[8]

142 6 2
                                    

Ahli keluarga Ariana sudah bersedia menyambut kedatangan Tengku Alisa dan keluarganya. "Jemput masuk," pelawa Encik Khalid. Ummi masuk bersama dengan rombongan meminang. Ummi menjelaskan kedatangan mereka serta ingin mendapat persetujuan tentang hubungan anak mereka.

Perbincangan mereka berjalan dengan lancar. Tarikh perkahwinan Nizam dan Ariana dijangka akan berlansung bulan hadapan. Nizam betul-betul sudah berubah. Dia bukan Nizam yang dulu.

"Tak keluar harini?" soal Amar. "Abang, depan rezeki jangan gaduh," kata ummi. "Abang tanya ummi. Biasanya Nizam keluar," kata Amar pula. "Abang Nizam dengan Abang Amar ni tak habis nak gaduh. Dah lah, Nissa nak masuk bilik," kata Nissa. Nissa bangun lalu diciumnya tangan ummi, Amar serta Nizam. "Selamat malam," kata Nissa. 

"Tak. Aku nak duduk dekat rumah. Minggu depan kan majlis aku," kata Nizam. "Nanti Nizam dah kahwin, jangan lah tunjuk perangai depan isteri tu. Kesian dia kena layan perangai Nizam yang tak habis-habis nak bergaduh," pinta ummi. "Ummi, Nizam tak akan buat semua tu. Jadi ummi jangan risau," kata Nizam. "Nizam nak kahwin, lepas ni abang tolonglah carikan seseorang yang boleh mendampingi abang. Abang bukan 25 tahun lagi. Abang sekarang ni dah 28 tahun. Umur dah sesuai untuk mendirikan rumah tangga," kata Ummi.

"Apa kata kita biar Nizam yang kahwin dulu. Lagipun abang banyak kerja dekat office." kata Amar.

Giliran Amar pula masuk ke bilik.

Udara malam itu sungguh segar. Nizam berdiri di balkoni rumah mereka untuk menhirup udara segar serta melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit. Sungguh cantik kerlipan bintang bersama dengan ketenangan malam. Nizam didatangi oleh Amar. Amar memerhati olah Nizam sejak tadi.

"Kau tengok apa?" soal Amar. "Tak perlu aku bagitahu kau," jawab Nizam ringkas.

"Aku tanya elok kan. Jawab lah elok sikit," tegas Amar. "Ramal masa depan," jawab Nizam. "Kau dah bersedia untuk majlis minggu depan?" soal Amar. Nizam mengiakan.

"Bagus lah kalau macam tu. Lepas jadi suami orang nanti, cuba jaga disiplin kau," kata Amar. "You don't have to worry about that," jawab Nizam. Langkah disusun rapi meninggalkan Amar sendiri.

    
        ********

"Termenung apa ni?" sapa Luqman. Kedudukannya diatur. "Abang Man tak tidur lagi?" soal Ariana. "Belum lagi. Masih awal. Abang Man tengok sejak beberapa hari ni Riana termenung saja," kata Luqman.
"Ayah dan Ibu belum balik lagi?" tanya Ariana.

Tangan Ariana digengamnya. Mata Ariana juga dilihat sedalam-dalamnya. Berat rasa hati melepaskan adiknya itu. Maklumlah, minggu depan sudah sah menjadi isteri orang. Terfikir juga untuk bermanja sebelum adiknya itu pergi.

"Jaga diri tu elok-elok nanti," pesan Luqman. "Riana tahu. Abang Man tu pun cepat kahwin." Ariana tersenyum nipis. Riak wajah Ariana sepertinya memberitahu sesuatu.

"Are you okay?" soal Luqman. "Yes I am," jawab Ariana. "Riana kalau ada masalah jangan lah segan bagitahu Abang Man. Abang Man bukan orang lain," kata Luqman. "Tak ada apa. Riana okay. Riana rasa macam nervous sikit," jawab Ariana.

Luqman faham benar akan adiknya yang seorang itu. Apabila rasa sangsi sedikit memang tidak senang duduk jawabnya. Mukanya saja sudah menunjukkan perasaannya yang tidak menentu.

"Ayah nak jumpa dengan Riana," kata Luqman. Langkah diatur ke ruang tamu dengan malasnya. Ariana duduk di sebelah ibu lalu kepalanya diletakkan di bahu ibunya itu.

