Prolog

732 19 0
                                    

“Aiman,pergi panggil adik-adik kat luar.Dah dekat senja ni!”

Suara seorang perempuan kedengaran dari dapur.Mata Akif yang sedang melayan Tom and Jerry di TV terarah melihat langkah abangnya,Aiman ke pintu dengan badanya tidak berganjak walau seinci pun.Well,bukan nama dia pun yang dilaung tadi.

“Hanna,Hanni,masuk!Dah maghrib ni,masuk cepat.”Suara Aiman kedengaran lembut dari dalam.Mendayu.Memanglah dua beradik tu takbergerak punya.

“Alah,sibuk ajelah.Orang nak main lagilah,”Suara Hani.Si bongsu yang keras kepala itu baru berusia enam tahun.

“Masuklah,nanti mama marah.”Suara abangnya kedengaran lagi,masih memdayu.Aduhai abangku,takkan berjaya punyalah guna suara macam tu.

“Kejap lagi kami masuklah.Kan Hanna,kan?Kan Hanni,kan?”Suara seseorang yang pastinya bukan milik adiknya Hanni,atau Hanna yang berusia lapan tahun.

Sudah,patutlah budakberdua tu tak berganjak dari tadi,budak bertuah tu datang main rupanya,Akif masih pasang telinga,mambebel dalam hati dalam ngan mata masih tengok Tom yang dah jadi bola dek kerenah si Jerry.

“Esok-esok Ayien datanglah main lagi kat sini.”Suara Aiman kedengaran memujuk.

Dengan budak bertuah yang seusia dengan Hanni tu,jangan haraplah berjaya guna psikologi,gumam Akif dalam hati dengan mata terpaku di kaca televisyen.Tom bukan setakat dah jadi bola,sekarang dah leper jadinya.Jerry gelak sakan di atas piano.

“Alah Abang Aiman,bagilah kami main...Dua minit lagi.”Suara budak perempuan itu kedengaran lagi.Memujuk Aiman.

“Tak bolelah Ayien,nanti mama marah.”Masih lembut suara Aiman.

Tak boleh jadi ni!Tom yang sudah benjol di dahi angkara Jerry tak menarik perhatian dia lagi.Akif letak alat kawalan jauh TV dia atas meja,bangun menuju ke luar,laman rumah tempat adik-adiknya bermain.

“Zuyyin,kau balik sekarang!Kau tau tak dah pukul berapa sekarang?Hanna,Hanni,masuk sekarang!”Lantang suara Akif mengarahkan mereka yang tengah main masak-masak di halaman rumah masuk ke dalam.

Zuyyin yang terkebil-kebil dia pandang dengan mata yang sengaja dijengilkan.Dia tahu,kalau kanak-kanak yang rambutnya dipotong pedek paras bahu itu langsung tidak gerun dengan dia.Buktinya,Zuyyin juga sedang memandangnya dengan mata yang sengaja dibulatkan.

“Abang Akif jahat!”Suara Zuyyin melengking geram.

“Ah,sudah!Aku bukan abang kau pun,abang kau kau dah mati!Cepat masuk Hanna,Hanni.Tak masuk siap kau orang!”

Suara Akif yang kuat dan keras memakutkan kedua-dua anak dara licik itu.Pantas,mereka berlari masuk ke dalam rumah.Meninggalkan Zuyyin yang terkulat-kulat memandang abangAkif mereka.Riak wajahnya bertukar sayu

“Abang Akif jahat!”Sayu suara Zuyyin mendengar ayat Akif.

Aiman yang berdiri di tepi Akif ,Zuyyin pandang untuk meraih simpati.Mungkin dalam diam,dia meminta bantuan Aiman untuk membelanya.Sungguhlah dia benci kepada nada dan kata-kata Akif yang selamba tadi.Orang yang sudah tiada itu juga yang diungkit oleh Akif.

“Baliklah Ayien,kalau mama nampak Ayien kat sini,mesti mama marah.Dah,pergi balik ok?“Suara Abang Aiman lembut memujuk.

“Kau pergi balik,Zuyyin.”Suara Akif kedengaran lagi.Garang macam selalu.

