Bab 1

202 6 1
                                    

(Dari sudut pandangan Ezzairy)

Minggu Haluan Siswa yang memenatkan aku sudah pun berlalu.Sudah cukup seminggu aku berada di universiti ini.Pening kepala dengan nak mengisi borang itu,borang ini,serabi gila!!!Tapi tak apa,sebabnya bukan senang nak dapat universiti ni.Aku antar orang yang terpilih,bak kata PM(Pembantu Mahasiswa)di kolej aku tempoh hari.

Kolej ni bagi aku nampak cantik sebabnya sangat unik.Bangunannya diasaskan seperti rumah Melayu lama,yang lain ii nya hanya diperbuat daripada batu dan simen.

Kelilingnya pula hutan,dah macam hutan simpanan pun ada.Pagi ii memang seronok sebab nyaman dan tenang.Dengan bunyi ii alam seperti cengkerik dan burung,memang aku suka.Tapi tak tenang la jugak,sebab ada beberapa kawanan makhluk ciptaan Tuhan daripada spesies beruk dan monyet selalu menganggu ketenangan awam.Cipa pun aku agak ada dalam hutan ni cumanya tak menunjukkan diri kepada umum.Errrr....pandai pulak aku buat cerita..Hehe!

Aku selalu ternampak pelajar ii perempuan menjerit nyaring bila spesies beruk ni mengejar mereka.Kesnya sebab beruk dan monyet memang pantang nampak beg plastik,nanti haiwan ii ni ingat itu adalah makanan.Dan ayat yang selalu keluar daripada mulut pelajar yang diganggu ialah:"I hate you so much!"Tapi pada aku,mereka tak layak untuk dibenci,sebab manusia juga yang mula ii menganggu tempat tinggal mereka,kan??

Petang yang sedang merangkak ke malam itu,aku tolak pintu bilikku yang tidak berkunci.Kelihatan Am sedang duduk di atas katilnya sambil terangguk-angguk.Telinganya ditutup dengan headphone.Layan lagu rock Jiwang lagi la tu,tak pun rock kapak.Tak padan dengan lembutnya.Kasut sukan Nike yang diimport dari Thailand itu aku bukan dan aku letak di atas rak kasut di luar bilik yang aku bawa dari rumah tempoh hari.Peluh yang keluar selepas aku penat bersenam tadi aku lapar menggunakan tuala kecil yang tersidai pada bahuku.

"Assalamualaikum."Perlahan aku berbisik sejurus melangkahkan kaki ke bilik.

"Weyyhh,dah maghrib ni.Insaf ii la sikit,dengar orang mengaji ke,ada jugak faedahnya daripada kau dengar lagu rock tak tentu hala macam ni,"bebel aku kepada Am sambil menarik headphone daripada terus lekat di kepalanya.Tapi,macam la aku tak layan lagu macam tu.Aku pun ada dengar jugak,tapi berpada-pada la.

"Ala,kau ni Ri.Dari dulu sampai sekarang asyik membebel aje kerja.Kau ni memang stok imam kampung betul la."Perli Am dengan muka protes sambil matanya merenung aku.Headphonenya dibetulkan kedudukannya.Bengang pun ada aku tengok daripada air mukanya.

"Stok imam ke,stok ayam ke,baik kau tutup lagu ii tu dan solat.Maghrib tak lama lagi ni,nanti tahu ii dah Isyak."Aku bising lagi.Memanjangkan bebelan aku.Sikit pun aku tak hairan dengan komen berbisanya itu.Dia ni memang kena bebel selalu,kalau tak...solat entah ke mana,mengaji pun entah ke mana.

"Diungkap dengan aku."Ayat terakhir tu aku tengok Am dah tarik muncung.Kau ingat comel??Hehe!

"Ri..Ri...kau tak dengar ke pasal kolej kita ni?"tanya Am dengn penuh semangat.

Tapi mukanya aku tengok tetap serius tak boleh lawan.

"Kenapa dengan kolej ni?"Aku bertanya acuh tak acuh sambil terus membaca komik.

Bagus betul!Dah masuk universiti pun boleh nak membaca komik lagi.Aktiviti yang kurang beriman sikit la daripada membaca buku ilmiah,hehe!Tapi tak apa kot aku rasa,sebab kuliah pun belum mula lagi.Selalunya kalau aku pergi ku lah sekarang ni,pensyarah akan masuk tapi mereka hanya akan bercakap ringan sahaja.Tak pun bebel pasal benda yang berfaedah aje.

Ye la,pelajar baru ni kena bagi motivasi banyak sikit sebab baru nak merasa perubahan suasana dan budaya yang berlainan.Tak sama macam dia sekolah dulu.Di universiti,pelajar sendiri yang harus mencari ilmu.Jangan harapkan ilmu pensyarah bagi aje.Memang rugi la dapat ijazah sarjana muda.Tapi ilmu yang dapat tak banyak mana pun.Rugi masa empat bulan kalau tak digunakan sebaiknya untuk menimba ilmu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 11, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteri Aku TomboyWhere stories live. Discover now