Part 2

29 3 0
                                    


Di dalam kelas 5A, riuh-rendah suara pelajar-pelajar. Masing-masing ingin bercerita mengenai kisah mereka pada cuti semester yang baru sahaja tamat. Paling mengejutkan semua Suzy dan L telah bercinta. Mereka baru sahaja mengumumkan kepada kelas tadi. Kehadiran Cikgu Lee Kwang Soo membuatkan semua pelajar diam. Seorang pelajar baru berada di sebelah Cikgu Lee Kwang Soo.

"Baiklah semua, Ini pelajar baru yang berpindah di sekolah kita. Sila, perkenalkan diri kamu."

"Anneonghaseyo, nama saya Kim Soo Hyun. Saya pelajar baru di sini. Harap kita dapat bekerjasama nanti."

"Baiklah, kamu boleh duduk di sana."ujar Cikgu Lee Kwang Soo. Kim Soo Hyun memandang ke arah tempat kosong yang berada di belakang kelas. Gadis yang melanggarnya awal pagi tadi berada di hadapan mejanya. Setelah dia duduk, Moon Geun Young berpaling ke arah belakang.

"Minta maaf pasal tadi. Saya Moon Geun Young. Selamat berkenalan."Tangan yang dihulur tidak disambut. Moon Geun Young berpaling kembali ke hadapan. Ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran yang akan diajar oleh Cikgu Lee Kwang Soo.


BAHAGIA MULA BERPUTIK (2014) (COMPLETED)Where stories live. Discover now