↺ sila baca dengan mendengar youtube yang telah di-link-kan di atas untuk lebih feel .
「 earphone recommended 」
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"ting!"
Bunyi notifikasi dari telefon milik Hawon menarik perhatian mereka berdua.
━━━━━━
You've got 1 new
message• • •
findmefindme
Bagus, korang berjaya
untuk mencari rangka
seperti yang aku inginkan.jhw
Apa yang kitorang
kena buat lagi selepas ni?findme
korang kena bersiap
sedia untuk berjumpa dengan
aku sebentar lagi.jhw
Jumpa dengan kau?
Apa maksud kau?findme
Bersedia.━━━━━━
Perbuatan Hawon yang mengerutkan dahinya menyebabkan Kyunghan berasa tidak sedap hati.
"Waeyo?" tanya Kyunghan.
"Benda tu suruh kita bersedia untuk berjumpa dengan dia." ujar Hawon.
"Oh no, aku tak sedap hati pasal tu." ujar Kyunghan lagi.
"Jangan kata kau, aku pun sama." ujar Hawon.
Matanya mula meliar memandang sekeliling, berjaga-jaga dengan keadaan di situ.
"Han, mana pemetik api tadi?" tanya Hawon.
Kyunghan segera menghulurkan pemetik api tersebut ke arah Hawon. Hawon menyambutnya dan segera menyimpannya di poket seluar.
Sunyi.
Terlampau sunyi. Bagai ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka bertiga.
Hyunmin masih tidak sedarkan diri. Hawon dan Kyunghan masih memerhati sekeliling gudang tersebut.
Tiba-tiba bunyi hentakan di lantai kedengaran. Mereka berdua segera memandang ke arah bunyi hentakan tersebut.
Kosong.
Hawon dan Kyunghan mula berjaga-jaga. Sesekali mata Hawon melirik ke arah Hyunmin.
Sekali lagi bunyi hentakan di lantai kedengaran tetapi arah yang kontra dengan hentakan yang pertama. Hawon tidak sedap hati.
"Han, jom kita duduk rapat-rapat dengan Hyunmin." ujar Hawon.
Kyunghan mengangguk faham dan mereka berdua bergerak ke sebelah Hyunmin yang terbaring di lantai.
Hentakan itu kedengaran lagi tetapi dari kedua-dua arah yang kontra dengan kedudukan mereka.
Kyunghan mulai takut, badannya mula menggigil ketakutan. Hawon yang sedar perubahan Kyunghan, segera memeluk rakannya itu.
"Shh, jangan takut. Aku ada." Hawon cuba untuk menenangkan Kyunghan.
Hentakan demi hentakan kedengaran. Dari perlahan semakin laju. Dari bunyi yang perlahan menjadi semakin kuat. Keadaan itu membuatkan Kyunghan bertambah takut.
Dia mula menangis dan menutup telinganya. Akhirnya, dia bangun dam berlari ke dalam kawasan yang gelap.
"HAN !!" Hawon turut berdiri dan mengejar Kyunghan tetapi tidak berjaya. Kyunghan berlari dengan sangat laju.
Hawon yang lelah mengejar Kyunghan, tersedar dengan keadaan sekelilingnya bukan lagi di gudang pada asalnya.
Dia sudah keluar dari gudang tersebut. Hawon memandang ke bawah, melihat kakinya sudah menjejak tanah di luar gudang tersebut.
"pusing."
Suatu suara yang halus membisik ke telinga Hawon membuatkan dia memusingkan dirinya ke belakang.
Terkejut dan terkedu saat matanya menangkap gudang tersebut telah terbakar dengan api yang marak.
"HAWON-AH !! AHHH SAKITTT !!"
Hawon tersentak saat mendengar suara Kyunghan yang menjerit memanggil namanya. Dengan segera dia kembali berlari ke arah gudang tersebut.
Sebaik saja, dia melangkah ke dalam gudang tersebut, dia melihat badan Hyunmin sudah dijilat api yang marak itu. Manakala Kyunghan berada tidak jauh dari Hyunmin terbaring di lantai dengan kayu yang menimpanya.
"Han ! Macam mana boleh jadi macam ni?" Hawon segera mengangkat kayu yang berada di belakang Kyunghan.
"Won, kau yang keluar lari tadi. Aku cuma nak kejar kau tapi tiba-tiba kayu ni jatuh atas aku dan jerami-jerami tu mula terbakar." ujar Kyunghan sambik menahan sakit.
Hawon terkedu.
'Aku yang lari?'
Kyunghan sedar akan kayu yang bakal jatuh ke atasnya segera menolak Hawon menjauhinya.
"Eh !" Hawon jatuh terduduk di atas lantai gudang itu.
"Won, terima kasih atas semua yang kau buat untuk aku. Aku sayang kau."
Kyunghan tersenyum lemah ke arah Hawon sambil mengucapkan kata-kata terakhirnya sebelum kemudiannya kayu-kayu gudang itu jatuh menimpanya.
Hawon yang terduduk di lantai mula mengalirkan air mata.
"HANNN !! HYUNMIN !! KENAPA?? KENAPAA KORANGG??" Hawon menangis teresak-esak meratapi pemergian mereka berdua.
Hawon menangis semahunya dan dia tidak pernah menangis sebegini sebelum ini.
"Jeon Hawon, kini kau perlu ikut aku." ujar suara halus yang tiba-tiba muncul.
Hawon kemudiannya pengsan ke lantai gudang itu sebelum hilang dalam kegelapan.
©icybear-al
Find Me !
YOU ARE READING
Find Me! ≪ COMPLETED ≫
Horrorgenre :: horror / creepy rated :: 15+ summary ; ── You must FIND ME if you want to be save. It's better to hurry before I'm going to find you " Weh apa kita nak buat ni ? " mereka semua gelabah tatkala Rihyun hilang. " Tak , jangan apa-apakan doran...