BAB 1

1.3K 33 6
                                    

Zuyyin menyeka air matanya yang mengalir laju di pipi.Kain batik nenek dibawa ke dada,seakan-akan memeluk batang tubuh neneknya.Dibawa pula ke bibir,masih terasa harumnya bau nenek.Dan air matanya semakin lebat membasahi pipi.

Nenek...

Haji Mustakim yang berdiri di pintu bilik Zuyyin menarik nafasnya perlahan,menghembus juga perlahan apabila telinganya menangkap sayup-sayup suara tangisan cucunya.Seminggu yang lepas,isterinya sudah selamat dikebumikan.Dia sendiri seperti Zuyyin,dalam kesedihan.Cuma dia lebih matang menghadapi kesedihannya.Perlahan,dibawa tubuh tuanya ke beranda.Sekadar duduk di kerusi,merenung kepekatan malam.

“Ayah...”

Suara Razali,anak sulungnya mematikan lamunannya.Dia sekadar mengangkat kepalanya,tersenyum dan kembali memakukan pandangan ke hadapan.

“Ayah okey ke?”Haji Mustakim menoleh ke sisi,apabila suara itu kedengaran sekali lagi.

“Ayah baik-bail sahaja,Zali.Tapi Zuyyin...”Dia sangat bimbangkan Zuyyin.Cucunya itu seolah-olah hilang separuh daripada nyawanya.

“Zali pun risau tengok dia,yah.Dari semlalam,dia langsung tak makan.Duduk kat kubur arwah mak berjam-jam lamanya.Dulu,waktu arwah adik meninggal,dia tak adalah sampai macam ni.Zali risau,dia dah patah seperti mangat untuk hidup.”Suara ank lelakinya kedengaran sebak.Mungkin teringatkan arwah ibu dan adiknya yang sudah meninggalkan mereka.

“Zuyyin masih kecil waktu orang tuanya dan abangnya meninggal,Zali.Dia belum mengerti makna kehilangan.Tapi sekarang,dia lebih daripada memgerti.Dia berhadapan dengan kehilangan bukan sekali...”

Encik Razali memarik nafas dalam-dalam,mengerti maksud ayat ayahnya.Bulan sekali,tapi yang kedua kalinya.Zuyyin berusia berusia enam tahun ketika orang tua dan abangnya meninggal dalam kemalangan jalan raya,dan sekarang ketika dia berusia lima belas tahun dia kehilangan pula nenek yang menjadi tempat dia bermanja.

“Atuk...”

“Ya,Aiman...”Haji Mustakim menoleh,menyahut panggilan Aiman dengan nada yang sama.

“Ayien tak nak makan.Keluar bilik pun tak nak.”Aiman tengok,riak wajah atuk berubah.Kasihan atuk,kasihan Zuyyin,bisik hatinya.

“Biarkan dia,Aiman.Orang suruh makan pum mengada-ngada.”Suara mamanya kedengaran sambil berlenggang menuju ke arah mereka,diikuti adik-adil perempuan,Hanna dan Hanni.

“Ma,tak baik cakap macam tu.”Aiman menegur lembut.

Dia memang sedia maklum akan kebemcian mamanya terhadap Zuyyin,tapi takkanlah dalam keadaan macam ni pun mamanya masih nak berkasar dengan Zuyyin?Tak berhati perut langsung.Aiman memggeleng perlahan,kesal dengan sikap mamanya.

“Tak baik apanya?Zuyyin tu memang selalu susahkan orang.Buat penat je nak risaukan dia.”

Kali ini giliran Hanna dan Hanni menggelengkan kepala apabila mendengar suara mama mereka.Sampai sekarang,mereka masih tertanya-tanya kenapa mama mereka benci benar dengan Zuyyin,sedangkan Zuyyin baik,sangat baik sebenarnya.Sekalipun mama mereka dan Akif melayannya dengan teruk,Zuyyin masih juga tersenyum,cuma dengan Wkif dia akan berkasar.Menjawab balik setiap kata-kata yang keluar dari mulut Akif.

“Maria!!!”Keras suara Encik Razali apabila mendengar ayat isterinya.

Maklong jenis apa isterinya ini yang sanggup memgeluarkan ayat begitu?Itupun kepada anak saudaranya sendiri.Kalu benci sekalipun kepada Zuyyin,tidak bolehkah dia menutup mulutnya yang berbisa itu untuk saat ini sahaja?Saat Zuyyin sedang berhadapan dengan kesedihan,saat Zuyyin memerlukan sokongan daripada mereka semua.

