M-26

0 0 0
                                    

KRINGGGGGGGG!!

Rehat sudahpun bermula. Semua pelajar berpusu² keluar dari kelas untuk ke kantin. Mengisi perut yang kelaparan.

"Guys.. Aku jumpa Yoongi teruslah.. Malas nak makan.." Yunra terus melangkah pergi, menuju kearah kelas Yoongi, 5BST.

"Nae.. Jom Yaen.." Hayeon mengajak Yaena dan mereka bersama² pergi menemui makne line yang sudah menunggu di papan notis sekolah.

Tidak lama kemudian, perjalanan Hayeon dan Yaena tergendala apabila seseorang menghalang mereka berdua.

Hoseok.

"Hyung.. Wae-yo!??" Akibat terkejut, Hayeon tertinggikan suaranya.

"Hehehehh.. Ikut hyung.." Hoseok tersengih lalu menggenggam pergelangan tangan Hayeon.

"Ek ehh.. Oppa, Hayeon rehat dgn geng dia.." Yaena mengerutkan dahinya, membantah perbuatan Hoseok.

"Halah Yaena, bagi dia rehat dgn hyung dia pulak kali ini... Yee??" ujar Hoseok memujuk Yaena untuk melepaskan Hayeon bersama dia. Dia mengelip2kan matanya supaya kelihatan comel.

"Huh.. Okaylah.. Dah gi sana.." Yaena akhirnya mengalah lalu berjalan seorang diri menuju kearah maknae line.

Hayeon tidak sempat berkata apa2 kerana sudahpun ditarik laju oleh Hoseok, pergi ke arah sesuatu tempat. Rooftop sekolah.

Setibanya mereka berdua disana, Hayeon melihat yang lain sudahpun ada di situ kecuali Yoongi.

"Hyung, buat apa pergi sini?" soal Hayeon sebaik sahaja mereka berdua sampai ditempat yang lain.

"Buat pengetahuan Hayeon, inilah tempat lepak kitorang setiap rehat... Tempat ni mmg khas utk kitorang jer termasuk Hayeon.." Hayeon mengeohkan sahaja setelah Namjoon menerangkan kepada dia.

Hayeon baru perasan yang Jin tiada disitu. Dia mengerutkan dahinya sehingga bertentang mata dengan Jimin yang turut sedang melihatnya.

"Ermmm hyung.. Jin mana?" soal Hayeon terus kepada Hoseok.

"Entah-"

"Dia pergi toilet tadi.. Lepas tu dia cakap nak pergi kantin.." Jungkook memotong percakapan Hoseok itu dengan mulutnya yang sedang mengunyap makanan.

"Ohh kalau macam tu Yeon nak ke kantin jugaklah.. Nak beli roti.. Bye!" Hayeon terus berlari turun dari rooftop tanpa mendengar jeritan Hoseok dan yang lain.

"Waduh... Aku harap tak kantoi dgn budak lain.." rungut V sambil melihat wajah rakannya yang lain. Mereka turut mengiyakan kata2 V itu.

~Kantin-

Hayeon berjalan seorang diri menuju kearah kantin. Dia harap sangat2 yang rakannya sudah tidak ada di kantin itu. Dia sebenarnya ada nak cakap sesuatu dengan Jin. Jadi dia sekarang tengah cari Jin.

Sedang kepalanya meliar2 mencari Jin di sekitar lorong stor suka, Hayeon terlanggar seseorang sehingga menyebabkan dia tersungkur jatuh.

"Aauch.. Arghh sakitlah.." erang Hayeon lalu menggosok bontotnya yang sakit akibat hentakan dari jatuh tadi.

"Hishh budak ni.. Tulah jalan tak tengok depan.. Hishh" seorang pelajar perempuan memarahi Hayeon. Dia menjeling tajam kearah Hayeon.

Hayeon mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan pelajar itu.

Ianya Sora. Pelajar sekelas dengan Jin dan hyungnya. Perghhh Queenka paling diva ni. Dan perempuan ni juga suka dengan Jin.

"Mianhae.. Saya tak sengaja.." dengan segera Hayeon bangun lalu menunduk2kan badannya untuk meminta maaf. Hayeon tidak tahu untuk berbuat apa lagi, lebih2 lagi ketiadaan rakannya yang lain.

"Kau memang sengajakan! Kau ni-"

"Weh, jangan melebih2.. Adik si Hoseok ni.." salah seorang rakan Sora memotong kata2 Sora. Niki.

