Kelihatan pelbagai jenis warna kulit serta rupa yang dapat dilihat di dalam Dewan Aurum hari ini. Jarang sekali kanak - kanak sebaya mereka dapat melangkah masuk ke dalam dewan yang serba luas dan mempunyai dekorasi yang sangat sistematik dan mewah.
Kanak - kanak tersebut semestinya sangat berbakat dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri sehingga dibenarkan untuk ke agensi yang kewujudannya tidak sedari oleh sesiapa bahkan pihak penguasa sendiri tidak mengesyaki kehadiran agensi tersebut.
Suara kanak - kanak tadi yang bingit memenuhi dewan mulai lenyap dari pendengaran apabila seorang lelaki yang amat mereka kenali mula melangkah menaiki pentas.
Lelaki tersebut merupakan antara penyelia terbaik di agensi tersebut. Penyelia ditugaskan untuk menyelia setiap kumpulan ejen masing - masing dan memberi taklimat berkenaan misi yang akan mereka jalankan. Mendapat lelaki itu sebagai penyelia meupakan satu hadiah yang sangat bermakna buat mereka.
"Saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada para pelatih yang akan mendapat sijil kelayakan untuk menyertai Agensi Identity ini . Berikan tepukan yang gemuruh kepada semua pelatih!!"
Serta merta dewan tertutup itu menjadi bising dengan tepukan daripada ejen – ejen yang lain . Kelihatan beberapa kanak – kanak dan ejen - ejen beruniform pelbagai warna mendengar setiap patah bicara yang keluar daripada mulut lelaki.
"Selepas mengharungi beberapa cabaran yang lasak selama 2 bulan, maka terlahirlah seorang insan yang berani malah gagah serta tabah menghadapi ujian yang berlaku di sekeliling kita. Saya pasti semua pelatih sudah tidak sabar untuk mendapatkan sijil mereka, bukan?"
Kata - kata lelaki itu disambut dengan laungan 'Ya' daripada semua pelatih. Semua ejen - ejen yang merupakan mentor mereka hanya tersenyum melihat keterujaan mereka.
"Jangan risau. Pengorbanan kamu semua selama 2 bulan bukanlah sia - sia. Maka, dengan ini saya merasmikan penyerahan sijil kelayakan serta core kepada para ejen muda."
Kelihatan mereka yang hanya duduk di kerusi yang empuk di atas lantai sudah mula menunjukkan respon apabila diberitahu bakal menerima core serta sijil kelayakan untuk terus menyertai Agensi Identity ini.
Agensi Identity ini bukan sahaja agensi yang merahsiakan identitinya, malah mengumpul maklumat dan kajian tentang sesuatu perkara . Pelatih - pelatih yang dipilih bukan yang biasa – biasa, kriteria, bakat dan kelemahan masing – masing diperiksa satu persatu.
Dengan menggodam maklumat daripada kerajaan, agensi ini dapat memilih calon muda berusia 5 hingga 10 tahun untuk menerima latihan di Identity Simulation Academy (ISaAc), pusat latihan yang melatih para pelatih selama 2 bulan.
Bagi tidak merisaukan ibu bapa mereka, satu klon telah dicipta bagi menggantikan pelatih dalam menjalani kehidupan harian. Dengan ini, identiti mereka sebagai ejen pelatih Identity masih tersimpan rapi.
"Dengan ini saya menjemput kumpulan yang paling berbakat sepanjang latihan ini dijalankan iaitu kumpulan C-3! Dipersilakan ahli kumpulannya naik ke atas pentas untuk menerima pingat core beserta sijil kelayakan untuk mendaftarkan diri secara rasmi di Agensi Identity!!"
Seramai 6 orang kanak – kanak yang berlainan usia menuju ke arah pentas. Di wajah masing – masing terpamer senyuman lebar. Apabila sampai di atas pentas, seorang demi seorang dilekatkan pingat core di uniform ejen masing – masing berserta sijil.
"Selamat datang kepada Ejen Auni sebagai ejen A – Bomb, Ejen Arif dan Ejen Imran sebagai ejen Hacker, Ejen Aisya sebagai ejen Ace, Ejen Afiq sebagai Invent dan Ejen Zackwan sebagai ejen Armor." Lelaki yang lebih dikenali sebagai Komander Kumar berucap di hadapan dengan tenang sambil memerhatikan mereka berenam di atas pentas.
YOU ARE READING
Secret Identity : ICEBREAKING [BOOK 1]
Ficção Adolescente[Winner of Wattys 2020 Award] Agensi Identity , sebuah agensi yang mengumpul ramai insan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang . Imani , seorang pelajar tingkatan empat direkrut oleh agensi itu . Dia didaftarkan ke dalam bidang A - BOMB , b...