Cinta ditolak? Sakit?

34 3 0
                                    

Cinta ditolak? Sakit tak?
Memanglah sakit.
Sebab kau dah suka dengan orang tu lepas tu dah try untuk luahkan perasaan kau, alih-alih kena tolak. Tak ke sakit tu?

Tapikan... sakit cinta di tolak ni taklah sakit mana pun. Itu hanya perasaan. Makin layan, makin sakit. Makin beremosi, makin kau nangis. Makin fikir, makin jugalah kau serabut.

Jalan mudah kau tak payah fikir. Lagi-lagi kalau kau masih belajar. Sebab apa?
Sebab bila fikiran kau dah terganggu, hati kau resah, mana mungkin kau dapat fokus belajar. Hati dah gelisah semua jadi tak kena. Natijahnya kau yang tanggung, exam kau ke laut, hidup kau ke tanah.

So please lah please. Jangan bazir masa kau, tenaga kau, airmata kau hanya sebab "CINTA DITOLAK"
Fikir je lah kalau betul dia jodoh kau, jauh macam mana pun, gaduh macam mana pun, kena tolak macam mana pun tetap bersatu juga. Tapi kalau dia bukan jodoh kau dan kau bazirkan airmata, tenaga dan masa kau hanya untuk jodoh orang buat apa? Tu dah tunjuk kebodohan sendiri dah tu.

So please lah!!! Lelaki ke? perempuan ke? tolonglah jangan layankan sangat perasaan yang hanya memakan diri.
Bak kata cikgu aku "lepas kau dapat kerjaya yang bagus, ada rumah, ada kereta, ada segalanya barulah berfikir nak ada pasangan. Jangan fikir sekarang kalau kau masih belajar, tumpukan perhatian waktu belajar."

Ingatlah teman, sesungguhnya Allah gerakkan hati orang yang kau suka tu untuk tolak cinta kau bermakna Allah nak jauhkan kau dari zina. Bersyukurlah sebab Allah buat semua tu kerana dia sayang kau. Bersangka baiklah dengan semuanya.

Memang betul Allah menjadikan fitrah manusia tu berpasang-pasangan. Tapi tidak semestinya orang yang kita suka, orang yang kita cinta itulah jodoh yang telah ditentukan di luh mahfuz. Sebab manusia memang akan ada pasangannya, jadi tunggulah. Kerana Allah takkan beri apa yang kau mahu tapi Allah akan beri apa yang kau perlu.

So jangan sakit bila cinta kita ditolak. Okay?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tarbiah Untuk Kau Dan AkuWhere stories live. Discover now