10 : choose

33 6 4
                                    

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

Dia terus berlari dan berlari tanpa menoleh ke belakang pun. Jantungnya berdegup pantas seperti hendak meletup.

"Tak guna."

Dia teruskan lariannya namun secara tiba-tiba, apa yang mengejarnya muncul di depannya.

Badannya terus kaku dan berdiri statik di tempatnya itu.

"Ss-hahahaha! Mana kau ss-nak lari ha? Kau ss-tak akan dapat lari ss-dari aku."

Dia terkejut dengan suara itu dan jatuh ke tanah. Disebabkan tarikan graviti yang menariknya ke tanah, kakinya tercucuk dengan kayu tajam.

"AAARRGGHHH!"

Matanya tertumpu pada kakinya yang memancutkan darah keluar. Tangannya mencabut kayu yang tercucuk itu dan segera menekup lukanya.

Dengan tenaga yang ada, dia cuba mengesot ke tepi.

'Benda' itu hanya tersengih.

Dengan perlahan-lahan 'benda' itu menghampirinya.

"Tak. Tak jangan kacau aku." rayunya.

Dia cuba menghalau 'benda' itu.

"Maaf, ss-aku hanya melakukam tugas aku."

"T-tak, tolonglah jangan ganggu aku!" rayunya lagi.

'Benda' itu menariknya ke suatu kolam yang terdekat.

"JANGAN KACAU AKU!!"

Dia hanya mampu mengalirkan air mata.

"J-jebal."

'Benda' itu tersengih riang.

"Maaf, tapi riwayat kau sudah sampai ke penghujungnya." kata'nya' sambil menyelamkan kepalanya ke dalam air itu.

Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri, namun 'benda' itu terus-terusan menekan kepalanya ke dalam air.

Sehingga suatu saat, dia diam tidak meronta-ronta.

❀ノ❀ノ

"Hyun! Mana kau?" jeritan itu jelas kedengaran di seluruh hospital yang sunyi itu.

Rihyun membuka matanya. Senyuman mula terukir di bibirnya.

"A-aku kat sini! Dalam bilik mayat ni!" Rihyun bangun dan melangkah keluar dari bilik mayat itu.

Sebaik saja dia melangkah keluar, matanya tertancap pada suatu benda.

"Hyun!"

Kesemua rakannya terikat pada suatu tiang.

"A-apa yang dah berlaku ni?" tanya Rihyun dari jauh.

"J-jangan da-datang dekat. Ni umpan." ujar Jasmine.

Rihyun memandang ke arah Jasmine dengan pandangan sayu.

"T-tak korang kenapa ni?" Rihyun mula melangkah ke arah mereka.

"Hyun! Jebal jangan datang sini!" Kyunghan pula menjerit.

Rihyun terhenti. Air matanya mula mengalir sekali lagi.

"K-kenapa korang jadi macam ni?" tangisan Rihyun semakin menjadi-jadi.

Mereka diam. Masing-masing mula mengalirkan air mata.

Rihyun memandang ke arah mereka yang pakaiannya sudah koyak rabak, darah berlumuran di setiap pelosok badan mereka.

"Kau mahu tahu apa yang berlaku pada mereka?" satu suara menegur dalam kawasan yang gelap.

Mereka menoleh ke arah suara itu.

Rihyun terkejut sehingga terkebelakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rihyun terkejut sehingga terkebelakang.

"A-apa yang dorang dah buat?" tanya Rihyun.

"Senang je.. Aku tanya soalan yang sama pada kau tadi."

"Tak .."

"Dan mereka telah membuat pilihan. Lihatlah aku, dari sekadar bayangan aku jadi realiti"

Rihyun terduduk. Perkara inilah yang ditakutinya.

Apabila yang tidak wujud menjadi wujud.

"Maafkan kitorang Hyun. Kitorang tak tahu" ujar Kyunghan.

"S-siapa korang pilih?" Rihyun tidak memandang mereka.

"Sora."

Kali ni, jantung Rihyun bagai disentap keluar.

"Wae?" Air matanya mula mengalir.

Rihyun cuba bangun. Memandang ke makhluk yang mengerikan itu.

"Bagaimana aku mahu selamatkan mereka?" tanya Rihyun.

"Kau perlu korbankan diri kau untuk diseksa." ujar makhluk itu.

"Tak, tak Hyun. Jangan! Biarkan kitorang, selamatkan diri kau." jerit Hawon.

"Baik aku terima"

"ANDWAEE HYUN!" jeritan mereka membuat jiwa Rihyun semakin kental untuk pilihan itu.

"Baiklah kalau itu yang kamu pilih"

Dengan serta merta, rantai yang mengikat mereka semua tercabut dan menghilang.

Mereka mula berdiri.

"Tapi sayangnya, kamu semua tidak dapat selamatkan rakanmu ini." Makhluk itu menyeringai.

"Tak, aku boleh." ujar Hawon.

"Hihi, kau tak boleh." makhluk itu memetik jarinya.

Serta merta, mereka menghilang.

Rihyun terkejut melihat keadaan itu.

"Apa kau nak buat?" tanya Rihyun dengan riak ketakutan.

Makhluk itu tersenyum menyeringai.


©icybear-al
Find Me!

Find Me! ≪ COMPLETED ≫Where stories live. Discover now