3

1.3K 36 26
                                    

"Bebas! Yeayy!" Jimin menjerit kecil. Yoongi yang berada di sebelahnya dibiar sepi

"Sukalah kau buncit" Kata Yoongi. Sudahlah tadi semasa bergaduh, kotak rokok jenama melbourne kepunyaannya dibuang ke luar tingkap. Dasar manusia pendek dan buncit

"Mana kau tahu aku buncit? Aku ada sixpack lah samdol!" Jimin mengacah mahu menumbuk Yoongi.

"Macam aku percaya" jeling Yoongi. Kakinya mula melangkah laju menuju kearah blok asrama lelaki. Jimin di belakang hanya memandangnya.

Tiba-tiba Jimin ternampak Chaeyoung yang sedang berborak bersama Lisa. Dia terus berlari kearah mereka berdua.

"Sayang~" panggil Jimin manja. Pinggang ramping Chaeyoung dipeluk kemas.

"E-eh? C..chim rupanya" terkejut Chaeyoung dibuatnya. Wajah Lisa yang ketat itu dipandangnya.

"Chae- ah. Aku tunggu dekat dorm ya?" Ujar Lisa sambil berlalu pergi. Chaeyoung mahu mengejar gadis tapi pinggangnya dipeluk. Yoongi yang tadinya terkejut berlalu pergi.

Yelah. Siapa tak kenal pasangan sepadan ni? Satu sekolah cemburu dengan hubungan mereka yang romantik.

Yoongi tak mengendahkannya. Terus dia melangkah ke bilik. Dia perlukan rehat, malam ini warden mahu berjumpa.

"Rosie. Saya tak nampak pula awak kat kelas tadi" Jimin bersuara. Tempat duduk Lisa dihadapan Chaeyoung diambilnya. Chaeyoung hanya berdecit sambil menggaru belakang lehernya.

"Semak lah. Aduh"

"Sayang?" Panggil Jimin. Chaeyoung tersentak.

"A-ah? O-o..oh itu, tadi saya tak sihat sangat. Jadi tak pergi. Maaf" kata Chaeyoung. Wajah Jimin dipandang paksa. Sudahlah sekarang dia jarang sekali mahu berjumpa dengan Lalisa, sekarang Jimin pula mengacau.

"Ya tuhan, awak tak bagitahu awal-awal. Kalau tak saya boleh jaga awak" sikap prihatin Jimin muka kelihatan. Dia memegang tangan Chaeyoung, lalu dahi licin gadis itu ditekup.

"Saya dah okay, Jimin. Tak payah risau okay?" Pujuk Chaeyoung. Tangan Jimin mula dijauhkan. Rimas.

"Saya kena masuk dorm dulu ni. Tak mandi tengahari lagi. Jumpa nanti" Chaeyoung tersenyum lalu meninggalkan Jimin yang terpinga-pinga.

Jimin mengukirkan senyuman manis. Dia hanya memerhatikan Chaeyoung sebelum tubuh itu hilang dibalik dinding.

Dia berdiri dan berjalan kearah blok lelaki.

Dia juga perasan, gadis itu banyak berubah namun dia tidak mengendahkannya. Dia hanya menganggap gadis itu semakin sibuk, sebab itulah layanannya berkurang

"Ah. Bahagianya~"

Fckbuddy °y.min + btsWhere stories live. Discover now