Bab 2

21 0 0
                                    

Bunyi ayam berkokok di pagi hari membuatkan Liyana terjaga dari tidurnya yang indah.Liyana tidak suka bangun di awal hari namun,dia memaksa dirinya bangun dari katil dan pergi ke bilik air untuk menyegarkan badan.Selepas mandi,Liyana keluar rumah untuk mengambil udara yang segar itu.Liyana amat suka akan udara di kampung.Katanya,udara di kampung lebih bersih berbanding di bandar.Maklumlah,kampung nya kecil saja.Tidak banyak kenderaan yang ada.Liyana pergi ke tepi pantai yang berada di belakang rumah itu.Setiap kali Liyana ke pantai itu,dia pasti akan teringat akan kedua-dua arwah ibu ayahnya.Allah meminjamkan ibu ayahnya dengan sekejap saja tetapi, Liyana masih bersyukur dia dapat meluangkan masa dan membuat kenangan yang sangat manis.Rindu yang dirasai oleh Liyana hanya dapat diketahui oleh Allah SWT sahaja.Walau bagaimana pun,Liyana tetap bersyukur kerana Tok Wan dan Tok Ki masih ada di sisi nya.Mereka lah menjadi tempat menadah kasih sayang untuk Liyana.Bunyi hempasan ombak amat menenangkan hati Liyana.Tok Ki pernah bercerita bahawa ibu Liyana juga suka pergi ke pantai ini untuk menenangkan fikirannya apabila dia menghadapi masalah.Liyana cuba mengikut cara ibuya dan ternyata bahawa suasana di pantai itu amat menenangkan hati seseorang yang sedang berbolak balik emosinya.

"Sudah,sudahlah.Kamu ni,Wan tengok setiap kali kamu balik,mesti akan datang ke pantai ni.Kamu ada masalah ke Yana?Kalau ada,jangan lah pendam-pendam.Nanti jadi masalah lain pulak.",risau Tok Wan melihat Liyana yang suka bersendirian sejak dua menjak ini.Tok Wan tidak mahu memaksa Liyana tetapi Tok Wan tidak mahu Liyana memendam masalah yang dihadapi berseorangan.Liyana menghampiri Tok Wan dan peluk neneknya.Dia amat bersyukur yang nasibnya tidak seteruk nasib orang lain kerana masih mempunyai Tok Wan dan Tok Ki yang sentiasa risau dan mengambil berat akan kehidupannya.Tok Wan mengusap belakang Liyana dan berkata "Sudahlah Yana.Wan sentiasa akan bersama dengan kamu.Usalah sedih-sedih macam ni.Nanti buruk muka kamu yang lawa ni."Tok Wan cuba menghilangkan kesedihan Liyana dengan bergurau senda sedikit.Tok Ki keluar rumah sambil memerhatikan kegembiraan isteri dan cucunya."Sudah lah.Mari kita semua sarapan.Wan kamu masak sedap pagi ni.Kegemaran kamu,nasi lemak dan sambal sotong."Tok Ki berkata kepada Liyana dengan kuat sedikit supaya Liyana mendengar nya.Ketiga-tiga mereka melangkah masuk ke dalam rumah dan menikmati juadah yang disediakan oleh Tok Wan pagi tadi.

Selepas habis menikmati sarapan yang enak itu,Liyana bersiap-siap untuk ke pasar raya bersama-sama dengan Tok Wan.Tok Wan ingin membeli barang bulannya.Maklumlah,rumah yang didiami oleh tiga orang sahaja tidak memerlukan barang yang banyak.Tok Wan bisanya akan ke kedai runcit tetapi memandangkan Liyana ada,Tok Wan ingin cuci mata di pasar raya yang terletak di hujung kampung mereka.Liyana memandu Baby Tos nya dengan berhati-hati kerana takut akan haiwan yang akan melintas jalan secara tiba-tiba.Bukan apa,Liyana sayang sangat padaBaby Tos itu kerana itulah hadiah yang diberikan oleh Tok Ki ketika Liyana mendapat tawaran menyambung pengajian dulu.Tok Ki berusaha siang malam untuk membeli kereta itu supaya dapat memudahkan urusan hariannya yang sibuk di universiti.Tok Ki merupakan pesara pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).Tok Ki mempunyai banyak kenalan semasa bekerja di sana dan mereka masih ingat pada Tok Ki.Kadang kala,Tok Ki keluar bersantai bersama rakan-rakan kerja nya.Walaupun Tok Ki sudah bersara,namun hubungan silaturrahim antara dia dan rakan-rakannya masih kukuh.