Dari dulu,ketika maksu dan paksunya,orang tua Zuyyin dan Akmal,abang Zuyyin masih hidup,Akif memang tidak pernah memanggil Zuyyin yang muda enam tahun daripada dia itu dengan nama Ayien.Dia lagi selesa memanggil Zuyyin dengan nama sebenarnya sahaja
“Hai Zuyyin,jauh kamu merayau.Dah maghrib macam ni,tak reti-reti lagi balik rumah?”Seorang wanita dengan sanggul tinggi muncul di muka pintu.Mukanya cemberut macam limau kecut.

“Maklong....Abang Akif jahat...Dia cakap,Abang Ayien dah mati....”

Setitik air mata jatuh di pipi Zuyyin.Aiman rasa belas melihatnya.Akif berdiri di tepi Aiman l,pasang muka tak beriak.Tidak bersimpati seperti Aiman,tidak juga memcebik seperti mamanya.

“Memang pun abang kau dah mati.Mak bapak kau pun dah mati.Apa pasal la kau tak ikut sekali dengan dia orang?Tak adalah muka kau ni tak menyakitkan mata aku!”Suara wanita yang dipanggil maklong itu kedengan pedih di telinga mereka,inikan lagi di telinga anak kecik seperti Zuyyin.

“Dahlah tu ma,Zuyyin bukannya faham pun.Dah maghrib ni,masuk jom.”Akif bersuara perlahan,menenangkan mamanya yang sudah mula memcaci Zuyyin.

Memang dia yak suka Zuyyin yang banyak cakap tu,tapi dia sendiri tidak tegar memcaci sepupunya itu.Lagipun,kanak-kanak seusia Zuyyin bukannya faham apa-apa.Paling teruk pun,Zuyyin akan terkebil-kebil dengan muka toya sebelum menangis apabila mamanya mula mengukit tentang ibu bapanya yang dah tiada.

“Hurmmmm...Masuk,tinggalkan budak tu sendirian di situ,biar dia dimakan hantu.”Kata-kata Puan Maria disambut tangisan oleh Zuyyin.

Perkataan dimakan hantu menakutkannya apatah lagi melihat Aiman dan Akif sudah melangkah masuk ke dalam rumah dan pintu ditutup rapat.Air matanya mengalir di pipi,tangisannya pecah di situ.

Tidak tahu apa yang yang perlu dibuat,Zuyyin berdiri di tengah taman yang luas itu sambil sambil berharap agar atuk dan neneknya akan datang mendapatkanya di sini,atau mungkin Aiman yang selalu melayannya dengan baik akan keluar dari balik pintu yang tertutup rapat rapat di hadapannya itu.

Zutyin berharap sangat,seseorang akan datang mendapatkannya saat itu.

“Akif?”

Suara Aiman perlahan di telingannya,mungkin bimbang didengari oleh Maria di tingkat atas.Hanya matanya di kaca TV tapi vunyi tangisan Zuyyin yang masih berlagu si luar rumah menggangu telingannya.

“Abang rasa,Ayien takut tu.”Abangnya yang berada di tingkat tiga itu bersuara.

“Abang pergilah tengok dia.”Suara Akif selamba,macam tiada apa-apa berlaku.

Dia tengok keadaan di luar,memang dah gelap tapi dia masih terpaku di kerusi.Tiada tanda-tanda untuk bergetak walau seinci Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan tangisan Zuyyin.

“Abang takut,nanti mama marah.”Suara Aiman lirih.

Akif mendengus kasar sebelum bangun menuju ke arah pintu.Kadang-kadang dia pelik dengan Abang Aimannya itu,patuh tak bertempatdengan arahan mama mereka.Pelik dia.

“Abang Akif nak pergi mana tu?”Suara Hanna dari anak tangga paling atas kedengaran.Hanni berdiri di sisinya,kedua-duanya sudah siap mandi dan berbaju tidur.

“Keluar!Kalau mama tanya,cakap Abang Akif pergibeli roti.Lapar!”

Suara Akif hilang bersama batang tubuhnya yang sudah memghilang di sebalik pintu yang kembali tertutup rapat.Seminit kemudian,suara tangisan Zuyyin sayup-sayup kedengaran sebelum hilang membuatkan ketiga-tiga adik-beradik itu berpandangan sesama sendiri sebelum lari menerpa puntu.Tapi ketika pintu dibuka,tiadaZuyyin ataupun Akif di situ.

Tolong vote👍

ISTERIKU 19 TahunWhere stories live. Discover now