Jodoh Milik Nya

39 0 2
                                    


"Yana,cepatlah.Nanti lambat pergi kelas kene denda dengan lecturer lak,".Pagi-pagi sudah kedengaran suara Nadia yang dalam kesibukkan menyiapkan dirinya untuk ke kelas pagi bersama Liyana. "Eh,aku pulak!Kau yang belum siap.Aku angakat beg terus gerak.Kau tu yang lambat sangat bersiap,".Liyana yang sedang menunggu Nadia di pintu dorm mereka menoleh ke arah jam tangannya.Jam tersebut menunjukan sudah pukul 8.30 pagi."Wey!Cepat lah Nad!Lagi setengah jam lagi kelas nak start!"Jerit Liyana kepada Nadia yang masih membetulkan tudungnya di hadapan lockernya."Jap,jap.Dah nak siap ni.Ok,jom,".Nadia dan Liyana berlari menuruni tangga dan menaiki kereta."Yana,janga laju sangat.Aku belum kahwin lagi.Calon pun belum jumpe ni,"Nadia memberitahu Liyana sambil menggenggam erat pada kerusi kereta itu."Siapa suruh kau lambat.Nanti kita lambat pegi kelas,lecturer marah.Sebab tulah aq bawa laju dari biasa".kebiasaannya,Liyana akan  membawa kereta Atos birunya dengan halaju 40 km per jam tetapi,memandangkan hari ini die dan Nadia telah menghabiskan masa bersiap,Liyana terpaksa memecut hingga 60km per jam.


 "Nasib baik lecturer pun datang lambat.Kalau tak,memang kene kunci kat luar kelas aku rasa tadi".Liyana memarahi Nadia atas kelewatannya selepas sahaja lecturer mereka keluar dari kuliah."Wey,Yana.Aku nak gi blind date lah."Liyana yang sedang minum air kosong tersedak mendengar kata-kata rakan baiknya itu."Ahuk,Ahuk!Kau merapu apa ni?Nasib baik aku tak tercekik tadi.Cakap biarlah betul-betul,"Liyana mengambil sapu tangangnya untung mengelap air yang tumpah."Issh.Betul lah.Aku sebenarnya berkenan kat sorang mamat ni.Hensem wey.Aku minta tolongn kawan aku yang sama fakulti dengan dia,tolong tanyakan nak date dengan aku tak.Mamat tu setuju.Aku excited ni"Liyana membalas jelingan yang tajam kepada Nadia kerana meluat dengan perangai nya yang sentiasa overexcited.Namun,Liyana masih sayang akan rakan baiknya kerana Nadia seorang yang sentiasa mendengar luahan hati Liyana dan sentiasa bersama-sama dengan Liyana ketika susah dan senang di universiti."Entah-entah dia dah ade awek.Jangan kau menangis sudah.Lagipun,kau masih tak kenal perangai dia,takut-takut nanti dia game kan kau.Sia-sia je kau date dengan die tapi tak dapat apa-apa".Nadia mula mencebik dan merungut dengan kata-kata Liyana.Seolah-olah tidak memberikan semangat kepadanya untuk keluar bersama-sama dengan lelaki yang diminati.


"Yana,kau tak nak pegi mana-mana ke esok?"Nadia bertanya kepada Liyana sambil membetulkan make up nya di hadapan cermin dorm mereka."Kenapa?Kau nak gune Baby Tos aku ke?".Liyana sering memanggil nama kereta nya 'Baby Tos'.Katanya kalau manusia pun ade nama manja,kenapa bende lain tak boleh kan.Liyana sedang baring di atas katilnya tiba-tiba berkata "Wey,aku nak balik rumah Tok Wan aku lah.Lama tak balik.Rindu lak tiba-tiba."Liyana terus bangun dari katilnya dan mencapai bagasi yang berwarna biru laut nya lantas mengemas pakaian yang ingin dibawa pulang ke rumah."Eh!Yana asal kau bawak luggage terus?"Nadia runsing dengan tindakan Liyana.Setahunya,mereka belum cuti semesta lagi malah,jauh lagi tarikhnya. Liyana yang masih sibuk memilih baju yang ingin dibawa pulang berkata "Kan hari Isnin dan Selasa lecturer kite tak ada.Lagipun, kan die dah batalkan kelas.Kau tak dengar ke tadi?"Soalan Liyana membuatkan Nadia berfikir dengan tekun untuk mengingati kata-kata lecturer mereka semasa dalam kelas.Namun,jawapan Nadia sentiasa sama seperti kelas-kelas sebelum ini. "Entah.Die ade cakap ke?Aku tak ingat pun.Ke kau berangan Yana.Nak cuti sesuke hati lak,".Ayat Nadia itu membuatkan kesabaran Liyana ingin saja mengetuk kepalanya tapi die masih ingat akan nasihat Tok Ki nya bahawa memukul di bahagian kepala tidak bagus kerana di kepala lah simpan semua maklumat yang sangat penting dan jika tersalah pukul boleh menyebabkan koma atau hilang ingatan.Mujur Liyana sayang akan rakan baiknya,jika tidak,sudah lama dia halau rakan nya yang pelik dan happy go lucky itu."Lain kali bile dalam kelas,sila fokus ya Cik Nadia Iskandar.Jangan berangan je keje kau.Cikgu cakap apa pun tak dengar,susah lah.Macam mana nak score ni Nadia,"Dengan intonasi yang geram,Liyana memerli sedikit Nadia yang sebenarnya memang berangan ketika di dalam kelas tadi.


