Hati-hati

86 5 0
                                    

Setiap yang lahir itu ada manisnya,
Seperti kau.
Yang katanya tidak pernah tawar.
Yang katanya sentiasa memberi harapan.
Yang katanya sering buat aku senang.

Aku pernah terkena. 
Oleh si manis seperti kau.
Modusnya sama, operandinya juga masih sama.

Aku sentiasa pesan pada diri,
Untuk tidak cepat selesa,
Kerana mungkin sama seperti mereka,
Yang suka tabur janji,
Dan selepas itu pergi ikut suka hati. 

-Faiz Ibrahim-

Fake Love || Park Jimin [✔]Where stories live. Discover now