Alhamdulillah urusan Liyana dipermudahkan kerana dia mendapat tempat letak kereta dangan mudah.Biasanya pasar raya Tesco ini dipenuhi oleh penduduk sekitar kawasannya.Ini jugalah punca mengapa Tok Wan tidak mahu membeli barang di sini.Cukup sekadar ke kedai Abang Wan di kampung itu kerana kedai runcitnya agak lengkap untuk Tok Wan membeli barang bulan. "Banyak ke barang Wan nak beli ni?",Liyana bertanya kerana sekiranya banyak barang yang ingin dibeli,maka Liyana ingin mengambil troli bagi memudahkan Tok Wan untuk menyusun dan troli mempunyai lebih banyak ruang. "Banyak lah juga rasanya sebab Wan nak beli stock untuk kuih-muih yang Wan jual tu."Liyana mengambil troli dan terus masuk ke pusat beli-belah bersama Tok Wan.Tok Wan hanya membuat dan menjual kuih-muihnya untuk mengisi masa lapang.Ini juga merupakan sumber tambahan kewangan bagi diri nya dan Tok Ki selain duit pencen yang diterima oleh Tok Ki.Tok Wan hanya membuat kuih-muih tetapi Kak Syahirah ingin menolongnya dengan menjualkan kuih-muih itu pada setiap pagi di kawasan kampung mereka.Kak Syahirah rajin orangnya.Ada saja kerja yang ingin dicari untuk menambah pendapantan keluarganya.Kak Syahirah sebenarnya gadis yang pandai tetapi disebabkan masalah kewangan tidak membenarkannya sambung belajar ke peringkat universiti.Walau bagaimana pun,Kak Syahirah tidak sedih malah menerima hakikat dan cuba mengubah nasib adik-adiknya pula. "Wan,Kak Syahirah tu tak ade ke yang masuk meminang?Dengar cerita hari tu ade mamat bandar datang jumpe dia".Liyana sangat suka berjumpa dengan Kak Syahirah kerana dia baik dan kawan Liyana bila Liyana pulang ke kampung.Bagi Liyana, Kak Syahirah  ialah seorang kakak yang penyayang kerana dia suka melayan karenah Liyana yang kadangkala masuk air tanpa jemu dan menganggap Liyana seperti adiknya.

"Hari tu ibunya bagitau Wan yang lelaki bandar tu kerja engineer.Keluarga Syahirah tu dah setuju dah nak tunangkan dia dengan lelaki tu.Kalau kamu boleh balik,datanglah.Ibunya ada jemput Wan.Dia buat kecil-kecil je sebab bertunang.Ajak jiran-jiran dan keluarga je",Tok Wan memberitahu Liyana sambil memilih sayur.Liyana terasa sedih mendengar berita gembira itu.Yelah siapa je tidak sedih kalau adik beradik berpisah sebab berkahwin.Liyana sedar bahawa Kak Syahirah bukan kakak kandungnya jadi dia berfikir yang dia tidak perlu bersedih,malah bergembira kerana Kak Syahirah telah menjumpai cinta hatinya.Semoga mereka kekal hingga ke Jannah selepas perkahwinan dijalankan.Apabila mula kisah tentang cinta,Liyana terasa pedih di bahagian dadanya.Haih,kisah pahitnya bersama seseorang amat membuatkan pintu hati Liyana tertutup untuk menyayangi lelaki lain. "Kamu pula Yana?Bila nak kenalkan Wan dengan pilihan hati kamu?",Tok Wan saja menyakat Liyana dengan soalan itu.Liyana tahu Tok Wan tidak mahu dia lalai dengan cinta-cinta ini.Liyana mahu tamatkan pelajaran kemudian barulah pintu hatinya terbuka semula untuk bercinta.Bagi Liyana,cukuplah sekali hatinya disakiti oleh lelaki yang hanya memberikan janji-janji manis padanya.Tidak dinafikan Liyana sememangnya mempunyai ramai peminat kerana sifat lemah lembut dan kebijaksanaannya dikagumi bukan sahaja oleh para pelajar di universitinya, malah oleh pensyarah-pensyarah yang masih belum berpunya.Pernah saja Liyana menerima kuntuman bunga mawar,coklat Ferrero Rocher dan banyak lagi yanenarik.Namun,Liyana tidak kisah dangan hadiah-hadiah tersebut kerana dia sudah bertekad tidak mahu bercinta sebelum tamat pengajian,lebih kurang dua tahun lagi.

"Yana,kamu pergi ambilkan Wan buah sedikit.Dekat rumah tu dah habis dimakan oleh Tok Ki kamu.Entah kenapa pula seja dua menjak ini dia kurang makan nasi hanya nakkan buah saja,"Liyana gelak mendengar aduan Tok Wan tentang Tok Ki nya.Tanpa membantah,Liyana pun pergi ke bahagian buah-buahan dan mula memilih beberapa buah untuk dibeli.Mata Liyana telah terpukau dengan kesegaran buah-buah tersebut kerana warnanya sungguh cantik dan tertarik.Liyana mengambil satu pek buah strawberi kerana dia tahu bahawa Tok Ki nya amat gemar dengan buah masam itu.Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila Liyana membawa datuk dan neneknya ke Cameron Highlands yang nyaman dan indah dengan pemandangan ladang teh.Sampai saja di kebun strawberi,Tok Ki cuba satu biji terus dia mahu beli sepuluh pek katanya.Namun,perkara itu sememangnya tidak terjadi kerana Tok Wan mula lah berceramah tentang membazir.Akhirnya,Tok Ki membeli tiga pek saja.Belum sampai ke kereta untuk pulang ke homestay,sudah habis satu pek Tok Ki makan dengan cicah coklat.Walaupun rasa buah terebut berubah setelah turun dari kawasan yang sejuk,Tok Ki tetap gemar kerana rasa masam masam manis.Sambil memilih buah,kenangan tersebut terlintas dalam fikiran Liyana sehingga tidak menyedari bahawa dia sendiri tersenyum kerana gelagat Tok Ki nya yang mencuit hati dan juga suka menyakat Tok Wan."Nak pilih epal ke anggur...?Herm dua-dua Wan suka...,"bebel Liyana sendiri ketika sedang khusyuk memilih buah kegemaran Tok Wan pula. "Pilih je lah mana-mana sebab dua-dua awak kena basuh untuk hilangkan lilin pada kulitnya tapi kalau saya pilih awak,saya pasti kena masuk meminang awak kan,"suara lelaki yang garau tiba-tiba muncul membuatkan Liyana terkejut.

Jodoh milik NyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang