"Nizam nak pergi mana dengan beg semua ni?" tanya Ummi. "Kalau Abang tahu Nizam buat perangai nanti makin teruk dia kerjakan Nizam. Janganlah macam ni. Kalau tak jadi pun sekurang-kurangnya cuba hubungi Ariana. Biar dia dengar Nizam sendiri yang jelaskan," kata Ummi.
"Ummi, Nizam kena pergi." Nizam keluar dan diikuti ummi. "Nizam jangan lari daripada masalah," kata ummi. "Nizam bukan lari, Nizam cuma nak tenangkan hati." Nizam terus keluar dan memandu laju meninggalkan kediaman itu.
"Angah macam macam mana ni?" soal Tengku Aliff. "Angah pun tak tahu Along. Kita tunggu Amar sampai nanti," jawab Ummi.
Ummi melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu ditutupnya mata. Sebelum ini, Nizam bergitu bersungguh-sungguh dengan perkahwinan ni namun kenapa tiba-tiba sahaja dia membatalkan semuanya.
Nizam juga tidak menyatakan alasan dia berbuat demikian. Dia pergi tanpa diusir. Ummi hanya risau sekiranya Nizam bertemu dengan Amar di perjalanan. Keadaan Nizam akan lebih buruk sekiranya mereka bertemu.
"Ariana," panggil Amar. "Tengku tak perlu jelaskan apa-apa lagi. Apa yang dah jadi biarkan. Mungkin kami memang tak da jodoh," kata Ariana. "Tengku boleh cakap dengan ayah. Saya belum bersedia nak jumpa sesiapa." Ariana pergi meninggalkan Amar sendirian.
"Saya rasa lebih baik Tengku balik. Riana belum bersedia nak jumpa sesiapa. Lagipun tetamu semua daj balik," kata Luqman. Amar hanya mengangguk dan menurut kata.
Dia terpaksa menebalkan mukanya angkara Nizam. Amar pergi meninggalkan rumah itu dan dalam perjalanan pulang. Dia berharap dapat bertemu dengan Nizam kelak. Rasanya Nizam perlu diberi perhitungan.
******
"Nizam mana ummi?" tanya Amar. Suasana rumahnya sunyi apabila saudara-mara yang lain pulang. Kelihatan cuma tinggal ummi sahaja. Nissa pun tiada. Mana semua orang pergi?
"Nizam dah keluar bawa barang-barang dia. Sudah lah Abang. Ummi tak tahu nak cakap apa lagi. Rasanya biarlah dia pergi. Ummi nak jumpa keluarga Ariana nanti," kata ummi. "Tak perlu ummi. Abang dah jumpa keluarga dia. Amar rasa serba salah pula bila batalkan semuanya tiba-tiba macam ni," jawab Amar.
Amar duduk bertentangan dengan ummi lalu ditutupnya mata sekejap. Sesekali dia mengeluh dengan apa yang jadi.
"Abang ganti tempat Nizam boleh?" soal Ummi tetiba. "Ummi, Abang naik atas dulu," kata Amar. "Abang, tak manis kita hampaka orang lagi-lagi kalau saudara kita sendiri yang buat hal. Kita sebagai orang yang waras kena ambip tindakan," tegas ummi.
"I'll think about it later ummi." Amar bangun lalu menuju ke arah biliknya. Amar baring di atas katilnya yang empuk. Terasa begitu selesa sehingga telefon miliknya berbunyi juga tidak dapat memberhentikannya daripada mengelamun.
Masa jelas dalam ingatan apa yang dia lakukan tadi. Terlihat wajah Ariana yang sayu mendengar berita itu. Nizam juga tetiba menghilang. Rasanya seperti ingin dia kerjakan betul-betul adiknya yang seorang itu.
Bukankah dia yang beria-ria nak kahwin dulu? Kenapa pula sekarang dia membatalkan perkahwinan itu. Tidakkah tersimpan sikit rasa kekesalan dalam diri Nizam? Mana Nizam pergi? Akan ku cari sampai berjumpa. Dia seperti lepas tangan dan tidak ambil kisah perasaaan orang lain.
Hari berganti hari, Ummi masih memujuk Amae untuk mengantikan tempat Nizam. Kata ummi, dia begitu berkenan dengan Ariana. Jika Ariana berkahwin dengan Amar sudah cukup meskipun bukan Nizam. Dia sendiri sudah kecewa dengan sikap Nizam yang amat memalukan dirinya.
