Budak Toxic

21 0 0
                                    

Aku berpura-pura sibuk ketika Sue meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada aku. Cerita yang sama, mengenai orang yang sama. Lagi dan lagi. Bukan aku bosan mendengar ceritanya, tetapi sudah berkali-kali aku tegaskan. 'Mohon abaikan psychotic macam dia!' Tapi Sue sepertinya langsung tidak mempraktikkan apa yang aku nasihatkan.

Tanganku ligat menekan mouse, aku sedang sibuk menyusun folder onepiece mengikut tahun dan episod. Aku tahu Sue sedang menangis. Aku abaikan. Kalau mahu labelkan aku sebagai kawan yang tidak berguna, silakan. Aku buat muka toya. Tetapi sesekali kedengaran juga aku bersuara menasihati. sepatah-sepatah.

"Tolonglah jangan biarkan orang macam dia streskan kau." Kataku.

Dia diam. Aku mengeluh. Aku masih memandang skrin. Tidak terasa ingin melihat dia menangis. Luar akalku sudah berimaginasi bermacam-macam. Serasa ingin menghempuk dia pun ada. Rasa macam drama sedang diputarkan dihadapan mataku.

Aku bukan seorang pendengar yang baik. Aku tidak tahu atas dasar apa dia perlu memperbesar masalah yang sebenarnya pada pandanganku bukan masalah.

Kami sedang berhadapan dengan seorang psycho tahap dewa abad ni, dan dia telah berjaya men-psycho Sue. 'Tahniahlah psycho-freak'.

"Aku mahu mengelak betul dari dia, seriously. Aku stress gila! Benda kecil pun mahu tanya aku. soalan bonus semua tanya aku. Benda yang dia dah tahu dia tanya aku. Arghh!!"

Aku diam. Ya. Itu rutin si budak Psycho. Dari hal-hal kecil sehinggalah ke hal-hal besar, semua perkara kalau boleh dia ingin bertanya. Mungkin kalau orang yang bertanya itu adalah budak yang berumur 12 tahun ke bawah, aku masih boleh dipertimbangkan tapi ini. Umur sudah ingin menceceh 25 tahun, untuk tahun ini tapi anehnya soalan darinya mengalahkan budak-budak yang tidak tahu apa-apa.

Tipikal 'narcissist personality disorder'. Orang yang terlalu cintakan dirinya sehingga tidak kisah akan perasaan orang lain. Kebanyakan orang yang ada disorder ini merupakan attention seeker. Mereka akan berbuat apa saja untuk menarik perhatian orang. Yang lebih teruk lagi, mereka tidak boleh melihat orang lain lebih dari mereka kerana mereka rasa merekalah yang terbaik daripada semua orang.

Narcissistic menjadikan orang sekeliling mereka sebagai mangsa keadaan hanya dengan kewujudan mereka, dan yang lebih parah, mereka susah untuk berubah. Atau kata lainnya tidak akan berubah. Tapi yalah, siapa kita untuk judge orang.

"Entahlah, aku stress gila dengan dia ni, serious. Asyik aku yang dia cari. Aku penat kau tahu, jadi baik." Sambung Sue lagi setelah tidak mendengar aku menjawab apa-apa.

"Then"

"Stoplah jadi baik. Jadi macam aku. Abaikan orang-orang macam tu." Mendatar saja suaraku.

'Dia bukan orang yang penting dalam hidup kau untuk kau berpening kepala dan menangis untuknya. Dia atau sesiapa saja tidak layak membuat kau tertekan. Sekali kau rasa tertekan dengan mereka, berkali-kali lagi mereka akan menekan kau dengan perilaku-perilaku lain.' Hatiku bermonolog sendiri.

Aku sudah penat dengan drama manusia. Aku sudah berhenti ambil kisah akan kehidupan sesiapa. Sebab itu, aku tidak mampu memandang Sue yang masih stress memikirkan psychotic itu.

Sue mengeluh kasar. "Kenapalah manusia macam dia ni kena wujud. Aku rasa dunia ni tak adil dekat aku." Keluhnya.

