Ep. 1

2.8K 128 7
                                    


1/6/2018 

[5:30 a.m.]

Beg sekolah yang berwarna silver  digendong kemas. Hoodie hitam yang tersarung di badannya di kemaskan buat kesekian kalinya. Rambut hitam keperang - perangannya itu di biarkan lepas sahaja. Setelah puas  menilik dirinya di hadapan cermin, dia turun ke bawah.

"Selamat Pagi, Cik Hye Rim" Tegur seorang wanita sebaik sahaja dia tiba di ruang makan. Mukanya menayangkan senyuman manis ke arah gadis itu.

"Selamat Pagi, Ahjumma Lee" Balasnya lalu dia duduk di atas salah sebuah kerusi di meja makan tersebut. Tangannya mula mengambil sepotong roti lalu digigit perlahan. Cawan di sebelahnya di hulurkan ke arah Ahjumma Lee.

Faham dengan kehendak gadis itu, dia menuangkan teh tersebut ke dalam cawan yang di hulurkan.

"Awal kamu bangun harini? " Kata Ahjumma Lee sebaik sahaja selesai menuang teh gadis itu. Hye Rim hanya memberikan senyuman nipis kepadanya.

"Biasalah, Ahjumma. Hari ni kan hari pertama dia masuk ke sekolah baru?" Sampuk seseorang dari arah belakangnya.

"Diamlah, Yoon Gi" Balas Hye Rim dingin. Dia menyuakan lebihan potongan roti tadi ke dalam mulutnya. Mukanya mula bertukar menjadi masam.

"Apa? Kalau bukan di sebabkan kau buat masalah dekat sekolah lama dulu, mesti kau tak kena buang kan? Ni pun kau bernasib baik sebab sekolah baru ni boleh terima kau.  Kalau tak mes--" Bebelan Yoon Gi di potong pantas oleh Hye Rim.

"Gomawo, Ahjumma Lee sebab sediakan sarapan ni. Saya pergi dulu" Dia menghabiskan tehnya lalu menuju ke ruang tamu. Bebelan Yoon Gi tadi di biarkan lalu sahaja. Seolah-olah Yoon Gi tidak wujud di situ.

"Yah!! Min Hye Rim!!" Jerit Yoon Gi. Dia tidak berpuas hati dengan layanan adik. Selamba badak je gadis itu memalaunya.

"Yes? " Jawabnya acuh tak acuh. Dia mula menyarungkan kasut sekolahnya.

"Kau nak pergi mana? Awal lagi ni kan? " Mata Yoon Gi di lirihkan ke arah jam tangan berjenama 'ROLEX'. Baru pukul 5:45 pagi. Kemudian dia memandang ke arah gadis yang sudah siap memakai kasutnya itu.

Kaki Hye Rim mula di hayunkan ke arah pintu rumah itu. Secara automatiknya, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Dia memandang Yoon Gi yang sedang menunggu jawapannya.

Dengan senyuman sinis dilemparkan kepada Yoon Gi, dia menjawab dengan tenang,

"Pergi kubur kau!"



Muka Yoon Gi berubah merah padam.






"Min Hye Rim!!!"


____xxxxx____

"Semuanya 15000 won, Encik" Kata juru jual perempuan itu sebaik sahaja selesai meng'scan' barang-barang tersebut. Tangannya ligat memasukkan beberapa bungkusan roti dan kotak susu kedalam plastik.

Lelaki itu mengeluarkan not duit sebanyak 20000 won kepada juru jual tersebut. Dia mengambil bungkusan plastik tersebut.

" Keep the change "  Kata lelaki itu lalu segera dia beredar dari kedai serbaneka tersebut. Perlahan - lahan kakinya mula melangkah ke satu tempat. Sambil itu, dia menghayati suasana di pagi hari itu.

Lagu yang terpasang di playlist  nya yang berjudul 'Euphoria' menambahkan lagi moodnya yang ceria di pagi hari. Akhirnya, tiba juga dia di tempat tersebut.

Bus stop.

Tiba - tiba lengan bajunya di tarik oleh seseorang dari arah belakang. Segera dia memalingkan mukanya ke arah gerangan manusia tersebut. Seorang gadis sekolah sepertinya juga.

"Excuse me?" Tegur gadis itu.

"Ye. Boleh saya tolong awak?" Jawab lelaki tersebut. Sebelah earphonenya ditanggalkan.

"Boleh tolong tunjukkan saya jalan untuk pergi ke SOPA HIGHSCHOOL?" Soalnya.

"Kebetulan pula, saya sekolah di sana. Kalau awak tak kisah, awak boleh follow saya" Balas lelaki itu.

"OK" jawab perempuan itu pendek.

"Awak budak baru ke?" Soal lelaki itu.

Gadis itu menggangguk perlahan.

"Yup. Nama saya Min Hye Rim" Gadis itu menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan.




"Saya Cha Hak Yeon" Balas lelaki itu lalu menyambut huluran tersebut.  




580 words

TBC

{C}Make Me Cry ft KTHWhere stories live. Discover now