki unta. Walaupun tak kurang juga yang berjalan kaki. Membentuk pola formasi menyerang.

Malam ini raja Mesir benar-benar mengerahkan seluruh angkatan tenteranya. Kemurkaan baginda membahana apinya. Mana tidaknya, satu-satunya puteri tunggal pewaris kerajaan Mesir dibunuh tepat di hadapan matanya oleh kumpulan ahli sihir itu. Semestinya pembunuhan itu berkait rapat dengan senjata kegelapan yang bakal dicipta. Darah Si puteri raja digunakan sebagai kandungan bahan ritual yang pastinya bertunjangkan iblis.

Selama ini raja hanya mendiamkan diri sahaja apabila mendapat pengkhabaran tentang ulah jahat mereka. Tapi tidak untuk malam ini. Barannya memuncak. Sifat manusia secara psikologinya memang begitu. Apabila orang lain yang terkena tidak diendahkan, tapi bila batang hidung sendiri yang terkena barulah terasa kesannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 27, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SYAHIDWhere stories live. Discover now