Aku berasa sangat gembira dengan hidup aku yang sekarang.
Kenapa aku gembira? Kerana aku mempunyai teman lelaki yang sangat aku cintai dan sangat aku percayai, dia bernama Park Jimin.
Seorang yang comel, kacak, tingginya hanya sederhana sahaja, senyuman yang menawan dan mempunyai personaliti yang sempurna. Aku berasa bahagia sekali.
Dia tidak pernah gagal membuat jantung aku berdegup kencang. Setiap kali dia tersenyum kepada aku, aku terasa seperti roh aku sudah melayang entah ke mana.
Dulu dia merupakan orang yang selalu membuat aku menyampah dengannya kerana dia selalu mengikut aku ke mana sahaja, menyibuk tentang hal aku, spam aku di whatsapp dan line, menunggu aku di depan rumah aku setiap kali aku ke sekolah. Sehingga lah ada satu hari tu aku marah dia dan dia mula menjauhkan diri dari aku. Aku pula yang berasa sunyi dan bersalah. Perasaan rindu juga mula muncul. Bukan kah sepatutnya aku berasa gembira?
Aku mula keliru dengan perasaan aku, aku meluah dengan kawan baik aku yang bernama Kim Hye Jin. Dia kata, aku telah jatuh hati dengan Jimin.
Hari demi hari, dia menjauhkan diri dari aku. Bila aku senyum dengan dia, dia hanya membalas dengan jelingan. Bila aku ingin bercakap dengan dia, dia larikan diri dari aku.
Aku memang ingin meluahkan perasaan aku dengannya tapi dia sudah menjauhkan diri dari aku.
Aku sedih. Aku menangis di kerusi taman permainan yang ada berdekatan dengan sekolah.
"Macam mana ni? Aku suka dia tapi dia sudah benci dengan aku.. Aku menyesal!.. Jimin ahhh!! Aku suka kau tapi kenapa kau jauhkan diri dari aku? Kau tau tak hati aku sakit sekarang ni!" ucapku sambil menangis di kerusi taman
"Apa kau cakap? Kau suka aku?" soal satu suara dari hadapan aku.
Suara itulah yang aku paling rindui. Aku mendongakkan kepala aku. Ya memang betul itu dia, Park Jimin.
Aku terus bangun dan memeluk dia dengan erat.
"Maafkan aku Jimin.. Sebab aku marah kau hari tu. Aku suka kau Jimin, tolong jangan jauhkan diri dari aku lagi, hati aku sikit Jimin.. Jebbal.." ucapku sedih sambil memeluk erat badannya.
Dia meleraikan pelukan aku, aku melangkah selangkah ke belakang. Dia memandang wajah aku dengan pandangan yang kosong.
"Betul ni, kau suka aku?" soalnya tiba-tiba
"Y..ya aku suka kau.."
Dia melangkah ke arah aku, aku pula kaku di sana. Muka dia betul betul rapat dengan aku, jantung aku sudah mula buat hal. Dia tersenyum lalu mencium bibir merah aku selama dua saat.
"Bagus lah, aku pun suka kau." ucapnya lalu tersenyum ke arah aku. Dia mula melangkah dua langkah ke belakang
Aku menyentuh bibir aku, jantung aku juga sudah seperti hendak putus. Dia dah curi first kiss aku..
"Mulai hari ini, kau sudah jadi milik aku. Aku janji yang aku akan cintai kau dengan sepenuh hati aku. Aku juga tidak akan pernah sakiti hati kau." ucapnya
"Aku pun akan berjanji dengan kau yang aku juga akan sentiasa mencintai kau dengan ikhlas." ucap aku lalu tersenyum manis ke arahnya.
"For you I could pretend like I was happy when I was sad"
YOU ARE READING
Fake Love || Park Jimin [✔]
Short StoryPlease stop giving me fake hope, I begging you Park Jimin. Because I am so sick of this fake love.🙂 Ini ialah sebuah short story about Park Jimin. Not really story la dia lebih kepada luahan hati. Sorry kalau tak best sebab ini first time saya bua...