CHAP 39

6.9K 321 10
                                    

MALAYSIA

Sebaik tiba dari Itali malam tadi, Asyriq dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada Muaz.

HZ Group diserang. Pengawal dipukul dan ofis habis berselerak akibat digeledah oleh sang penjenayah.

Segala akhbar dan media sosial penuh dengan kejadian itu.

HZ Group diserang pihak musuh.

Syarikat milik dua buah keluarga korporat menjadi sasaran.

Siapakah musuh HZ Group?

Asyriq turun ke ruang makan dengan wajah serabut.

"Asy ada dapat info tentang serangan tu?" soal Tengku Halim.

Asyriq menggeleng. Seleranya mati. Setelah mengisi perut dengan secawan milo suam, Asyriq bangun.

Namun, sempat lagi Tengku Halim berpesan.

"Mesyuarat nanti ayahanda dan daddy akan ada sekali. Asy hati-hati. Musuh dimana-mana."

Asyriq mengangguk.

Dia dan Irfan bergerak ke syarikat dengan dua buah kereta. Bila teringat tentang si kekasih hati, pantas tangan mencapai earphone dan dipasang ke telinga. Telefon bimbit dicapai.

Tut..

Tut..

"Yes Asyriq. I know about the incident. Jangan risau I akan cari pelakunya."

Asyriq senyum. "Lajunya cakap. Ya tapi I nak you hati-hati princess. Musuh ada je kat keliling you. See you at the company." ucapnya prihatin.

Sebaik tiba di hadapan bangunan HZ Group, lobi syarikat sudah dipenuhi dengan wartawan-wartawan dari pelbagai akhbar.

Nasib baik Muaz, Andy dan Nurdina sudah diberitahu terlebih awal jadi keadaan agak terkawal.

Masuk sahaja ke dalam bilik mesyuarat, kelibat Andy, Muaz, Romi, Nurdina dan ketua-ketua jabatan turut ada.

Asyriq dan Irfan duduk di sebelah Andy. Tak lama lepas itu, dua beradik yang dihormati melangkah masuk bersama pemilik syarikat di hadapan.

"Okey, semua tahukan apa yang kita nak bincangkan sekarang ni? Jadi saya nak tengok rakaman cctv dulu. Romi, mula." ujar Megat Zain tegas.

Romi angguk. Rakaman cctv semasa hari kejadian dimana syarikat mereka diserang terpapar di skrin.

Kelihatan beberapa orang lelaki memakai topeng melangkah masuk dengan pistol, parang, penukul besi dan kayu. Habis seluruh ruangan pejabat diselerakkan dan dimusnahkan.

Datang seorang lelaki berjalan penuh gaya namun memakai topeng muka yang menutup mulut masuk ke dalam pejabat Lily.

Habis diselongkar semua laci namun bila tahu apa yang dicari tiada disitu, lelaki itu menumbuk meja. Tanpa sengaja, lelaki itu terpandang cctv yang diletak di sudut atas bilik.

"I know you man." ucap Lily perlahan sambil senyum sinis.

Lara memandang kakaknya dan kening diangkat. Lily hanya senyum dan mengangguk sedikit.
Irfan hanya memerhati tingkah laku dua beradik itu. Rasa pelik timbul dalam hati.

'Lily kenal ke lelaki tu? Siapa?'

"Kita kena cari siapa lelaki tu. Mesti ada fail penting yang dicari dalam bilik Lily." ujar Tengku Halim.

"Its okay ayahanda. I will handle that man with Lara and Yazid. Sekarang ni kita kena hati-hati dengan Dato Mizan dan Puan Aminah Mayla. Mereka sasaran utama."

Sweet Gangster Couple ©Where stories live. Discover now