First day of school

71 2 11
                                    

Isnin, 2018

Jam di dinding telah menandakan hari hampir siang, tetapi seseorang masih lena dibuai mimpi seolah hari ini masih cuti.

Ammar masih tertidur lena meskipun ibunya, Puan Lina telah membangunkannya hampir berpuluh kali.

"Bangun sayang, dah nak pukul 8" kata Puan Lina dengan nada sedikit kesal kerana anaknya yang payah hendak bangun.

"Mmm Nghh kejap lagi lah mamaaaa.... saya masih mengantuk" kata Ammar yang masih memeluk bantal peluknya.

"SYED AMMAR AIZZUDIN! DAH NAK PUKUL 8" tempik Puan Lina sekeras-kerasnya. Dia sudah tidak mampu hendak menahan amarahnya yang meluap luap.

Ammar yang diteriak terus kalut kerana baru sedar dia telah terlewat hendak ke sekolah. Hari ini hari pertama sesi persekolahan tahun 2018 pula tu. 

Dengan laju, Ammar berlari keluar dari ruang kamar tidurnya dan terus ke bilik air untuk bersiap-siap.

Ammar dengan tergopoh gopoh melajukan motornya ke sekolah.

----------------------------------

"Aduhh malang betul nasib aku hari ni, dah lah lewat, pagar tutup pulak tu" getus Ammar sambil melirik jam tangannya.

Salah siapa datang lewat? Semalam, ibunya telah berpesan supaya tidur awal kerana keesokan harinya adalah hari pertama sesi persekolahan. Tetapi biasalah, Ammar memang seorang yang keras kepala. Sudah tahu sesi persekolahan bermula jam 7:30 pagi, dia malah tidur pada jam 6:30 pagi.

Ammar fikir dia seorang sahaja yang lambat, jadi Ammar pun mula memanaskan enjin motornya semula untuk serong ke kafe atau arked yang berdekatan. Ketika Ammar hendak menaiki motornya, seorang gadis berkaca mata, menghampirinya dan bertanya.

"Pagar dah tutup ke?" tanya gadis itu.

"Sebab dah tutup lah saya nak ke tempat lain" kata Ammar dengan dingin.

"Um tiada pintu lain ke? Maaf saya tak tahu. Saya murid baru" katanya dengan nada takut, yalah, Ammar pun kenapa dingin sangat kan dia dah takut. 

"Ohh awak murid baru, mari saya tunjukkan pintu belakang. Tetapi jauh sikit tau, jadi jom ikut saya naik motor" pelawa Ammar.

Entah kenapa dengan tiba-tiba niatnya yang tidak mahu hadir ke sekolah terus terpadam hingga sanggup membawa si murid baru ke pintu pagar belakang. Sebuah cara lain untuk masuk ke sekolah.

"Dah sampai" kata Ammar kepada gadis itu.

"Ohh sebelum saya terlupa, apa nama awak?" tanya Ammar.

"Naddia, Nur Naddia. And you?" tanya Naddia

"Ammar, Syed Ammar Aizuddin" balas Ammar sambil memamerkan senyumannya.

=========================================

Setelah dimarah dan ditegur oleh guru disiplin, Ammar dan Naddia jalan bersama sama ke kelas.

"Awak kelas?" tanya Ammar, mana tahu jodoh katanya dalam hati

"Uhh saya kelas 4B" kata Naddia, Sepertinya dia masih malu hendak berbual bersama Ammar yang baru dikenali sejak pagi tadi.

"What a coincidence, kelas kita bersebelahan and we also have music class together"

"Awak 4A?" tanya Naddia

"Yup, saya kelas 4A. Kalau ada apa apa yang awak perlukan atau awak mahu bertanya,  cari saja saya di kelas sebelah, bye" kata Ammar sambil memajukan langkahnya ke kelas 4A.

Sebenarnya Ammar takut hendak berjauhan dengan Naddia, dia khawatir bahawa orang lain akan menceritakan sisi gelapnya kepada Naddia. 

Ya, Ammar bukanlah lelaki yang boleh dipanggil baik, Ammar sangat nakal hinggakan diberi gelaran "Samseng Sekolah" dan "Bapa pembohong" . 

"Huhhh nak buat macam mana, dah aku yang salah" Ammar menghela nafasnya dan mengaccak rambutnya.

Meanwhile..............

Di kelas 4B, sedang kecoh macam pasar malam dengan ocehan pelajar pelajar dalam kelas. Kini, semua murid-murid  tertumpu pada gadis molek, berkaca mata yang tadi dilihat berjalan bersama si samseng sekolah ke kelas.

"Awak pelajar baru ya?" tanya Eryn kepada Naddia

"yy-y-ya saya baru sahaja pindah ke sini minggu lepas" jawab Naddia sedikit gugup.

"Tadi awak jalan dengan samseng sekolah, dia ada apa-apakan awak ke? Dia ada ganggu awak?"  tanya Farhan bertalu talu.

"Haish sudah sudah la tu dengan pertanyaan dan sangkaan buruk kau tu farhan, Ammar tak lah seteruk yang kau rasa" nasihat Irzan, si ketua kelas.

"Tapi-" 

"Tak ada tapi tapi, Naddia kan? Saya sarankan awak duduk di sebelah saya, ada kerusi kosong tu. Nama saya, Irzan, ketua kelas dan kawan kepada Ammar" Irzan meminta maaf atas tuduhan Farhan tadi. Naddia yang tidak tahu apa apa, hanya mampu mengangukkan kepala dengan pasrah. 

"Apa yang salah tentang Ammar, elok saja rupanya. Tak adalah teruk mana" bisik hati kecil Naddia

ChewbaccaWhere stories live. Discover now