Tubuhnya yang bersalut dress jenama Alex Perry (seperti gambar di atas) direbahkannya di atas katil saiz Queennya. Penat! Itu yang dirasakannya sekarang.
Seharian dia meluangkan masa bersama Ashraf di Pavillion. Bahagia betul rasanya ini. Wajah handsome milik Ashraf ditatapnya seketika di skrin Iphone Xnya yang dijadikan wallpaper henfon kesayangannya itu.
Sejujurnya, dia bukanlah mahu sangat bershopping harini. Jika setakat barang-barang yang ingin dibelinya, Airiz lebih suka menempah dengan pereka fesyennya ataupun membeli belah diluar negara. Sesekali membeli secara online.
Namun, lelaki yang sudah hampir 5 tahun berkenalan sejak dari zaman universitinya itulah puncanya. Setahun lelaki itu keluar negara kerana menghabiskan teaselnya. Rindunya pada lelaki itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Skype ataupun videocall tidak puas untuk menatap wajah kacak itu.
Oleh kerana semalam lelaki itu baru pulang dari KLIA, maka, harini awal² lagi dia sudah merengek mahu berjumpa dengan lelaki itu. Ashraf hanya melayannya sahaja. Tersenyum Airiz seorang apabila teringat detik-detik ketika pertama kali bertemu dengan lelaki itu sejak setahun tidak bersua muka.
"Ash! You look great!! How's life?" Jerit Airiz teruja ketika membuka pintu kereta Range Rover hitam milik lelaki itu. Ashraf yang beria mahu menjemputnya pagi itu apabila mereka sudah berjanji mahu meluangkan masa bersama pada hari itu.
Ashraf yang kacak dengan kaca mata hitam raybandnya,berbaju putih tetapi jaket kulit yang melengkapi pemampilannya betul-betul membuatkan Airiz lupa cara-cara untuk bernafas.
Ashraf ketawa senang melihat keterujaan Airiz itu.
"Kalau ye pun Cik Princess kita excited,masuklah dulu dalam kereta. Nanti hitam pulak kulit you kena matahari tu" Ashraf mengusik Airiz sehingga termalu sendiri gadis itu. Cepat-cepat dia meloloskan dirinya ke dalam kereta itu.
"So, how's your life?" Tanya Airiz lagi tidak sabar. Memang lah tidak sabar. Crushnya hensem sangat ni! Rugi kalau tak bercakap. Takkan nak membisu bila ada masa berdua, ya tak? Rugi! Rugi! Rugi!
"I'm great..and now I work with my dad. You know, Megah Holdings" Ashraf meneruskan pemanduannya. Sesekali matanya menjeling pada gadis itu. 'Makin cantik!'
Airiz mengangguk-angguk sambil tersenyum. Kemudian , muka Ashraf mula keruh.
"What's wrong? Anything happened?" Airiz yang terperasankan perubahan wajah Ashraf mula bertanya risau.
"Nothing" balas Ashraf sepatah.
"I don't get it. I ada buat salah ke?" Airiz kembali bertanya. Tidak puas hatinya mendengar jawapan sepatah yang keluar dari mulut Ashraf itu."I just rasa bersalah. Awal-awal you dah puji I. I tak cakap lagi dekat you something ni..really important" Ashraf menayangkan senyuman lemah. Sempat dia merenung wajah cantik itu melalui kaca mata hitamnya.
"Err what?" Airiz sudah menahan debar halusnya yang datang tanpa diundang itu. 'Aduh..pandang² aku pulak..karang aku tergoda, terterkam dia macam mana?😩' tangisnya dalam hati.
"You look so stunning sayang" tangan Ashraf mengusap rambut coklat perang miliknya. Airiz sudah keras ditempat duduknya.' Sabar hati..jangan lari..jangan aktif sangat heartbeat,nanti semput!' Airiz kematian kata. Er,ni susah ni.. Bila crush dah sweet,kita pulak yang kejung! Selalunya kita yang sweet, orang tu yang kejung. Ni dah terbalik ni!
"Er..thanks" balas Airiz sedikit gementar. Terus terhurai ketawa Ashraf apabila melihat gadis itu tidak keruan.
"Thanks je? Takde ayat sweet² dari you kalini? Are am I make you fluttering? " tanya Ashraf lalu mengenakan handbrake sementara lampu traffic light bertukar merah.
"Ma..mana ada! Nonsense!" Airiz membidas laju. Ashraf hanya ketawa. 'Elleh! Tak nak mengaku. Duduk tegak macam tu kenapa,cik adik?' Ketawanya dalam hati.
"Really? If I am not mistaken, you are blushing..and wait, your are frozen!" Usiknya lagi.
Airiz sudah membulatkan matanya. 'Ah,tak guna! Dia kenakan aku!'
"Yaa ya ya..you can say whatever you want..because I miss you so much!," Airiz menuturkan katanya sambil menaikkan sebelah keningnya. Gaya modelnya sudah keluar. Boleh pengsan lelaki di luar sana kalau nampak gaya terlebih manjanya itu. Yelah, selalunya kan dia tayang muka profesionalnya sahaja apabila berada di studio.
