Selasa, Januari, 2018
Hari ini Ammar bukan seperti dirinya yang biasa. Entah hantu apa yang menyampuknya sehingga terkejut Puan Lina dibuatnya.
Mana taknya, Ammar yang memang sinonim dengan dunia permainan video hingga terleka hendak menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim, tiba-tiba sahaja menunaikan solat subuh.
Baru pukul 6:30 pagi, tetapi Ammar sudah kelihatan segak dan tampan dalam uniform sekolahnya.
Sambil menunggu Puan Lina menyiapkan sarapan, Ammar membaca buku novel karangan Hamka yang membuatkan ibunya lebih terkejut.
"Hamka? Bukankah Ammar tidak gemar membaca, apatah lagi membaca buku buku sastera dan ilmu seperti Hamka" bisik hati Puan Lina sambil sesekali mencuri pandang anaknya yang sedang duduk manis di meja makan sambil membaca buku Hamka.
Puan Lina meletakkan nasi goreng buatannya ke dalam pinggan untuk Ammar, Ammar menerimanya dengan senang hati dan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mamanya.
"Mama" panggil Ammar
"Ya sayang, ada apa?" tanya Puan Lina, jujur dia sangat risau akan Ammar. Kerana perubahan perangainnya yang drastik. Adakah dia menyembunyikan sesuatu? Entahlah. Puan Lina mencuba untuk berfikir positif.
Ammar memegang tangan Puan Lina, diciumnya, disalamnya sambil mengalir air matanya.
"Maafkan Ammar, Ammar banyak buat dosa dekat mama, Ammar banyak susahkan mama, Ammar baru sedar yang Ammar buat mama sedih. Maafkan Ammar, mama. I love you so much, you know that right, ma?" Ammar meminta maaf kepada Puan Lina dengan bersungguh-sungguh. Jujur, dia sangat menyesal dengan semua yang telah dia lakukan terhadap ibunya.
Puan Lina merangkul anaknya dan membawanya ke dalam pelukan erat.
"Ammar tahu kan, Ammar sahaja yang mama ada, Ammar sahaja yang mama sayang, So please, jadilah anak yang mendengar kata, mama cuma nak yang terbaik untuk anak mama" kata Puan Lina sambil mencium puncak kepala anaknya.
Sebelum berangkat ke sekolah, Ammar sekali lagi memeluk ibunya dan memohon restu supaya apa yang dipelajarinya diberkati oleh Allah.
==============================================================
Masih tersisa 20 minit sebelum perhimpunan bermula, ramai murid masih belum sampai ke sekolah. Hanya beberapa orang murid sahaja yang berada di sekitar kawasan sekolah. Sementara menunggu waktu berkumpul, Ammar membuka iPhonenya dan melog masuk ke dalam Akaun Instagramnya.
Chewynanadd has requested to follow you (1)
Chewynanadd has requested to send you a message (2)
Naddia kah? Ammar meng "accept" request Naddia dan juga memfollow back akaunnya. Kerana Ammar sangat ingin tahu apa yang Naddia mesej. Akhirnya dia membuka DM.
Direct Message (1)
Chewynanadd
Ammar? 8:30pm
Ammar kan? 8:30pm
Syeddean
Oui 7:15am
Sorry late reply, saya baru buka instagram. 7:15am
"Oiii khusyuknya dengan telefon, kawan lalu pun buat tak tau ja. Ada girlfriend ke Dean?" Siapa lagi kalau bukan Irzan yang mengusiknya.
"Mana ada, jan. Siapa yang nak dekat aku? Dah lah suka kacau orang, tak pandai pulak tu" balas Ammar.
"Aitt ya ka? Tu Naddia tu apa cerita? Ku mencium seperti bau bau love at first sight" Irzan masih menggodanya
"Allahuakhbar, Zan. Naddia dengan aku kenal pun sebab dua dua lambat semalam. Tak ada lah dia nak berkawan dengan aku, siapa ja yang mahu kawan dengan aku." Lirih Ammar.
"Dean, Aku kan kawan kau, kita sahabat Dean. Dan Naddia, Naddia tentu mahu berkawan dengan kau atau bahkan lebih" kata Irzan menyemangati Ammar.
Ammar dan Irzan tertawa sambil melangkah ke kelas mereka, Ammar melihat jam tangannya sekilas "7:45 tapi kelibat Naddia masih belum kelihatan." gumam Ammar
"Oh sebelum aku lupa nak bagitahu engkau. Naddia hari ni tak datang, semalam dia mesej aku mengatakan mungkin dia tidak akan datang kerana kurang sihat"
"Jadi tak perlu lah kau nak jenguk toleh sini sana cari dia, kalau suka kata ja suka" sambung Irzan
Lagi dan lagi Ammar tak mampu berkata apa apa, betul cakap Irzan. Nampak sangat Ammar minat Naddia.
"Eh suka pulak hahah dah dah jom masuk" kata Ammar dan menarik Irzan berjan dengannya.
YOU ARE READING
Chewbacca
Teen FictionDia pendiam, kurang bercakap, bila tanya sepatah jawab sepatah. Dia lain. Di saat semua orang menjauhi aku, dia malah dengan beraninya mendekati aku dan berteman dengan aku. Dia adalah penasihat, dan juga penyebab diriku masih di dunia lagi. Siapaka...