Prolog

229 12 5
                                    

"Faqeh,kau jangan tidur lewat sangat.Aku nak tidur dah ni,kau study betul ii.Esok boleh guna bluetooth hantar maklumat kat kepala kau masuk kepala aku.Hehe,"ujar Saiful,teman sebilikku di matrikulasi malam itu.

Jam di dinding bilik sudah menunjukkan pukul dua suku pagi.Saiful yang sedang berdiri di sebelah sudah menggeliat penat sambil meletup-letupkan pinggangnya dan menggosok-gosok matanya yang sudai mula kuyu itu.

"Banyak la bluetooth kau!Dah,kau pergi tidur aje la.Semak aje aku tengok kau tersengih-sengih macam nangka busuk sebelah aku ni."Aku balas dengan nada malas nak layan.Buku nota fizik aku tatap kembali lepas aku tampar lengan Saiful dengan agak kuat.

"Weyyhh,fail BM kau!Sengih macam kerang busuk la,bukan nangka busuk.Hahaha."Saiful gelak jahat sambil berjalan perlahan dan segera membaringkan badannya di atas katil.

"Arhh,diam la kau!"Aku membalas sambil tersenyum dalam sembunyi.Malu sendiri kaedahnya.Huhuhu!

Tak lama kemudian,suasana kembali sunyi.Sesekali terdengar bunyi desir angin dari luar.Tingkap yang terbuka sedikit membolehkan udara dingin di luar berlumba-lumba masuk ke dalam bilik,membuatkan aku terasa seram sejuk.Seram sejuknya terasa lain macam pulak pagi ni.

Dum!!!Kedengaran bunyi pintu almari ditutup kuat di belakangku secara tiba ii.Aku segera memandang belakang,di mana kedudukan almari baju kami berada.Tapi tak ada apa ii yang dapat ku lihat,cuma Saiful yang sudah pun lena diulit mimpi.Aku telan air liur.Siapa pulak yang main pintu almari pagi ii buta ni?Aku abaikan dengan bersangka baik,mungkin bunyi itu datang dari bilik sebelah.Kau teruskan dengan ulang kajiku.

Tidak sampai dua minit kemudian,telinga aku menangkap pula bunyi sudu dan garpu berlanggaran dan dibuang ke lantai.Bunyi itu betul ii di belakangku.Aku terbayang sudu dan garpu Saiful yang disusun di atas rak meja studynya untuk dia makan mi segera tiga kali seminggu.

Aku dengan debaran yang kuat di dada,memberanikan diri untuk memandang ke belakang sekali lagi.Tapi keadaan sama aje macam tadi,tak ada apa ii yang berlaku.Sudu dan garpu itu terletak elok di tempatnya,bukan di atas lantai.Aku mula memikirkan benda yang bukan ii,bulu romaku segera menegak.

"Tiada hantu di dunia ini.Itu semua hanya syaitan dan iblis yang sedang menjalankan tugas mereka dengan menakut-nakutkan manusia supaya manusia takut pada mereka,bukan pada Allah."

Terngiang-ngiang di telingaku suara Ustaz Ramli menerangkan tentang kewujudan hantu di dunia ini.Aku cuba abaikan gangguan tadi dengan fokus kepada acara mengulang kaji aku memandang esok merupakan kertas peperiksaan akhir untuk subjek yang agak susah.Aku masih tidak habis mengulang kaji kerana banyak main di masa lapang.

Ayat pelindung aku cuba untuk baca supaya memberi semangat meneruskan pembacaan,sehinggalah kelibat wanita berambut panjang dan kusut-masai melintas di hadapan tingkapku yang betul ii menghadap ke arah tingkap yang terbuka itu!Aduh,serius terkejut!Aku beristighfar.Tanpa mmembuang masa,aku terus tutup dan cekup buku tadi dan kubawa bersama ke katil.Sebelum itu,aku sempat menutup tingkap,semoga 'dia' tak melintas lagi!

Tingkap yang agak jauh dari katilku itu aku pandang sekali sekala sambil mata membaca dan menganalisis buku nota yang agak tebal dan 'bertuah' tersebut.Hati melonjak hebat ingin melihat gerangan siapakah atau apakah yang melintas tadi.Namun,hajatku itu aku simpan kukuh dalam hati memandangkan perempuan gila mana nak merayau tengah ii malam,dia kolej lelaki pulak tu!

Hatiku kuat mengatakan itulah gangguan makhluk halus apabila tingkap bilikku diketuk perlahan namun,tiada bayangan yang kelihatan dari luar tingkap yang tidak bertirai itu.Oh,aku terlupa sesuatu!Tingkap aku menghadap hutan,bukan koridor untuk orang lalu lalang.Aku telan air liur.Kali pertama kena gangguan macam ni,sorang diri pulak tu!Saiful dah 'selamat' lebuh ke alam mimpi.Kalau tak,ada juga teman untuk takut bersama.

Aku terus terkesima.Kemudian,laju ii tarik selimut dan simpan buku study dia bawah bantal.Dari jauh,kedengaran suara wanita mengilai sayup di telinga.Orang kata,kalau sayup ii tu maknanya 'dia' dekat.Memang dekat pun sebabnya tiba ii aje dia duduk bertinggung dia sebelah pipi kiriku(atas lantai)sambil tersenyum dengan gigi taring tajam berdarah.Apa benda ni?!?!?Aku rasa aku pengsan dan teka apa jadi?Aku demam seminggu!Huhuhu!

Isteri Aku TomboyWhere stories live. Discover now