N-4

111 14 0
                                    

" Sunbae..."

" Hm. "

" Kenapa kau terima untuk jadi fake boyfriend aku ? "

Taeyang memandang ke arah Jinyoung yang sedang berbaring disebelahnya di atas tikar sambil melihat bintang. " I don't know– " Perlahan bicara lelaki itu membuatkan dia semakin fokus.

" ..maybe masa tu aku takda nak buat apa-apa pun, sebab tu aku terima. " Taeyang memandang ke langit semula selepas mendengar jawapan dari Jinyoung. Jadi lelaki itu hanya bosan ? Baiklah. Dia dah dapat jawapan pada soalan yang sentiasa bermain difikirannya.

" And maybe sebab aku suka kau masa tu.."

Dia terbangun dari baringannya sesaat selepas Jinyoung meluahkan kata-kata itu. " Ka– kau suka aku ? " Jinyoung turut duduk apabila melihat dia tidak mahu berbaring semula. Dia dengan terujanya menantikan bicara lelaki itu.

" Aku kata maybe. " Taeyang sudah memuncungkan bibir sedepa. Jinyoung hanya tersenyum apabila mengingatkan kejadian pada waktu itu.

" Hyung suka dia ? " Jinyoung mengangguk perlahan pada soalan Sehun itu. " Kalau suka, hyung pergi masuk stor sukan tu. Nanti aku suruh Taeyang masuk sekali. For sure dia akan ajak hyung pergi trip tu. "

Tanpa sebarang bantahan, Jinyoung terus masuk ke dalam stor sukan itu. Dia berjalan-jalan disekeliling stor sukan itu untuk beberapa saat sebelum Taeyang masuk ke stor itu. Dan pintu yang sangat bermasalah itu tertutup.

Sekali dia tertutup, tak akan boleh buka lagi. Jinyoung menunjukkan riak tenangnya kerana dia tahu ini ialah sebahagian daripada rancangan Sehun.

Sewaktu Taeyang sedang memarahinya, Jinyoung sedang memesej Sehun yang berada diluar pintu stor. Hadir satu senyuman saat Taeyang mengajaknya ke trip itu. Tak sangka rancangan kurang bijak Sehun, berjaya.

" Hello ? " Taeyang melambai-lambai tangannya dihadapan muka Jinyoung bagi menyedarkannya dari alam lain. " Okay tak ? Senggih-senggih dari tadi. " Dia mengangguk kecil. Tak sangka disebabkan rancangan itu, akhirnya meraka berdua bersama. Walaupun bersama dengan gelaran pasangan palsu, dia tetap gembira.

" Esok kita dah nak balik, ada nak kata apa-apa pada aku ? " Dia akhirnya membuka mulutnya selepas diam untuk beberapa minit. " First, aku nak cakap thanks sebab sudi jadi fake boyfriend aku. " Dia mengangguk kecil mendengar bicara wanita itu.

" Second, thanks jaga aku baik sangat. Ingatkan kau ni tak boleh harap. " Jinyoung memandang tajam wanita dihadapannya itu lalu tertawa kecil.

" And last, aku nak confess pada kau. Aku suka kau since first time aku nampak kau. Masa tu aku kena denda dengan Sehun. Time tu aku tahu aku dah jatuh cinta. " Jinyoung diam, tak bersuara. Dia sukakan wanita itu tetapi dia tak pernah sangka wanita itu sukakan dirinya juga kerana dia tahu yang Taeyang sukakan Mino. Dia terlalu terkejut sehinggakan dia tak mampu berkata-kata.

Taeyang saat itu tidak kesah jika lelaki itu mahu berjauhan dengan dirinya ataupun mahu membencinya, janji dia sudah meluahkan segalanya. Hatinya jadi tenang sekarang ini.

" Uhm– kita masuk tidurlah. "

KS: Fake Boyfriend »Park Jinyoung« ✔Where stories live. Discover now