" Tae ! Hello ? Kau dengar tak aku cakap ni ? "
Taeyang kembali tersedar dari mimpi selepas pipinya ditepuk beberapa kali oleh manusia disebelahnya. Dia menjeling tajam jantan tak guna disebelahnya sambil mengusap perlahan pipi yang ditampar tadi.
" Fokuslah, kau nak Sir Jung ni mengamuk ke ? " Dia menggeleng laju. Memang tak mahulah. Kalau Sir Jung tu mengamuk, pengetua pun jadi takut. Seramlah.
" Weh kejap lagi kita kena talk, urgent. " Dia berbisik pada Sehun yang sedang pura-pura fokus pada pembelajaran itu. Acah je mamat nilah, padahal mata lelaki itu dah nak tertutup.
" AHN TAEYANG AND OH SEHUN ! " Ah sudah.
" Y- yes sir ? " Serentak mereka menjawab tengkingan guru lelaki itu. Berdesing telinga babe, sumpah. Kadang-kadang rasa macam dekat kem askar pun ada. " Kenapa bercakap sewaktu saya sedang mengajar ?! PERGI BERDIRI DEKAT LUAR SEKARANGGGGGG ! "
Berdesup mereka berlari keluar kelas macam tak cukup tanah tanpa berbicara sedikit pun. Gila tak takut tapi padan muka sendirilah, siapa suruh bercakap.
" Kaulah ni ! Tak pasal-pasal jatuh maruah aku dekat semua perempuan. " Dia mengendahkan bebelan mamat disebelahnya dan cuba menjenguk kiri dan kanan. Bosanlah.
And guess what ?
Dia nampak putera kayangan guys. Handsomenya terlebih-lebih ni.
Lelaki itu berjalan dihadapan mereka sambil memerhatikan kedua-dua mereka dengan muka tidak berperasaan. Dia sempat menjeling ke arah name tag lelaki itu.
Park Jinyoung. So lelaki nilah senior yang dibanggakan oleh semua orang disebabkan oleh rupa paras dan kekayaan lelaki itu. Okay dia mengaku lelaki itu handsome.
" Taeyang, kau tengok apa ? " Sehun mendekatkan mukanya pada muka Taeyang untuk melihat apa yang dilihat oleh wanita itu. " Aku tengok d– "
Belum sempat menghabiskan bicaranya, Sir Jung berdiri disebelah mereka. " Lain kali jangan bercakap waktu saya mengajar ! Dah pergi rehat ! " Mereka hanya menghadiahkan guru lelaki itu senggihan sebelum berjalan ke arah kantin.
" Tadi kata nak talk sangat, sekarang talk. Entah apa yang merasukimu tah. "
Taeyang menarik nafasnya sebelum memulakan bicara. " Kau, Oh Sehun kena tolong aku, Ahn Taeyang. " Dia meletakkan kedua-dua tangannya dibahu lelaki itu manakala Sehun pula mengangguk-angguk sambil membuat muka seriusnya.
" Carikan seorang lelaki untuk jadi fake boyfriend aku untuk seminggu. "
YOU ARE READING
KS: Fake Boyfriend »Park Jinyoung« ✔
Fanfiction❝ Please- ❞ Start : 25/03/2020 End : 19/05/2020 beautiful cover by @almondpepers