KIHY-3

97 20 10
                                    

Kringgg...kringgg...kringggggg~~~ jam loceng ku berdering kebisingan.

Aku segera menutup jam ku. Aku melihat jam sudah pukul 6:55 a.m.

"Hmm..baru pukul 6:55. Eh jap..6:55?!! Allahuakbar!!! Dah lambatt!!! Kelas aku start pukul 7:20 a.m."

Aku segera masuk ke dalam bilik air. Selepas 10 minit aku mandi..aku bersiap-siap pula sambil tu aku membebel dekat qai dan diri aku sendiri.

"Haih..tulah kau eryssa,layan drama sangat sampai 3:30 pagi. Yang si qai ni pun satu..bukan nak kejut aku. Ishh...serabut pulak aku..tak pe kau..siap kau kat kolej nanti."

Selepas aku bersiap aku segera keluar dari rumah. Tiba-tiba aku terlihat kasut rakanku di luar rumah.

Aik..qaireena tak pergi kolej ke? Kataku di dalam hati.

"Qaireena...ohhh qaireenaaa" panggilanku tidak di sahut walaupun sudah hampir tercabut anak tekak ku memanggilnya.

Aku terus pergi ke biliknya takut terjadi apa-apa. *tok tok tok*

"qai..kau tak pergi kolej ke??"

Aku membuka pintu bilik rakanku itu. Aku lihat qai masih lagi tidur dan masih berselimut.

"Ya allah..qai..kau tak nak pergi kolej ke?? Asal kau ni?? Bangun-bangun. Haih..biasanya kau bangun awal."

Aku tengok dia tidak memberi apa-apa respond. Aku memegang dahinya.
"Ehhh..panasnya. Qai..kau jangan macam-macam weh..kau sedar tak ni?? Qai..qaii.." panggilku sambil menepuk muka qaireena.

Aku mengangkat kepalanya,lalu kepalanya terlentok di atas lengan ku.

"Ya allah. Qaireena..kau pengsan. Aduh macam mana ni?? Hahh..fon aku mana?? Fon aku?? Fon mana fonn???" Aku terus panik dan mencari fon ku di dalam beg ku. Aku segera menelefon polis. Ehh..asal aku tetiba nak call polis? Aku segera menelefon pihak ambulans.

"Encik..saya nak bercakap dengan pihak ambulans ye..sebab kawan saya pengsan kat rumah ni."

"Tunggu sebentar ye cik. Cik sila bagi nama cik dan nombor telefon"

"Nama saya Nur Eryssa Ilyana. Nombor telefon 013 XXXXXXX"

"Ok..baiklah cik..saya sambungkan dekat pihak ambulans ye."

trutt..trutt..

"cik..tolong datang dekat rumah saya ye..kawan saya pengsan ni. Alamat NO 6,LORONG ARMY PLUS WANNABLE SETIA 17,TAMAN KPOPERS TEGAR SEDUNIA,682037 BTS DAN WANNA ONE. Tolong datang dengan cepat ye..terima kasih tuan."

Aku pun cuba mengingati cara-cara mencegah dari pitam.
1.aku menyusun bantal menjadi tinggi.
2.aku meletakkan kaki qaireena di atas bantal tersebut.
3. Aku memicit tangannya dan mengusap mukanya sementara menunggu ambulans sampai.

+++

Pihak ambulans tiba di hadapan rumah kami. Mereka segera membawa qaireena ke dalam ambulans. Aku turut mengikutinya.

+++

"Kawan awak ni tak ada apa-apa..semuanya normal saya check tadi. Kemungkinan badan dia panas sangat..jadi mungkin itu menyebabkan dia pengsan. Nanti saya bagi ubat jelah ye..saya juga bagi dia MC dalam 3 hari biar dia sembuh betul-betul."

"Ok..terima kasih doktor."

