Sejak kejadian di koperasi tempoh hari, Adelia menjadi semakin manja. Setiap masa nak berkepit. Pagi sebelum masuk kelas, dia akan lepak di kelas aku. Waktu rehat, tunggu aku keluar kitaorang akan rehat sama-sama. Balik pun sama-sama. Setiap petang kitaorang jaga koperasi, pun dia tak nak berenggang dengan aku. Bila lepak kat bilik stor koperasi, asyik nak peluk je. Adelia sekarang dah pandai nak kiss-kiss aku. Kadang dekat pipi, kadang dekat bibir. Aku masih tak faham, apa sebenarnya hubungan kami. Kawan atau lebih?
Sejujurnya, perasaan aku terhadap Adelia makin hari makin menjadi-jadi. Aku tak boleh nak tipu diri dan perasaan aku. Aku cintakan dia tapi aku tak berani nak luahkan. Aku takut kalau aku luahkan, dia akan menjauhkan diri dari aku. Aku lebih rela hubungan kami sebagai kawan daripada aku kehilangan dia. Biarlah aku mencintai Adelia dalam diam. Walaupun dia tak tahu perasaan aku terhadap dia, aku akan jaga dia semampu yang aku boleh. Itu janji aku.
***
Dari jauh aku perhatikan si dia tengah seronok bersembang dengan seseorang. Adelia dan Kasya. Mesra sangat. Sakit hati? Ya! Tipulah kalau cakap aku tak sakit hati tengok kemesraan diorang. Hati aku ni bagai dihiris-hiris. Kasya ni budak kelas Adelia. Ketua kelas diorang. Apa yang aku tahu, Kasya suka kat Adelia tapi Adelia tak suka dia and pernah reject Kasya. Tapi kenapa mesra sangat?
"Aku nak baliklah, Liza."
"Kenapa, Izz?" Liza tanya aku.
"Kau nampak tak mata aku ni merah je dari pagi. Aku dah tak tahan pedih sangat dah ni." Yes, sakit mata aku jadikan alasan walhal sebenarnya aku sakit hati.
"Ok jom kitaorang teman kau pergi bilik guru. Ambil borang mc." Shasha.
Nasib baiklah kawan-kawan aku faham aku. Eh tak! Sebenarnya ni alasan diorang je supaya dapat nak ponteng kelas matematik kejap lagi. Macamlah aku tak tahu niat diorang.
Dan sekarang aku dekat hospital. Lepas call abah tadi mintak ambil terus abah bawak aku pergi hospital. Mata aku dah makin merah. Doktor cakap sakit mata biasa je. Nanti letak ubat mata oklah mata ni.
***
"Kenapa Izz balik awal tadi? Tak bagitau pun kat Lia." Adelia bertanya dengan muka monyoknya."Kan aku sakit mata. Aku baliklah nak pergi hospital." Jawab aku acuh tak acuh.
Hati aku ni masih sakit lagi sebenarnya. Kalaulah kau tahu yang aku balik sebab tak sanggup tengok kau bermesraan dengan Kasya. Tapi takpe, bukan salah kau. Salah aku yang tak mengaku aku cintakan kau. Aku tak mampu.
"Dah tu kalau tau sakit, kenapa Izz datang jugak nak jaga koperasi." Adelia peluk aku sambil merebahkan kepalanya di dadaku.
Aku biarkan soalan Adelia tak berjawab. Aku balas pelukannya. Adelia angkat mukanya tengok aku. Aku tatap mata dia dalam-dalam. Aku cintakan kau, Lia. Aku cuma mampu ungkapkan dalam hati. Aku lemah. Wajah kami makin dekat. Hanya tinggal beberapa inci, bibir kami akan bertemu. Dan... ya akhirnya bibir kami bertaut. Terbiar seketika lepastu Adelia balas ciuman aku. Semakin lama ciuman kami menjadi semakin rakus. Kami hanyut dalam asmara yang aku sendiri tidak tahu. Cinta atau sekadar kawan? Aku keliru.
Hai readers! Sorry kalau chapter ni membosankan. Dan maaf kalau susunan ayat author tak best. Author tak pandai sangat menulis ni. Happy reading!
Untuk awak :
Ritu awak ada request nak baca story ni kan. Awak sabar k. Saya taknak bagi awak baca selagi story ni tak siap lagi. Saya rindu awak!
From B with 🖤
YOU ARE READING
KERANA DIA
Short Story"Cinta kau kejam, Adelia." NURUL IZZAINI "Maafkan aku, sayang. Mungkin ini yang terbaik untuk kita." ADELIA ILYANA