"Raisya.. kamu naik atas dahulu.. mesti penat layan tetamu" Kata Datin Athirah. "Ehh mama.. mana ada penat.. isya pelik kenapa mama kawin kan kami?" Tanya Raisya. "Raisya mari sini sayang mama nak tunjukkan sesuatu" kata Datin Athirah lalu membawanya ke sebuah bilik bertanda 'DILARANG MASUK'
"Mama bilik apa ini?" Tanya Raisya lalu duduk di atas katil yang rasanya pernah didiami dahulu. "Ini katil Raisya.. raisya ingat tak masa raisya kecil ibu raisya selalu bawa raisya pergi rumah mama" kata Datin athirah. "Ha? Raisya tak faham.. maksud mama apa?" Tanya Raisya bingung. "Mari mama ceritakan kisah sebenarnya" kata Datin Athirah.
Flashback 12 tahun,
"IBU isya suka bilik ini ibu.. isya nak tidur sini boleh ibu?" Kata Raisya masa itu raisya sudah petah berkata.. ibunya sangat gembira kerana anaknya dari lahir sudah bijaksana. "Maafkan ibu sayang.. ibu tak dapat nak beri kamu tidur disini.. nanti ayah marah" kata Anis Nadia lalu senyum tawau.
"Ibu Isya Harap Satu Hari Nanti Isya akan tinggal dirumah ini bersama ibu dan kisah kita" kata Raisya lalu baring di atas katil. Setengah jam selepas itu, "athirah aku nak minta tolong.. satu hari kalau aku meninggal aku nak kau jaga dia.. boleh ye Athirah" kata Anis Nadia. "Boleh anis.. anak kau.. anak aku jugak" kata Datin Athirah lalu mereka berpelukan.
Pada petang itu, Encik Haikal telah datang ke rumah Datin Athirah lalu mengetuk pintu dengan kuat. "Ehh Haikal.. kau ini kenapa tiba tiba ketuk pintu macam ini.. roboh nanti..." kata Datin Athirah. "aku tak kisah roboh ke apa ke.. yang aku tahu kau suruh perempuan curang itu keluar!!" Kata Haikal. "Ehh Haikal siapa yang kau kata curang!!" Marah Datin Athirah.
"ITU PEREMPUAN TAK GUNA ANIS NADIA!!" jerit Encik Haikal lalu menolak Anis Nadia kuat hingga jatuh ke lantai. "HAIKAL!! KAU GILA KE!!" Jerit Datin Athirah. Raisya menghampiri ibunya, "IBU.. ISYA TAKUT" kata Raisya sambil air mata mengalir deras. "AKU.. INI BUKAN SALAH AKU.. INI BALASAN UNTUK ORANG YANG CURANG MACAM KAU" kata Encik Haikal lalu menarik anaknya untuk dibawa keluar.
"TAK NAK!! Raisya tak nak ikut ayah!! Raisya nak ibu" kata Raisya lalu mengeraskan dirinya. "Raisya kenapa degil sangat ini.. ayah cakap ikut ayah!! Kenapa degil sangat" kata Encik Haikal dengan tegas. "TAK NAK!!" Jerit Raisya. Encik Haikal secara tidak sengaja telah menolak Raisya kebelakang dengan kuat dan menyebabkan Raisya jatuh dari tangga Rumah Datin Athirah.
"YA ALLAH!! Raisya!!" Jerit Anis Nadia lalu cuba bangun. "RAISYA.. maafkan ayah raisya bangun" kata Encik Haikal lalu memeluk Raisya. "INI SEMUA SALAH KAU HAIKAL!! AKU TAK ADA SUAMI YANG SANGGUP BUNUH KELUARGA KERANA CEMBURU!! Kalau terjadi sesuatu kepada raisya kau orang pertama aku bunuh!!" Kata Anis Nadia. "SUDAH!! Raisya dah semakin teruk dah korang masih nak gaduh?" Marah Datin Athirah.
2 Jam di Hospital,
"Maafkan saya.. anak encik kehilangan darah dan kami memerlukan darah segera" kata Doktor. "Darah apa doktor?" Tanya Anis Nadia. "Darah AB-" kata doktor. "Saya doktor ambil darah saya" kata Anis Nadia. "Baiklah mari ikut saya buat pemeriksaan dahulu" kata Doktor. Setengah jam kemudian, "Puan boleh menderma darah tapi.. saya takut.. membahayakan kesihatan puan" kata Doktor.
"Maksud Doktor? Saya sakit apa?" Tanya Anis Nadia. "Puan sakit ketumbuhan di otak dan juga mengalami keguguran" kata Doktor. "Allah.. tak apa doktor ambik saja darah saya.. demi anak saya saya rela doktor" kata Anis Nadia lalu senyum dalam tangisan. "Tapi masih lagi darah berkurang Puan" kata Doktor. "Doktor ambil darah anak saya Amirul" kata Datin Athirah yang masuk ke bilik rawatan.
"Tirah? Tapi.." terkejut Anis Nadia. "Aku dah dengar semuanya Anis.. kau jangan risau.. anak aku kuat.. aku janji satu hari anak aku akan jaga anak kau" kata Datin Athirah. "Terima kasih tirah.." kata Anis Nadia lalu memeluk tubuh rakannya. "Baiklah doktor ambik darah saya dan anak puan ini" kata Anis Nadia.
YOU ARE READING
Amanda Raisya
RomanceAmanda Raisya~ Siapakah dia? kenapa dia dilahirkan? kenapa dia dipinggirkan? dimanakah keluarganya? adakah dia mempunya kebahagian? tidak semua tidak tahu tentang dia jadi hari ni segala yang disimpan dalam hati akan keluar.. kalau dia rasa aku ta...