Hari demi hari
Semakin dia menghubungiku
Tidaklah menelefon
Sekadar berbalas di whatsapp
Ikthilat pada waktu itu telahku lupa
Berbalas balas sehingga larut malam
Adakalanya sehingga pagi
Yang sepatutnya menjadi 2/3 malam
Untuk tahajud
Telah ku khianati hanya untuk si ajnabi.
...
..
..Semakin lama semakin dia mencuri hatiku
Kebencian aku kepadanya
Semakin lama semakin hilang
Semakin pudar
Juga semakin aku suka padanya.
Tutur bicaranya sopan dan halus
Penuh beradab
Juga penuh islamik.
Aku mula tertarik
Semakin aku membenarkan
Dia
Menyentuh hatiku
Tapi aku tidaklah melulu
Aku cuba
Mengintainya pada jalannya
Benarkah hasratnya?
Sejauh mana kesungguhannya.
Semakin hari semakin aku nampak usahanya
Untuk menyentuh hatiku
Dan semakin hari juga
Aku mula tertarik padanya
Mula merasakan 'CINTA'
YOU ARE READING
RINDU
Short StorySetiap kali rindu, Aku pasti akan berdoa pada Allah . supaya rindu ini sampai padanya . Cinta kerana agamanya , akhlaknya, peribadinya Namun aku pendam dalam diam. Aku letakkan namanya dalam doa ku senyap-senyap. Aku pohon Tuhan Jagakan dia unt...