Bab 2 : Kedai game

137 20 9
                                    


  Hari ini, Boboiboy pulang sorang sorang sebab Ochobot ada perjumpaan Kelab Fotografi sekarang. Sedang dia berjalan, Boboiboy ternampak satu kedai usang. Papan tanda pada kedai itu rasanya mahu jatuh.

  'Tak pernah nampak kedai ini sebelum ni," Boboiboy masuk ke dalam kedai itu. Banyak cakera game tersusun elok di rak. Banyak jenis game dan juga aksi figura. Sememangnya terdapat banyak game PS3 dan Gundam.

  Tetapi dia amat tertarik dengan satu cakera game yang berada di dalam kotak. Game itu tertulis...

  "Gamer on?" Kedengaran suara wanita tua. Boboiboy cepat berpaling ke belakang. Kelihatan seorang wanita tua menolak troli yang berisi berpuluh cakera game.

"Gamer on?" Boboiboy membelek kotak game itu 💽. Tiada sipnosis. Pelik. Yang hanya tertulis tajuk game dan satu tulisan..eh?

Sekali main
Perlu selesaikan misi
Kalau tidak
Tidak akan kembali

  "Permainan ini tak dijual," kata wanita tua itu lalu merampas kotak game itu dari tangan Boboiboy.

  "Kenapa mak cik rampas?" Boboiboy merampas kembali game itu dari tangan wanita tua itu. Wanita tua itu merampas kembali , kemudian Boboiboy merampas kembali. Terjadi adegan merebut game diadakan.

🕹3 minit kemudian...🕹

  Wanita tua itu terduduk. Boboiboy berdiri dan tersenyum kemenangan.

  "Kamu ambillah game tu. Tapi ingat, sekali main tidak dapat kembali kalau tidak selesaikan misi," Wanita tua itu mengalah. Bergerak ke troli dan mula menyusun kotak game mengikut genre game.

  " Terima kasih, mak cik! Kalau ada masa ! Kita bergusti lagi!" Boboiboy melambai lambai ke arah wanita tua itu sebelum dibaling gelas oleh wanita tua itu tepat ke mukanya.

...

  Boboiboy balik dengan cakera gamenya. Pelik. Apa maksud mak cik tua itu?

"Sekali main tak dapat kembali kalau tak selesaikan misi.."

  Boboiboy mengangkat bahu. Tidak ambil peduli. Dia segera pulang ke rumah memandangkan hari sudah mahu gelap.

  Tanpa disedari, Boboiboy sedang diperhatikan. Seorang lelaki memakai jaket kucing menghidupkan walkie talking  (Lol tak tahu nak eja)

  "Mangsa baharu?"

  "Ya , nampak macam habuan besar."

  "Pastikan dia main game itu."

  " Baik Komander."

  Lelaki itu hilang dari pandangan. Yang tinggal hanya debu debu dan daun - daun kering.

🕹🕹🕹

"

Assalamualaikum..."

  Boboiboy masuk. Dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Dia perasan cakera game itu seperti menghasilkan aura elektrik. Mungkin matanya bermasalah.

  Ochobot masuk ke dalam rumah. Penat seharian di bilik kelab. Dia mencapai tabletnya. Dia tahu Boboiboy sedang mandi kerana dia terdengar bunyi air dipasang. Lagipun, waktu Maghrib lambat lagi mahu masuk. Baru pukul 6:50 petang kot..

  "Eh, game baru?" Ochobot meletakkan tabletnya di atas sofa ( Tok Abah muda waktu ni. Selalu balik kerja lambat , lewat waktu tengah malam ) .

  "Kenapa game ni macam tak pernah dengar.." Belum sempat Ochobot ingin membuka dan mengambil cd game itu, Boboiboy segera merampas game itu dari tangan Ochobot.

  "Apakah."

  "Dah pergi mandi. Busyuk!" Boboiboy mencampakkan tuala biru ke Ochobot. Ochobot meletakkan tuala di atas bahunya," Boleh tak bagi elok elok?"

  "Dah, pergi mandi! Aku nak salin pakaian," Boboiboy yang memakai tuala separuh badan itu masuk dalam bilik persalinan untuk menukar pakaian.

📺📺📺

Sorry lama tak on. Agak agak Boboiboy main ke game tu? Mestilah main kan🤣😂😂😂😂? Apa akan terjadi? Tunggulah next chapter...

 

















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 22, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Gamer OnWhere stories live. Discover now