Ep. 10

759 78 18
                                    

"Ok"

Balasan dari itu Rae Rim membuatkan Gi Kwang tersenyum besar sehingga dia pulang ke kelasnya.

Tanpa disedarinya, dia menyanyi kecil lagu Starlight Taeyeon ft Dean.

You are my startlight~
My only sunshine~
When I am with u~
I feel like I'm living in a dream~

You are my startlight~
My only sunshine~
You in my heart~
My Starlight~

"Amboi siapa 'starlight' kau tu?" Tegur Do Joon. Dia memerhatikan sahaja tingkah laku kawannya yang asyik tersenyum sambil tergelak kecil dari tadi. Panggilan Yun Hyeong juga diendahkan oleh lelaki itu.

"Secret" Balas Gi Kwang selamba. Lantas dia menuju ke tempat duduknya lalu membuat kerjanya.

____xxxx____

"Saya dah pulang." Kata Hye Rim. Dia menuju kearah dapur untuk makan tengah hari.

"Ahjumma Lee!" Panggilnya. Matanya melilau mencari wanita separuh abad di segenap ruang dapur. Tak ada pula. Kemudian dia mencari di halaman belakang. Juga tiada wanita itu.

Bilik Ahjumma Lee menjadi sasarannya pula. Bilik wanita itu hanyalah di sebelah dapur.

Kelihatan wanita itu terbaring sambil menggigil-gigil badannya. Hye Rim mendekati wanita tua itu lalu dahi wanita itu ditekan perlahan.

"Ahjumma demam ni. Dah makan ubat ke?" Kata Hye Rim pada wanita itu.

"Alah. Demam sikit je ni. Nanti kebah lah tu. Ahjumma dah makan tapi lauk pagi punya tadi. Lauk untuk makan tengah hari ni ahjumma tak sempat masak maaf ye." Balas wanita tua itu. Kulitnya berwarna kemerah - merahan dek kerana demam.

"Tak apalah. Biar saya je yang masak. Ahjumma rehat je dulu. Nanti kalau dah siap saya bawakan untuk ahjumma." kata Hye Rim.

"Sekali lagi ahjumma minta maaf ye."

"Tak apa. Saya pergi masak dulu ye." Hye Rim menutup pintu bilik Ahjumma Lee perlahan. Dia menuju ke dapur lalu memulakan sesi masakannya.

Bubur nasi,Samgyetang, dan Kimbap menjadi pilihan Hye Rim untuk masakan tengah hari itu.

Dia membawa semangkuk bubur bersama Samgyetang bersama panadol kebilik Ahjumma Lee.

"Ahjumma,makanan dah siap. Jemputlah makan." Kata Hye Rim. Dia meletakkan dulang diataa meja kecil yang bersebelahan di katil Ahjumma Lee. Kemudian dia menolong wanita tersebut untuk bersandar di kepala katilnya.

"Maaf ye kalau tak sedap." Sambungnya lagi. Ahjumma Lee mengangguk perlahan. Baru sahaja Hye Rim mahu menyuapkan makanan tersebut kedalam mulut wanita itu......

"Tak mengapalah. Lagi baik kamu pergi tolong kawan kamu tu. Rasanya dari pagi tadi lagi dia tak makan."

"Ahjumma tak bagi dia makan ke pagi tadi?"

"Dia cakap dia tak ada selera dan dia nak tidur je. Lepas tu, dia cakap lagi yang dia akan panggil ahjumma bila dia lapar. Tapi masalah sekarangnya ni dia tak panggil - panggil pun. Ahjumma risau yang dia pengsan je."

"Kalau macam tu, saya tengok Tae Hyung dulu ye. Kalau ahjumma nak something, panggil je Hye Rim tau." Kata Hye Rim.

Dia keluar dari bilik wanita itu lalu menuju semula ke arah dapur untuk menyediakan makanan buat kawannya seorang itu. Setelah siap, dia pergi ke bilik tetamu yang menempatkan Tae Hyung di bilik atas.

Perlahan - lahan dia memusingkan tombol pintu. Kepalanya menjenguk ke dalam bilik tersebut.

Matanya membulat.

{C}Make Me Cry ft KTHWhere stories live. Discover now