"Bila awak boleh mula kerja?" soal salah seorang interviewer perempuan di hadapannya.
Terpinga-pinga dia seketika menerima soalan tersebut.
"A...apa cik cakap?"
"Saya tanya bila awak boleh mula kerja...ke awak tak nak kerja ni?" balas wanita itu sedikit jengkel.
"Ah...a...saya nak cik kerja ni. Nak sangat! Err...sekarang! Sekarang pun saya boleh mula cik. Saya tak kesah. Bila-bila masa cik nak saya start, saya boleh start" balasnya bersemangat.
Dia nampak dua orang interviewer yang lain tergelak kecil melihat telatahnya manakala wanita yang bertanyakan soalan padanya tadi hanya menjulingkan matanya ke atas. Dari tadi tingkah laku wanita itu seakan-akan tidak suka akan dirinya. Dia ada buat salah ke?
Ah, dia sudah tidak peduli dengan semua itu. Yang penting sekarang, dia dah dapat kerja. Yeay!
"Baiklah Cik Adelia, selamat datang ke Mastermind Corporation" ujar wanita itu separuh rela.
**********
Adelia pantas berlari keluar dari perut teksi selepas membayar tambang. Dia tidak punya waktu untuk berlengah-lengah. Dia sudah lambat. Entah macam-mana dia boleh tidak sedar jam locengnya berbunyi pagi tadi. Dan sekarang, dia sudah lambat ke tempat kerja.
Sampai sahaja di ruang lobi pejabat, dia lihat semua lif penuh.
"Aduhh, masa ni la lif nak penuh" omelnya tidak puas hati. Jam tangan dikerling. Dia cuma ada masa lagi tiga minit untuk punchcard. Tiada pilihan, Adelia terus berlari menuju ke pintu tangga kecemasan.
"Yosh! Let's do it" ujarnya bersemangat.
Dengan pantas, anak tangga didaki menuju ke tingkat enam.
Namun pagi itu, nasib tidak menyebelahi Adelia.
Sampai sahaja di tingkat empat, dia terlanggar seseorang menyebabkan dia terdorong ke belakang. Saat itu, dia hanya mampu memejam mata dan berserah apabila dirasakan badannya terhempas ke lantai, dan perlahan-lahan...dia rasa dunianya gelap-gelita.
**********
"God...please don't die will ya" bisik Taehyung sedikit gelisah. Dia mundar-mandir di hujung katil sambil matanya tidak lepas memandang gadis yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil miliknya.
Dia berdecit. Jam tangan dikerling.
"Mana pulak dia ni..." omelnya sedikit bengang. Dah hampir sepuluh minit dia menelefon doktor peribadi merangkap rakan karibnya itu namun batang hidung lelaki itu masih juga tidak kelihatan. Ikutkan hati, dia tidak mahu menelefon lelaki itu, namun dia tidak punya pilihan lain.
Taehyung meninjau sekali lagi gadis tersebut. Dia sedikit lega apabila melihat dada gadis itu naik turun, menandakan yang dia masih bernafas.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk dari luar. Tanpa membuang masa, dia pantas melangkah ke muka pintu lalu pintu tersebut dibuka. Kelihatan Yoongi sedang berdiri tegak dengan briefcase di tangan. Lelaki itu tersengih memandangnya.
"Apasal kau lambat sangat? That girl could die, you know" soal Taehyung tidak puas hati.
Yoongi hanya ketawa kecil. "Chill man...aku dah sampaikan" balasnya selamba. Dia menolak sedikit badan Taehyung lantas melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Matanya terus terpandang susuk tubuh seorang gadis yang sedang terbaring di atas katil, tidak sedarkan diri.
Dia menghampiri gadis tersebut. Matanya meliar memerhati tubuh gadis itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Perlahan-lahan, bibirnya mengorak sengih nakal.
"Hoi! Dah-dah la tu tenung budak tu. You better check her right now...aku tak nak dia mati dekat dalam bilik aku ni" sergah Taehyung dingin. Tiba-tiba dia rasa menyesal pula menelefon lelaki ini. Betul ke apa yang dia buat ni?
"Alright, alright..." balas Yoongi malas lantas duduk di birai katil, berhampiran dengan tubuh Adelia yang terbaring.
Yoongi mengeluarkan lampu kecil dari poket baju kemejanya. Dia menyuluh mata Adelia menggunakan lampu tersebut. Erm...the pupil constrict, good sign, bicaranya dalam hati.