"Kenapa ayah nak jumpa Zeera?" tanya Ariana. "Ayah cuma nak berbual-bual dengan anak-anak ayah saja. Nanti bila Zeera dah kahwin bukannya dapat bermanja dengan ayah macam dulu lagi. Nak bermanja dengan Abang Man? Abang Man dah tua," kata ayah. Ruang tamu rumah Encik Khalid bising dengan bunyi gelak ketawa mereka.

"Man bukan tua ayah. Man masih muda lagi," kata Luqman. "Masih muda? patutlah tak nak kahwin sebab masih muda," sindir Ariana. "Riana, tak baik lah cakap Abang Man macam tu. Nanti dia kahwin lah bila sampai jodoh," kata ibu. "Iya ibu. Riana tahu. Abang Man tu sampai bila-bila pun tak bersedia." Ariana merenung tajam ke arah Luqman yang duduk di sebelah ayah.

"Ayah pun tak sangka esok dah majlis Zeera. Nanti bila sampai tempat orang jangan lupa jaga diri tu," pesan ayah. Pesanan Encik Khalid sentiasa disematkan dalam hati anak-anaknya. Encik Khalid bersyukur kerana memiliki anak-anak yang begitu baik budi pekertinya dan mendengar kata.

           *****
Kediaman Tengku Farid masih lagi bising dengan suara saudara-mara mereka. Nizam masih berdiri di balkoni dan belum bersiap. Jika diikutkan jam di dinding, mereka masih ada masa lagi sebelum majlis akad nikah.

Nizam sepertinya sedang memikirkan sesuatu sehingga kehadiran Amar juga tidak dia sedari. Nizam termenung jauh walaupun berkali-kali namanya dipanggil. Dia seolah-olah dalam dunianya sendiri dan tidak menyedari apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Nizam tengok apa? Kenapa tak bersiap lagi? Nanti kita lambat Nizam," kata ummi. Ummi menyedari bahawa anaknya yang seorang itu tidak berganjak walaupun seinci sejak tadi. "Masih awal lagi ummi. Kejap lagi Nizam bersiap. Ummi keluar lah dulu. Nizam nak baring-baring sekejap," kata Nizam.

"Jangan lama sangat. Nanti kita lambat. Cepat bersiap." Ummi keluar.

Wajah Nizam lansung tidak menampakkan keserian. Fikirannya seolah-olah terganggu.

Suasana di rumah Encik Khalid begitu bising dengan ahli keluarga serta jiran-jiran dan rakan-rakanya yang lain. Tetamu yang hadir diberi layanan yang cukup memuaskan. Ariana masih bersiap. Ariana kelihatan lebih teruja berbanding Nizam. Dia bersiap lebih awal dan menunggu majlis berlansung.

"Cantiknya Riana," puji Mak Long. Senyuman menjadi balasan. "Sekejap lagi sampai lah buah hati Riana," kata Mak Long. "Riana tunggu Mak Long." Ariana bangun lalu dipeluknya erat wanita itu.

Nizam masih belum bersiap. Jika diikutkan mereka seharusnya sudah berada di sana.

"Nizam cepat bersiap," tegas ummi. "Ummi keluar lah. Nizam nak mandi dulu," kata Nizam.

Setelah sejam menunggu akhirnya sebuah kereta Ford Ranger berhenti di hadapan rumah Encik Khalid.

"Mereka dah sampai," kata Luqman. Seseorang keluar dari kereta lalu menuju ke arah Encik Khalid yang sedang menyambut kedatangan tetamu.

Wajah lelaki itu begitu serius dan suasana tegang seketika.

Perbualan lelaki itu dengan Encik Khalid begitu serius.

Semua tetamu tertanya-tanya tentang pokok perbincangan mereka. Suansa semakin tegang apabila tiada sesiap pun bersuara.

Wajah Encik Khalid yang tadinya ceria kini bertukar muram. Lelaki itu sepertinya sedang menjelaskan sesuatu.

Di sudut lain, hatinya sayu melihat anak gadis yang begitu teruja dengan perkahwinan ini. "Kalau dah macam tu, pak cik pun tak boleh nak buat apa," kata Encik Khalid lalu langkahnya disusun rapi meninggalkan lelaki itu.

Bersambung~

Bidadari buat Abang AmarWhere stories live. Discover now