“Sudah!Jangan sebab Zuyyin,kamu laki bini bergaduh pula.Zuyyin cucu aku,biar aku yang uruskan dia.Kamu tak perlu susahkan diri,penatkan didi memikirkan soal dia,Maria!!!”Suara Haji Mustakim pula yang kedengaran keras.

Bukan sekali dia mendengar kata-kata lasar memantunya itu.Suadah berkali-kali,malah yang lebih menyakitkan pun dia pernah dengar.Memang dia terasa hati mendengar ayat memantunya tadi.Sangat sakit sebenarnya,tapi dia tidak ingin mengeruhkan keadaan,bimbang anak dan menantunya bermasam muka.

“Aku maaih,hidup,masih berdiri di depan kamu untuk bimbangkan soal Zuyyin.”Haji Mustakim menambah.

Sekilas dipandangnya yang ada di situ sebelum bangun melangkah ke bilik Zuyyin,diikuti koloh h Hanni.Akif yang sedang menonton buletin utama di ruang tamusekadar mwmandang mereka tanpa riak di wajah.Seperti biasa,Akif memgambil sikap berkecuali jika urusan itu melibatkan Zuyyin.

“Lain kali,cakap tu biarlah berlapis.Tengok,ayah mesti terasa hati tu.”Suara Encik Razali kedengaran menegur kelakuan biadab isterinya.Aiman dan Hanna sekadar berdiri di situ memerhatikan mereka.

“Kenapa semua orang bela sangat si Zuyyin tu,ha?!Zuyyin tu keturunan...”

“Maria!”Suara keras suaminya menghentikan ayatnya.

Puan Maria memdengus kasar sebelum masuk ke dalam,terus menuju ke arah bilik mereka.Kebenciannya semakin menebal terhadap Zuyyin.Kebenciannya yang tertanam sejak dulu lagi semakin lama semakin menjadi barah yang sukar diubati kecuali dengan kemaafan yang belum terluah dan sukar diluahkan.

“Ayah,mama cakap apa tadi tu?”Soal Aiman teragak-agak.

“Nothing!Masuk cepat,dan kunci pintu.Esok kita balik kl.”

Laju langkah Encik Razali meninggalkan anak-anaknya.Semakin lama mereka di sini,semakin sakit nanti hati ayah dan Zuyyin angkara isterinya.Memang dia bimbang meninggalkan orang tuanya dalam keadaan begini,tapi jika ingin melindungi mereka,dia harus.menjauhkan mereka daripada isterinya yang semakin melampau.

Hanna dan Aiman sekadar berpandangan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Mereka memgambil keputusan untuk membiarkan tanda tanya di dalam kepala mereka tidak berjawab.Bukan sikap mereka untuk mendesak dan mencampuri urusan ibu bapa mereka.

-
-
-
-
-
-
-

Hanni melambai tangan ke arah kereta ayahnya tang sudah keluar dari halaman rumah datuknya.Sehinggalah kereta ayahnya hilang di sebalik selekoh jalan,barulah tangannya diturunkan.

“Masuk,jom!”Akif melangkah ke tangga diikuti Hanni.

Cuma dia dan Hanni yang masih tinggal di kampung.Aiman kerja,dan Hanna ada kelas persediaan untuk peperiksaan SPM hujung bulan ni.Mujurlah dia sedang bercuti semester dan cuti sekolah sudah bermula.

“Abang Akif...”Suara Hanni di belakang mematikan langkahnya.Dia berpaling sebelum mengalihkan matanya ke arah jari telunjuk Hanni.

“Ayien,mungkin dia nak ke kubur nenek.”Masih suara Hanni yang kedengaran.

Akif diam,hanya memandang dari jauh Zuyyin yang sedang melangkah keluar dari pintu dapur menuju ke jalan besar.Di tangannya ada bakul yang mungkin berisi jag air.

“Biarlah dia.”Akif bersuara tanpa nada,kakinya terus melangkah ke tangga petanda dia tidak berminat dia tidak berminat dengan situasi yang sedang berlaku.Atau lebih tepat,dia tidak menunjukkan minatnya kepada apa yang sedang berlaku kepada Zuyyin.

Hanni terkebil-kebildi tengah laman.Berfikir-fikir sama ada untuk mengekori langkah Akif atau Zuyyinyang semakin menjauh.Akhirnya,dia melangkah mengekori abangnya.Membiarkan Zuyyin 'bersendirian’ dengan neneknya.

Si beranda,mata Haji Mustakim menghantar langkah kaki Zuyyin dengan keluhan nipis.

“Sampai bila kamu ingin menyeksa diri kamu,Zuyyin?”

Tolong vote and comment👍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISTERIKU 19 TahunWhere stories live. Discover now