Dia mengeluarkan pula stethoscope dari briefcase miliknya. Alat tersebut diletakkan di bahagian dada gadis itu.
"Erm...breathing okay" omelnya perlahan. Dia menoleh ke arah Taehyung yang sedang tegak berdiri di hujung katil, memerhati dalam diam. "Kau cakap dia jatuh tangga kan?" soalnya kepada lelaki itu.
"Yup. Aku...terlanggar dia masa nak turun tangga" ujar Taehyung sedikit teragak-agak.
"Okay, let's see..." Yoongi menilik kepala Adelia pula. Dia dapat merasa sedikit bengkak di bahagian belakang kepala gadis itu. Terdapat juga kesan darah kering di situ. Sempat dia menilik wajah Adelia dari dekat. Bibirnya mengukir senyum senget. Cantik perempuan ni..., dia memuji dalam hati.
Melihat cara renungan Yoongi itu, Taehyung mula rasa tak sedap hati.
Setelah beberapa ketika, Yoongi kembali berdiri tegak. Alatan-alatan perubatannya dimasukkan kembali ke dalam briefcase. Kepala Adelia yang luka sudah dicuci bersih dan dibalut.
"So, how?" soal Taehyung tidak sabar. Dia perlu tahu yang gadis itu tidak apa-apa.
"She's okay...luka sikit je. Kejap lagi bangun la tu" balas Yoongi selamba. Dia melangkah ke arah sofa yang terletak di sudut bilik lantas melabuhkan duduk di situ. Kakinya disilangkan ke atas meja. Lagaknya kelihatan begitu selamba. "Kau tak nak sediakan minuman untuk aku ke? Penat aku berkejar datang sini, tahu?" ujarnya bersama sengihan di bibir.
Taehyung mendengus perlahan. Dia melangkah menuju ke arah peti sejuk mini yang terdapat di dalam biliknya itu. Satu tin air nescafe diambil. Dia kembali melangkah menghampiri Yoongi. Air tin tersebut dibaling ke arah lelaki itu.
Yoongi pantas menyambut air tin tersebut. "Thanks bro" ucapnya. Penutup dibuka lalu air tersebut diteguk rakus. Lega. Dia menoleh ke arah Taehyung yang sedang meneliti sebuah fail nipis di tangan. "Kau tak masuk office ke?" soalnya pelik.
"Aku masuk lambat sikit. Nak tunggu that girl sedar" balas Taehyung bersahaja.
"Aku boleh tunggukan untuk kau" ujar Yoongi sambil tersengih nakal. Taehyung menjeling tajam.
"Tak payah. Kau tu bukan boleh percaya sangat...nanti entah apa kau buat dekat budak tu bila aku takde" balas Taehyung sinis. Bukan dia tak tahu perangai rakannya itu, pantang nampak perempuan cantik sikit, mulalah buat perangai.
Dan dia takut kalau Yoongi buat lebih dari itu.
"Auch. I'm hurt" balas Yoongi sambil memegang dadanya lantas dia ketawa. "Tapi perempuan tu cantik la bro, I like" ujarnya selamba. Langsung tiada riak bersalah pada wajahnya.
"Yoongi...you promise me, you will stop" ujar Taehyung dengan nada serius.
"Well...maybe" balas Yoongi bersahaja bersama senyuman senget di bibir.
Taehyung mula rasa bengang namun ditahan.
Perbualan mereka terhenti apabila terdengar ada suara halus mengaduh perlahan. Mereka berdua lantas berpaling ke arah katil. Kelihatan gadis itu sudah mula sedarkan diri.
"Aduh...sakitnya kepala aku. Aku dekat mana ni?" omel Adelia perlahan sebelum matanya menangkap dua pasang mata yang sedang memerhatikannya dari hujung katil. Seorang lelaki sedang merenungnya dengan pandangan serius manakala seorang lagi lelaki sedang memandangnya dengan senyuman senget di bibir.
Adelia meneguk air liurnya yang tiba-tiba terasa kelat.
YOU ARE READING
Between You and Me...(BTS fanfiction)
FanficAdelia cuma gadis biasa yang mencari kerja di sebuah syarikat hartanah terbesar milik seorang CEO muda bernama Kim Taehyung. Namun perkenalannya dengan jejaka itu bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Pertemuannya dengan Taehyung turut membawa...