Ep. 21 : Final

904 58 10
                                    

P/s : Warning!! Long Part. Diharapkan pada episod ini, reader boleh pasang lagu sedih untuk menambahkan lagi perasaan sedih yang tersedia ada ni.... Enjoy your reading 💖💖

[30/12/2023]

"Taehyung, kalau dah sampai nanti tolong bagi dekat Hyerim ye" Pesan Soo Mi. Beberapa tangkai bunga Lili berwarna putih diletakkan diatas meja. Jam ditangan ditiliknya.

Pukul 08:20 pagi.

Lagi sepuluh minit cafenya bakal beroperasi. Meja bulat yang berada dihadapannya dilap perlahan. Sebentar lagi pasti cafenya bakal dikerumuni oleh orang ramai.

"Awak!!" Panggil Hakyeon. Yeonmi yang berusia 9 bulan itu didakap dengan kemas. Dia berjalan menuju ke arah Soo Mi lalu diserahkan kepadanya.

Taehyung yang memandang ke arah telefon pintarnya itu dicuit perlahan. Secawan kopi panas diletakkan diatas meja.

"Bila nak gerak?? Mesti Hyerim tu rindu sangat - sangat dekat kau." Kata Hakyeon. Taehyung tersenyum lalu telefonnya diletakkan diatas meja.

"Sabarlah. Tak lari mana pun Hyerim tu. Dia mesti tunggu aku dekat situ punya." Taehyung mencapai cawan tersebut lalu menghirupnya perlahan - lahan. Tangannya mula mencapai Yeonmi dari pegangan Soo Mi.

"Haa.. Tolong pegangkan dia sekejap. Aku nak pergi buat susu dulu." Kata Soo Mi pada Taehyung.

"Kalau nak mainan, bagi je yang ada dekat atas meja depan kau tu." Sambung Soo Mi sebelum bergerak ke bahagian dapur.

"OK." Balas Taehyung ringkas. Senyumannya muncul apabila jari kecil bayi itu hinggap di mukanya. Lalu pipi bayi itu digomolnya.

"Kau ni Taehyung, bilalah nak kahwin? Kan senang sikit. Ni tak, asyik datang kat sini. Lepastu main dengan Yeonmi je. Sampai aku pun tak sempat tau nak bermanja dengan dia tau." Bebel Hakyeon.

Yelah. Asyik lelaki itu je yang selalu berkepit dengan anaknya seorang itu. Dia ni, bila dapat Yeonmi, waktu si kecil itu sudah tertidur. Tak pun bila dia buang air besar je lah. Waktu yang lain, sama ada Soomi atau Taehyung yang pegang dia.

Bukannya apa, dia tak nak anaknya itu tersalah anggap yang bapanya ialah dia, bukannya Kim Taehyung itu.

"Alahh. Kau ni, aku pegang dia sekejap je. Kalau kau nak, pergilah tambah lagi satu." Balas Taehyung selamba.

"Amboi Tae, kau jangan nak macam - macam ehh." Sampuk Soomi. Sebuah botol susu yang masih panas dimasukkan ke dalam beg keperluan bayi itu. Sebentar lagi Hakyeon akan menghantarnya ke rumah pengasuh.

Kring~~

Bunyi loceng di pintu tersebut menandakan bahawa ada pelanggan sudah datang.

"Hmm...Apakata biar aku yang hantar dia. Lagipun sekarang ni dah pukul 8:30 pagi. Mesti nanti ramai customer yang datang. Takut kau tak boleh kawal pula nanti kalau kau sorang - sorang je yang handle cafe ni. Lagipun sekarang ni pekerja korang cuti kan. Kalau ada Hakyeon, mesti dia boleh tolong kau." Kata Taehyung panjang lebar. Beg bayi itu dicapainya. Tidak lupa juga dengan bunga Lili tadi.

"Really. Terima kasih Tae. Nasib baik kau ada." Balas Soomi. Yeonmi yang berada dalam dukungan Taehyung itu dicium pipinya lembut.

"Jangan nakal - nakal ye sayang. Kalau tak nanti papa tambah ad-" Belum sempat Hakyeon menghabiskan kata - katanya. Tiba - tiba telinga kanannya ditarik.

"Dah - dah. Jangan nak mengarut pula ye. Customer tengah tunggu tu." Kata Soomi. Lalu menarik suaminya itu menuju ke bahagian penjagaan kaunter dimana beberapa orang pelanggan sudah menunggu.

{C}Make Me Cry ft KTHWhere stories live. Discover now