"Qai. Kau nak makan tak? Kau dari pagi tadi tak makan kan? Jom aku bawak kau pergi makan"

"Tak apalah..aku tak nak. Tak seleralah"

"Kau ni..makan sikit je tak apa dah..nanti kau kan kena makan ubat. Alas sikit perut tu"

"Hmm..yelah. kau beli jerlah apa apa pun"

"Ok. Kau tunggu jap tau"

Eryssa pergi membeli makanan manakala aku menunggunya di hadapan lobi hospital.

Setelah 15 minit

Menunggu eryssa membeli makanan, dia sudah tiba di tepi ku dengan makanan.

"Qai..aku call grab tau. Yelah takkan nak jalan kaki an"

"Aa..okay. thanks tau ery..even aku ni selalu bebel kat kau. Kau tetap take care pasal aku."

"No hal lah beb.."

+++

Selepas 3 hari,aku sudah boleh ke kolej semula. Tiba je aku di kolej ...

"wehh..kau okay tak? Aku dengar kau pengsan."

"Haah..kau kena naik ambulans an? Asal?"

"kau ada darah rendah ke? Demam panas?"

"Citer ahh..citer ahh..risau nii"

Heboh dengan khabar berita yang aku kena pergi hospital.

"Haih..korang ni..relax. aku tak ada apa apa lah..aku just demam. Demam aku tu teruk sangat. Sebab tu aku boleh pengsan tu. Kepala aku ni panas sangat"

"ohhh"

"dah dah duduk tempat. Nanti prof. datang." Kataku.

Prof Suraya pun tiba di kelas ku. "Okay..semua. semua sudah dimaklumkan kan bahawa hari esok kamu semua ada peperiksaan. Saya harap kamu semua sudah bersedia..kerana dari minggu lepas sudah dimaklumkan kepada kamu semua."

"Weh..qai..habis ahh aku!!! Aku tak baca buku langsung weh. Aku tak ulang kaji pun."

"Ha..tulah kau. Aku dah kata awal-awal suruh study. Kau tak nak. Pergi layan sangat kpop kpop semua tu. Kan aku dah kata, tu melalaikan kau."

Eryssa just be like -.-

Haha..padan muka dia.

+++

"Weh..jom balik. Aku nak pergi study ni..besok dah periksa. Jom ahh..kelas dah habis an"

"ha..yelah jom" kami segera pulang ke rumah sewa kami. Setelah sampai ke rumah,eryssa terus masuk ke dalam biliknya. Study lah agaknya.

Aku pun pergi ke bilik ku juga untuk mandi. Selepas mandi aku pun membuka iphone aku.

Aku membuka gallery telefon aku untuk melihat gambar lama-lama. Throwback jap. Sedang aku scroll scroll gmbar tiba-tiba ada satu gambar yang membuat aku terkejut.

"Ha?? Asal ada gambar ni? Aku rasa aku dah buang semua gambar dengan dia. Apasal ada cacat satu gambar sini? Haih..rindunya aku dengan dia. Hmm..apa khabar dia ye? Aish..apa ni qai. Dia dah buang kau..baik kau move on. Dah lama dah kan..dia buang kau. Siap dia maki maki kau lagi. Aku benci kau. Kau lah first love aku..tapi kau buang aku.

Dulu kau punya lah bagi kata-kata manis, kata nak setia lah,terima aku seadanya lah..pastu kau siap kata kau nak kahwin dengan aku. Aku menyesal kenal dengan kau" kataku sambil menahan air mata ku keluar.

Tetapi malangnya,air mata ku ini senang sangat tumpah. Kenapa aku ni lemah sangat? Sebab lelaki aku boleh menangis.

Kebanyakkan orang memang suka bagi FAKE HOPE eh?

Tak apalah qai. Kau kena kuat. Kau kena tunjukkan bahawa kau itu bukan perempuan yang senang dipijak pijak oleh orang. Kau ada maruahkan? Kau kena kuat. Ini semua ujian daripada ALLAH kau kena ingat tu.

"Ye! Aku kena kuat!" Aku segera pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Selepas mengambil wuduk aku segera mengerjakan solat asar dan membaca al-quran supaya hati ku tenang.

KOREA!!! I Hate You! - J.J.K. [📴]Where stories live. Discover now