Suasana kampung yang nyaman dan tenang amat dirindui oleh Liyana.Sudah lebih kurang tiga bulan dia tidak pulang ke rumah Tok Wan dan Tok Ki nya.Liyana berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah yang menyimpan pelbagai memori yang indah dan pahit.Liyana terpaku apabila melihat sebuah pasu bunga yang cantik reka bentuknya.Setahunya,tiga bulan yang lepas,pasu itu masih belum dibeli atau wujud di kawasan rumah ini."Haa Yana,kenapa kamu berkerut sangat tu?Apa yang kamu fikirkan tu?".Kedengaran suara Tok Wan yang baru keluar dari rumah untk menyambut kepulangan cucunya yang dia besarkan.Tok Wan sangat menyayangi Liyana kerana Liyana lah satu-satunya cucu yang ada."Eh,Wan.Wan sihat?Wan nak pegi mana-mana ke keluar petang-petang macam ni?"Liyana tahu yang Tok Wan nya jarang keluar rumah pada waktu petang.Liyana salam dan peluk Tok Wan dengan erat."Wan,Yana nak tanya.Bile lak Wan beli pasu bunga tu?Lawa lah.Pandai Wan pilih."Liyana sempat mengusik Tok Wan nya.Pilihan pasu bunga biasanya berdasrkan cita rasa Tok Wan,iaitu,corak-corak yang classic atau plain.Tetapi,pasu bunga itu bercorak bunga-bunga yang cantik terukir."Oh!Pasu tu.Haritu,ada seorang lelaki tu.Wan lupa pula nama dia.Tapi dia lah yang bagi Wan pasu ni.Katanya,dia beli dari Sepan..nyo...Sopnyel?"Tok Wan cuba mengingat dari negara mana datang nya pasu bunga itu.Berbelit juga lah lidah Tok Wan ingin menyebut dengan betul."Sepanyol ke Wan?".Liyana cuba membantu apabila melihat kesusahan Tok Wan memikirkan perkara itu."Haaa,tulah nama negara tu.Wan pun tak tau kat mana.Kalau tak silap Wan,lelaki tu keje juruterbang.Alaa,yang bawa kapal terbang tu.Wan nak bayar harga pasu tu kat dia.Tapi,dia tak nak.Selamatlah duit Wan,".Liyana tergelak mendengar kata-kata akhir Tok Wan.Namun,Liyana pelik.Mengapakah lelaki tersebut ingin memberi sesuatu yang dibelinya dari luar negara dan sudah tentu harga nya jugak mahal.Ukiran yang ada nampak sungguh halus dan kemas.Siapakah lelaki itu?Dia mempunyai saudara lain yang Tok Wan dan Tok Ki lupa untuk memberitahu nya?Tetapi setahunya,dia tidak mempunyai mak saudara mahupun bapa saudara.Jauh sekali lah untuk ada saudara.Liyana berasa sangat aneh dengan perbuatan lelaki itu.Malam itu,Liyana masih terfikir akan lelaki yang memberi pasu bunga kepada Tok Wan itu.Dia berasa cuak sehingga menyukarkannya untuk tidur pada malam itu.

Jodoh milik NyaWhere stories live. Discover now