"Kau ingat aku kesah ke? Setakat adik Hoseok jer ni.. Mana geng2 kau yang lain ni budak? Alolololo sorang jer ye..." Sora mula mengejek Hayeon dengan sombongnya.

"Sora, kau agak2lah... Hoseok kot.. Geng Jin, crush kau tuuuu..." ujar Niki supaya Sora menghentikan perbuatannya untuk membuli Hayeon.

"Kau tengok diorang ada kat sini tak? Kau jangan jadi pengecut boleh tak?" amarah Sora semakin bertambah apabila rakan baiknya berperangai seperti itu.

"Aku bukan nak jadi pengecutlah bodoh.. Kau fikir jerlah sendiri.. Kalau kau buli adik Hoseok ni then semua geng dia serang geng kita, kau ingat Jin akan terpikat dengan kau ke?" kata Niki panjang lebar kepada Sora yang masih menunjukkan wajah yang tidak puas hati.

"Aku tak kesah lah.  Aku nak ajar budak ni sekali sebab dia dgn geng dialah, geng2 kita bukan lagi geng Queenka yang first.." degil Sora sambil menjegilkan kedua2 matanya kearah Niki.

"Ikut suka kaulah.. Aku tak masok campur.." Niki segera melangkah pergi, meninggalkan Sora bersama Hayeon di hadapan stor sukan itu.

'Pengecut punya kawan' dengus Sora dalam hati. Apa dia kesah lah. Janji dia dapat memuaskan hatinya.

"Haa kau... Apa nama kau? Hayeon? Jung Hayeon.. Ketua Queenka tingkatan 4 yang dah rampas kedudukan first Queenka geng aku dulu!" jerit Sora sehingga menyebabkan bahu Hayeon terangkat kerana terkejut.

"Itu bukan salah geng saya.. Siapa yang suruh korang dulu main tak adil.." dengan beraninya Hayeon menjawab biarpun dia sekarang memang tengah takut.

"Hoi! Suka hati aku lah nak main macam mana! Yang kau bagitahu dengan pengetua dulu kenapa?!" Sora masih lagi mempertahankan dirinya.

"Suka hati saya juga lah nak bagitahu.. Dah korang main tak adil, kitorang report lah.." Hayeon juga tidak mahu mengalah. Masih menjawab setiap bait2 kata Sora.

"Kau ni memang nak kena!" Sora mula bertindak kasar. Dia mula menghayun tangan kanannya untuk menampar Hayeon.

Tetapi satu tangan telah menghalang perbuatan Sora itu. Ianya Jimin. Jimin dari tadi menyaksikan perbualan mereka apabila dia terdengar suara jeritan Sora yang agak nyaring.

"Kau nak buat apa ni Sora? Nak tampar adik Hoseok hyung ni? Kau dah buat kerja gila.." ujar Jimin tenang. Tangannya menggenggam kuat tangan Sora sehinggakan Sora mengerang sedikit.

"Ji- Jimin.. Sakit.. Lepaslah" Sora mengerang kesakitan. Hayeon terkejut melihat kehadiran Jimin disebelahnya.

"Tak. Nak." jawab Jimin satu2. Dia senyum kecil melihat Sora yang kesakitan itu apabila dia menggenggam lebih kuat.

"Jimin... Berhenti lah.. Dia tengah sakit tu.." Hayeon cuba meleraikan tangan Jimin dan Sora itu.

Dengan cepat, Jimin terus melepaskan tangan Sora, lalu perempuan itu jatuh disebabkan badannya tidak seimbang.

"Tchh, kalau bukan sebab Hayeon tak suruh, aku rasa memang dah patah tulang kau tadi aku kerjakan..." ujar Jimin sambil meletakkan kedua2 tangannya kedalam poket seluar.

Sora terus bangkit dari jatuhnya.

"Aku akan balas nanti untuk perbuatan kau tu.." Sora terus melangkah pergi meninggalkan Hayeon dan Jimin.

"Ji- Jimin... Thanks-" kata2 Hayeon terhenti apabila loceng rehat berbunyi menandakan waktu rehat sudah pun habis.

"Dah balik kelas sana.." ujar Jimin dingin.

Hayeon kaku buat sementara waktu dengan sikap Jimin itu. Tadi okay sekarang dingin pulak. Hayeon tahu mengapa Jimin begitu tetapi dia berharap yang Jimin akan menghilangkan perasaannya terhadap dia. Dia tak nak orang lain merana di sebabkan dia.

+mian hambar+

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 13, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

{SU} MARIO × KSJWhere stories live. Discover now