Sudah hampir sebulan Kim Soo Hyun belajar di sekolah ini. Dan hampir sebulan juga dia keseorangan. Ramai yang tidak sudi berkawan dengannya disebabkan sikapnya yang sentiasa dingin. Cuma, L sahaja yang sudi melayannya. Kadang-kadang L akan datang berbual dengannya. Menurut L, mereka pernah belajar sekali dahulu semasa di sekolah rendah. L memang seorang yang peramah dan dia juga tahu mengapa sikap Kim Soo Hyun dingin sebegitu.
"Budak baru! Kenapa tak masuk kelas sukan tadi?"tanya Moon Geun Young. Selaku ketua kelas, dia diminta untuk memanggil Kim Soo Hyun ke bilik guru. Kim Soo Hyun tidak mengendahkan soalan itu.
"Baiklah, kalau tak mahu jawab tak mengapa. Tapi, Cikgu Lee Kwang Soo ingin berjumpa dengan kamu sekarang. Jawablah kamu di sana." Moon Geun Young terus meninggalkan Kim Soo Hyun keseorangan. Benci dia dengan perangai Kim Soo Hyun.
"Takkan marah lagi pasal kes langgar tu?"ngomel Moon Geun Young perlahan. Kim Soo Hyun memandang Moon Geun Young yang kian menghilang di pandangannya. Gadis yang sering bermain di fikirannya sejak kebelakangan ini. Mungkin Moon Geun Young tidak mengingatinya tetapi tidak baginya. Mereka bertemu pada kali pertama di bandar. Masa itu, dia keluar berjalan setelah penat mengangkat barang yang dipindah. Dia berhenti di sebuah restoran di mana Moon Geun Young bekerja. Mungkin restoran milik ibunya. Sangat comel tingkahnya. Dan kali kedua bertemu apabila gadis itu melanggarnya. Kini, mereka sering bertemu di dalam kelas. Sikap periang Moon Geun Young berjaya mencuit hatinya. Tetapi, dia tidak berani ingin mendekati Moon Geun Young disebabkan dirinya yang tidak disenangi oleh rakan-rakan yang lain.