Paksaan ummi tidak membuahkan hasil kerana Amar masih tetap dengan pendiriannya. Masakan dia boleh berkahwin dengan orang lansung dia tidak cintai apatah lagi dia tidak terlalu mengenali Ariana. Ariana memang pernah bekerja dengannya namun hubungan mereka waktu itu cuma sebagai rakan sekerja dan tidak lebih.
Amar juga tidak sering bertemu dengan Ariana malahan Ariana sahaja tidak mengenali diri Amar.
Ariana bekerja seperti biasa. Dia memulakan harinya walaupun sukar kerana terpaksa mendengar sindiran orang sekeliling.
Ariana sering termenung di butik. Kerjanya juga tidak menentu. Fokusnya hilang.
"Tengku, Cik Ariana dah sampai," ujar Kak Shila.
"Suruh dia masuk Kak Shila," kata Amar.
"Kenapa Tengku nak jumpa saya?" soal Ariana.
Ariana dipelawa untuk duduk namun gadis itu menolak.
"Saya minta maaf hal yang lepas. Saya ..,""Lebih baik Tengku cakap sebab suruh saya datang sini. Saya banyak kerja lagi sebenarnya nak buat dekat butik," kata Ariana. "Saya tak tahu nak mulakan macam mana. Saya rasa saya kena jumpa juga keluarga awak," ujar Amar. Masih tersimpan sedikit rasa bersalah dalam dirinya atas perbuatan Nizam meskipun kejadian itu sebulan yang lalu.
"Tak perlu Tengku. Kami faham. Kalau tak ada apa lagi, saya kena balik. Lagipun Tengku nampak macam sibuk. Saya datang ke sini ingatkan Tengku nak bincang soal kerjasama kita. Tapi kalau menyangkut soal peribadi rasanya baik kita lupakan." Hanya senyuman diberikan buat lelaki itu.
"Saya kahwin dengan awak. Saya akan berkahwin dengan awak. Saya serius. Saya ikhlas," ujar Amar.
"Thanks Tengku but you don't have to do that," kata Ariana. "Saya tak perlukan Tengku buat macam tu. Tengku cukup baik dengan saya selama ni. Lagipun bukan salah Tengku," kata Ariana lagi.
"Tapi...,"
"Saya balik dulu Tengku,"
"Saya serius dengan apa yang saya cakap. Saya kahwin dengan awak atas sebab saya kasihan. Tiada hati saya untuk awak tapi saya tetap nak kahwin dengan awak," kata Amar."Ariana please, saya tak sanggup tengok ummi macam tu lagi. Dia terlalu sayangkan awak. Saya tahu semua ni salah Nizam tapi bagilah kami peluang untuk tebus kesalahan dia." Amar amat berharap agar Ariana menerima walaupun terpaksa.
Ariana diam seketika. Dia menarik nafas dan sesekali dia mengeluh. "Saya tak boleh Tengku. Saya minta maaf." Ariana meninggalkan Amar sendirian.
Amar buntu. Apa aku nak cakap pada ummi? Adakah aku perlu ke rumah mereka untuk mendapat persetujuan? Aku bukan Nizam yang boleh mungkir janji begitu saja.
Aku berpegang teguh pada janji. Tolonglah Ariana jangan rumitkan lagi keadaan.AriaNazeera B. :
"Cik Riana, saya ada buatkan air. Jemput minum," pelawa Fatin.
"Kenapa Cik Riana termenung saja sejak beberapa hari? Oh ya, Encik Daniel datang tadi. Katanya nak jumpa Cik Riana. Tapi saya cakap Cik Riana keluar," tambah Fatin lagi.
"Dia nak apa?" soal Ariana.
"Saya tak pasti. Dia cuma cakap nak jumpa Cik Riana. Dia tak tinggalkan apa-apa pesanan pula,"
"Tempahan dia dah bagi ke?" soal Ariana lagi."Tempahan dia dah lama kita bagi," jawab gadis itu.
"Lain kali kalau dia datang suruh dia tunggu saya kalau saya lambat ya Fatin," kata Ariana."Baik Cik Riana. Tadi tu dia yang nak pergi. Nampak macam terburu-buru pula dia tadi," kata Fatin.
Daniel datang? Dia nak apa? Lama juga tak nampak dia. Biasanya dia akan call bila nak datang. Jangan-jangan dia nak tempah suit baru. Patut ke aku call dia?
Bersambung~
YOU ARE READING
Bidadari buat Abang Amar
RomanceCredit cover : naz_alin00 Read(√) Vote (√) Start : 25 Jun 2018 End : Thanks ♥