"Yeah..me too sayang" kenyitan nakal yang dihadiahkan oleh Ashraf itu sekali lagi membuatkan Airiz hampir pengsan.
"Sayang..kan I dah cakap you dah frozen dengan I! Beside, your teeth are shaking! How cute you are!" Ashraf bersiul perlahan sebelum menarik handbrakenya dan menukar gear apabila lampu isyarat sudah bertukar warna.
Ketukan di pintu biliknya mematikan ingatannya pada Ashraf seketika. Dia yang sedang baring meniarap sehingga dressnya yang singkat itu tersingkap ke atas menampakkan pahanya yang putih melepak itu segera bangun dan membetulkan duduknya.
"Yeah..who's there?" Soalnya kuat kerana malas rasanya kaki itu hendak melangkah ke arah pintu biliknya.
"Riz,ni mummy lah. Can I come in?" Suara Datin Qatrina sayup-sayup kedengaran di sebalik pintu.
Pantas Airiz menuruni katilnya dan menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas sebelum wajah mummynya muncul di depan matanya.
"Masuklah mummy" jemput Airiz sebelum dirinya terlebih dahulu mendapatkan katilnya lalu dia bersandar pada kepala katil dengan kakinya yang dilunjur kedepan.
Datin Qatrina mengambil tempat di birai katil anak gadis sulungnya itu.
"Airiz okey?" Datin Qatrina bertanya lembut sebelum tangannya mengusap-usap betis kaki anaknya yang cantik itu.
Airiz memandang wajah mummynya itu dengan kening terangkat. Apa maksud mummynya itu?
"Airiz? Ashraf? Okey ke?" Kali ini barulah Airiz menangkap maksud mummynya itu.
Setahun yang lalu,Ashraf hilang tanpa berita kerana Ashraf pergi keluar negara tanpa memberitahunya. Lantaran itu, Airiz mengamuk dan meracau tidak kira masa dan keadaannya tidak terurus kerana orang 'kesayangannya' itu pergi tanpa mengkhabarkan kepadanya terlebih dahulu.
Apabila lama-kelamaan keadaan Airiz semakin teruk sehingga mencederakan dirinya sendiri, barulah Datin Qatrina sedar. Anak gadisnya yang itu mempunyai satu penyakit, iaitu psiko! Yang mentalnya yang bertindak di luar kawalan melebihi pemikiran kewarasannya itu terpaksa diubati dengan pelbagai cara.
Terpaksalah Datin Qatrina mencampur urusan peribadi anaknya itu dengan membuat panggilan kepada Ashraf agar menghubungi anak gadisnya itu dan menceritakan perkara yang sebenar agar anaknya itu kembali tenang. Tidak lama selepas itu, Ashraf kerap menghubungi Airiz, meminta maaf, bertanyakan khabar dan meluangkan masa dengan gadis itu melalui talian.
"Okey je mummy," jawab Airiz sambil menayangkan senyuman bahagianya.
Datin Qatrina tersenyum melihat anaknya itu.
"Iyelah..asalkan Airiz bahagia. Itu je mummy nak. Tapi ingat, Airiz jangan nakal sangat! " usik mummnya seraya mencubit pipi Airiz yang mengangguk sambil membuat piece✌."Hahaha okey mummy. Tak janji. Mummy pun tahukan, setiap kali Riz dekat dengan Ashraf, mood nakal Riz sentiasa on!" Kata Airil sambil ketawa. Mood nakalnya lebih kepada mood menggoda lelaki itu sebenarnya..👾 Tapi, dia tidak kisah. Asalkan lelaki itu masih selesa dengan dirinya, Airiz teruskan sahaja perangai gediknya yang satu itu.
Datin Qatrina juga berharap anaknya itu akan bersatu dengan pilihan hatinya tidak lain dan tidak bukan,Ashraf memandangkan lelaki itu juga single dan available.
"Hisy,ada-ada je anak mummy ni. Ni jangan lupa mandi lepastu turun makan. Adik dengan daddy dah tunggu kat bawah tu," pesan mummnya lagi sebelum wanita elegan itu melangkah keluar dari biljk anakmya itu. Airiz sempat melayangkan flying kissnya sebelum mula berdiri dab menuju ke bilik air. Tuala diambil dan sekarang tiba masanya untuk segarkan diri!
~hye!! Ini novel saya yang kedua..bertemakan romance..jangan risau,cerita ni tiada unsur matured scene..kita tak nak otak kita yang bersih ni tercemar kan?👻..hahahah.. Please comment and vote if you guys love my storyyy..love u!💓
YOU ARE READING
Only You, My Sugarcube!💕
RomansKisahnya bukan putih semata-mata. Dirinya bukan seorang yang bertudung litup, bukan yang jenis berbudi bahasa dan bukannya yang jenis innoncent setiap masa. Berambut coklat perang,berlipstik merah, berpakaian tak cukup kain,dan panahan anak mata cok...