"Tak payah persoalkan kewujudan orang lain... persoalkan cara kau handle dia." Kataku dingin.

Jariku masih laju menekan mouse. Dan sesekali beralih ke keyboard untuk menaip. Mataku sedikitpun tidak ingin aku sorotkan ke arah Sue.

"dan... bukan dunia tak adil. Manusia yang buta untuk tengok semua tu. Jangan salahkan dunia..." Sambungku lagi.

"Kau tak faham apa aku rasa." Sue menjawab.

"Apa yang aku tak faham?" Untuk pertama kalinya mataku lari dari skrin komputer. Aku memandang muka stressnya.

"Takda apa lah...." Sue berkata.

"Macam mana aku nak faham kalau kau tak cerita?" Tekanku.

"Aku bukan macam kamu. Aku tak boleh nak elak diaa. Aku terlampau baik, aku mudah simpati dengan orang, kalau aku tak layan." Ujar Sue.

"Aku tak suruh kau elak dia. Aku suruh kau abaikan. Ignore. Lali kan hati kau, lalikan mata kau, lalikan telinga kau dengan setiap tindak tanduk dia. Kau dah tahu, perangai dia memang macam tu." Sambungku lagi.

Sue mendiam. Aku tahu dia tidak dapat menerima apa yang aku katakan. Untuk seseorang yang menganggap itu adalah masalah besar dan kemudian mendengar nasihat dari aku yang menganggap itu bukanlah sebuah masalah, memang susah...untuk diterima.

"Kau bukan penyabar kan?" Soalku tiba-tiba. Mataku kembali aku halakan ke skrin komputer, kembali menekan-nekan mouse.

"Kenapa kau tanya macam tu?" Soal Sue. "Yaa, sebenarnya aku bukan penyabar orangnya. Orang lain ja yang rasa aku penyabar. Sebenarnya aku bukan penyabar pun."

"Boleh nampak." Kataku sepatah.

Sue memandang aku, walau pun aku tidak memandangnya ketika itu. Tapi aku tahu wajahnya tertulis seribu persoalan.

"Abaikan" Aku mematikan topik begitu saja.

psst. *** sudut ilmu *** mengandung unsur-unsur claim, fallacy dan andaian ***

Untuk menghadap orang luar kebiasaan manusia seperti mereka ni, kau kena ada kekuatan yang akan buat mereka terdiam.

Satu, kekuatan untuk 'boo layan'. Tidak perlu berlebihan layan kata-kata mereka. Anggap saja mereka seperti angin. Kau tidak perlu pun memutuskan hubungan dengan mereka. Cukup tidak terlalu terlibat dengan hidup mereka.

Kedua, kekuatan untuk bidas balik soalan-soalan 'bonus' mereka. contoh situasinya bila kamu ingin makan di sebuah restoran, dan ketika itu kamu sudahpun masuk dan duduk di dalamnya tapi tiba-tiba pulak budak psycho tu tanya...

"Apa kita buat dekat sini?"

Kamu jawab ja dengan jawapan bodoh seperti " Oh kita nak cari kerja ni.", "Aku nak lawat bapak saudara aku ni,ni kan kedai dia." , "Aku nak cari sparepart tayar kereta..".. etc~

Ketiga, kekuatan untuk kumpul kesabaran banyak-banyak. Sebab toxic people sentiasa ada benda yang diaorang buat untuk kau jatuh stress. Tak perlulah kot emosi dekat orang yang memang sejak azali berperangai macam ni. Dengar-dengar, dorang ni spoilt children yang di tatang bagai minyak yang penuh oleh parent dorang, tak pernah kena marah, tak pernah kena pukul, bila dorang buat salah, parent dorang cuma cakap "ITS OKAY, NOT YOUR FAULT", kemudian mereka di puji setiap hari sehinggalah jadi mereka yang sekarang.

-TAMAT-

MONOLOG : Budak ToxicWhere stories live. Discover now