"Tahniah Rul!,"dengan nada yang gembira Faiz mengucapkan tahniah kepada kawan baiknya,Shahrul,yang bakal menjadi tunang hujung minggu hadapan.Faiz membalas ucapan itu dangan senyuman menandakan dia juga gembira kerana hubungannya selama 2 tahun itu diterima oleh keluarganya dan keluarga pihak perempuan itu. "Alhamdulillah.Aku pun nervous masa tunggu mak Ira bincang dengan mak aku,"lega rasanya apabila perbincangan untuk majlis pertunangan mereka berjalan lancar.Shahrul juga gembira kerana kedua-dua keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis dalam tempoh yang terdekat dan melaksanakannya secara kecil-kecilan."Iz,aku nak singgah tesco kejap.Aku nak beli stock barang kat rumah akulah,"Shahrul memberitahu Faiz supaya dia tidak akan tunggu Shahrul keluar dengan lama kerana kawannya itu seorang yang boleh tahan pemarah.Itu pun Faiz sudah berubah sejak mengenali Shahrul,kalau tidak dia sememangnya seorang yang baran.Shahrul sentisas mengingatkan Faiz agar kawal amarahnya jika tidak mahu menyesal seperti dirinya yang dahulu.Faiz juga tidak mahu sejarah berulang.Biarkanlah kenangan pahit itu terkubur diam dalam ingatannya.Selepas saja Shahrul memberitahu niatnya untuk turun ke pasar raya itu,Faiz turut mengikutnya kerana mahu mencari bahan yang boleh digunakan untuk membuat kek.Faiz sememangnya mempunyai hobi,iaitu memasak.Bukan sahaja memasak hidangan seperti lauk,malah dia juga suka untuk membuat kek dan mencuba pelbagai resepi yang dijumpai di Internet.Kalau Faiz masak di rumah ibunya,memang sentiasa mendapat pujian daripada keluarganya.Tiada langsung ayat yang menafikan betapa sedapnya masakan Faiz.
"Iz,boleh tolong ambilkan buah untuk aku boleh tak?Ambilkan aku buah epal,"dengan segera Faiz berjalan menuju bahagian buah-buahan segar atas permintaan kawannya itu.Faiz suka membantu orang lain dan dia tidak pernah menganggap itu suatu bebanan kepadanya kerana dia percaya jika kita bantu orang Insya Allah suatu hari nanti Allah akan tolong kita pula.Ketika dia sedang memilih buah,matanya ternampak akan seorang gadis yang kelihatan keliru untuk memilih buah-buahan segar."Nak pilih epal ke anggur...?Herm dua-dua Wan suka...,"lembut suara yang terdengar oleh Faiz apabila dia mendekati gadis itu.Secara tiba-tiba,"Pilih je lah mana-mana sebab dua-dua awak kena basuh untuk hilangkan lilin pada kulitnya tapi kalau saya pilih awak,saya pasti kena masuk meminang awak kan".Gadis itu berpaling ke arahnya dan terkejut akan kehadiran Faiz yang tidak diunang itu.Faiz juga terkejut akan dirinya yang mengeluarkan pickup line."Sorry,saya x bermaksud nak buat awak terkejut.Abaikan apa yang saya cakap tadi,"Faiz meminta maaf akan sikapnya yang sponta itu.Gadis itu hanya membalas dengan pandangan yang pelik dan Faiz juga tidak mengharapkan respon daripadanya."Saya Faiz Razlan.Awak?"Faiz bersuara untuk memecahkan suasana yang janggal antara mereka berdua.Namun pertanyaa Faiz hny tergantung kerana dibalas dengan pandangan sinis gadis itu,mungkin tandanya dia masih marah kepada Faiz?Lalu,gadis itu mengambil barang yang diperlukan dan meninggalkan Faiz di kawasan itu bersendirian.Faiz mengejar gadis itu lalu berkata,"Saya tahu awak marah dekat saya tapi saya betul-betul nak tahu nama awak,please?"
"Liyana,"sepatah sahaja jawapannya dan berlalu pergi.
Shahrul tumpang berehat di rumah Faiz memandangkan rumah kawannya itu lebih dekat dengan kampung bakal tunangnya.Shahrul mula hairan akan kelakuan kawannya yang asyik termenung saja hari ini selepas pulang dari Tesco.Shahrul menegur kawannya yang kini termenung di ruang tamu rumahnya."Uit,kau kenapa Iz?Lepas balik dari Tesco tadi aku tengok kau asyik termenung je.Kau ade masalah ke?Cuba kau cerita dengan aku,mana tahu benda boleh settle?"
"Kau jangan pula gelak aku cerita,"
"Yelah aku tak gelak.cerita je lah,"
Faiz mula ceritanya situasi yang terjadi di pasar raya itu.Pertemuan dirinya bersama gadis yang bernama Liyana itu menjadi hiburan untuk Shahrul yang gelak terbahak-bahak kerana gelagat kawannya yang secara spontan memberi pickup line itu."Aduh,kau ni kan.Dekat perempuan yang kau kenal yang kau rapat tak nak pula kau bagi pickup line.Ini dekat perempuan entah mana datang kau boleh pula mulut kau keluarkan.Kalau aku jadi perempuan tu,aku rasa aku dah bantai kau agaknya.Yelah datang-datang bagi ayat manis mau tak dia fikir jantan miang," Faiz sudah agak reaksi Shahrul walau bagaimanapun janji yang mereka buat untuk tidak gelak tetapi itulah perkara mustahil.Walau apapun,Faiz tidak ambil hati dengan sahabatnya itu.Terdetik di hatinya pada masa itu hanyalah mengharapkan bahawa dia dapat berjumpa semula dengan gadis yang menarik perhatiannya itu,Liyana.
YOU ARE READING
Jodoh milik Nya
RomanceLiyana merupakan seorang gadis biasa yang sedang menuntut ilmu di UiTM dalam bidang hospitality.Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya sejak usia 14 tahun.Liyana seorang yang rajin terutamanya dalam bab belajar.Liyana juga seorang yang cerewet dalam...